Monday, March 19, 2012

Kek Coklat Cappucino Segitiga -Saji Mac 2012

Biasa tak mencuba resepi-resepi dari majalah masakan.Eloklah dicuba ye,jangan asyik membeli dan membelek-belek aje majalah tersebut.Tak cuba mana nak tahu sedap ke tidak kan.

Ini gambar dari majalah Saji keluaran Mac 2012.Cara hiasan yang sangat menarik.

Ini hasil yang saya buat setelah mencubanya untuk pertama kali.Memang sangat sedap.Lebih-lebih lagi penggemar kopi.Baunya sahaja sudah cukup menggambarkan keenakan kek ini.


Saya buat kek nipis,tidak seperti yang majalah Saji buat kerana menggunakan acuan segi empat yang besar.Inilah hasilnya setelah di sapukan krimnya dan di potong dua.Ini adalah sebahagian dari kek,masih ada lagi lebihan kek yang belum di sapukan krimnya.

Mari lihat resepinya.
Bahan-bahan:

4 biji telur
125 gm gula kastor
1 sudu besar ovalet
50 ml air
1 sudu besar serbuk kopi nescafe
100 gm tepung kek
25 gm serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk penaik
65 gm mentega (dicairkan)

Bahan Mentega Krim Kopi:

90 gm lemak sayuran
50 gm mentega
190 gm gula aising
30 gm serbuk kopi nescafe(dicairkan)
1 sudu besar air panas

Cara Menyediakan:
1. Sediakan mentega krim kopi.Pukul lemak sayuran,mentega dan gula aising sampai kembang.
2. Kemudian masukkan bancuhan kopi dengan air panas tadi ke dalam bancuhan dan gaul rata.
3. Bagi menyediakan kek,pukul telur,gula,ovalet,air dan serbuk kopi hingga kembang.
4. Ayak tepung,serbuk penaik dan serbuk koko ke dalam bancuhan tadi dan gaul rata.
5. Masukkan mentega cair dan gaul rata.
6. Tuang ke atas tin pembakar empat segi dan bakar pada suhu 180darjah selsius selama 30 minit.
7. Sejukkan,potong kepada bentuk segitiga.
8. Sapukan coffee buttercream.

Nota:Saya tidak guna jenama nescafe,boleh guna kopi lain pun.Saya juga membakar tidak sampai 30 minit kerana kek yang saya buat nipis tidak tebal.

Pesanan:Jaga-jaga dengan kandungan gula yang banyak,manis sangat pun tak baik untuk kesihatan.

14 comments:

  1. nipis pun nampak mengancam sebab saya memang suka makan kek. buat tak tau.. he..he..

    ReplyDelete
  2. saya jarang makan kek manis...suka kek orange je

    ReplyDelete
  3. Saya pun suka makan kek mcm Liza, tapi tak reti buat kek dan tak suka jgk buat kek. Hehehe.. Tebalnya krim kek itu.

    ReplyDelete
  4. MUNNA BILA TIME NAK RAYA GIGIHLAH CUBA RESEPI BARU DARI MAJALAH... TERUTAMANYA RESEPI BISKUT DAN KEK

    ReplyDelete
  5. wah..nampak gebu da gibas ni..nk try la kak...

    ReplyDelete
  6. buat sendiri, cantik ke tidak, sedap ke tidak, tak kisah..Janji puas hati.

    ReplyDelete
  7. @Abu Luqman
    kek oren pun manis juga...takpe kita kurangkan gula masih sedap juga..

    ReplyDelete
  8. @LydSunshine
    hmm..krim kek anak akak gatah gitu je..manis tau!

    ReplyDelete
  9. @rieda_ffya
    gebu majalah buat..saya punya nipis je

    ReplyDelete
  10. @inazamribetul..memang sedap..pertama kali cuba buat ni..

    ReplyDelete
  11. @hani@debumelukut
    ye lah kak..yang penting puas hati sebab dah cuba..tak le kempunan tengok dalam majalah tu nampak sedap tak dapat rasa kan..he he he

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...