Friday, July 29, 2011

Pengantin Baru baca sini!Pengantin Lama jangan buat-buat lupa!

sekadar gambar hiasan ehsan cik google

Saya rasa semua orang sudah pun puas dapat menghadiri perkahwinan keluarga,sanak saudara dan sahabat handai sejak dari bulan Januari hingga bulan Julai 2011.Mesti banyak kenangan yang dapat disimpan sebagai kenang-kenangan.Masih terbayang lagi keenakan jamuan kenduri kahwin tersebutkan.

Bagi yang berkahwin sebelum Ramadan tentu seronok dapat berpuasa bersama suami tersayang dan keluarga baru bulan Ramadan tahun ni dan pasti tak sabar nak beraya bersama suami tercinta.

Ok!Cukup-cukuplah tu ye.Sudah tiba masa kita berpuasa lagi ye bulan Ramadan tahun ni.Hah!Meh baca sini wahai pengantin-pengantin baru dan tak lupa juga buat pengantin-pengantin lama yang mungkin dah lupa.

Isteri yang berpuasa sunat perlu baca ini:

1.Perempuan yang ingin berpuasa sunat perlulah meminta izin daripada suaminya terlebih dahulu.

2.Jika isteri yang sedang berpuasa sunat diminta memenuhi kehendak syahwat suaminya perlulah ia menghentikan puasa tersebut kerana mematuhi kehendak dan perintah suami adalah wajib.

3.Persetubuhan pada waktu mengerjakan puasa sunat tidak perlu kepada penggantian puasa dan kifarat sebagaimana puasa pada bulan Ramadan.

Ok,boleh faham tu kan.Isteri perlu patuh pada perintah suami,tetapi patuh kepada tuntutan Islam sahaja,bukan patuh dalam membuat perkara-perkara yang tidak baik.

Bagaimana jika puasa pada bulan Ramadan?Ok sila sambung pembacaan anda:

Suami-Isteri yang berpuasa pada bulan Ramadan perlu ingat ini:

Orang yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadan, maka kedua-dua suami isteri tersebut perlu menggada puasa berkenaan dan suami wajib membayar kifarat (denda) seperti:

1.Memerdekakan seorang hamba Mukmin lelaki atau perempuan (sekiranya mampu).

2.Berpuasa dua bulan berturut-turut tanpa terputus (kalau tidak berdaya).

3.Memberi makan kepada 60 orang kafir/miskin.

Bagaimanapun jika persetubuhan itu dilakukan kerana terlupa,jahil tentang haramnya atau dipaksa keatasnya tidaklah wajib kifarat.

Lihat!Janganlah kita ambil mudah larangan-larangan Allah ni ye.Tepuk dada tanyalah Iman!

Selamat Berpuasa!

Pesanan:Untuk ingatan diri sendiri juga ni.

Wednesday, July 27, 2011

Saya juga seorang polis,doktor dan guru...

Polis (gambar ehsan google)

Doktor (gambar ehsan google)

Guru (gambar ehsan google)

Percaya atau tidak,tugas saya sangat mencabar setelah naik pangkat menjadi ibu kepada 6 orang anak!,setelah menjadi seorang isteri.Saya juga seorang polis,doktor dan juga seorang guru.

Itulah cita-cita saya yang selalu ditanya oleh cikgu sewaktu sekolah rendah dahulu.Kini,giliran anak saya menyoal soalan yang sama tetapi amat menyebabkan saya cepat-cepat untuk mencari jawapan yang bernas dan tepat.

Athirah: Umi dulu waktu kecik apa cita-cita Umi?

Umi: Oh,(dengan bangganya) dulu Umi nak jadi polis,doktor dan guru.

Athirah:Habis tu apsal tak jadi pun?(ini sudah melawan tokey ni).

Umi:Tirah tak sedar ke,sekarang ni kan Umi jadi polis,doktor dan guru.

Athirah:Tak de pun.


Umi:Tirah tahu tak,Umi jadi polis,Umi jaga rumah jaga anak-anak agar jangan diganggu dengan orang jahat..itukan tugas polis.Ha, waktu anak-anak sakit,demam siapa yang merawat korang?bukan Umi?kan tu tugas seorang doktor,sama lah dengan Umi jadi doktor pada anak-anak.Lagi satu,bukan kah Umi yang mendidik,mengajar sesuatu perkara yang baik kepada anak-anak.Ha! Umi kan guru kepada anak-anak.

Athirah hanya terdiam mendengar penjelasan saya sambil tersengih-sengih.

Saya meneruskan kerja saya menggoreng pisang sambil berbangga dengan jawapan saya tadi..Waktu kejadian adalah sebelah petang ketika sedang menggoreng pisang.Tentu pagi tadi topik dia belajar hari ini tentang cita-cita.Athirah darjah 4.

He he he...betul tak?Puas hati saya!Tercapai juga cita-cita saya kan...he he he


Pesanan:Sentiasa bersiap sedia dengan soalan-soalan maut dari anak-anak...he he he

Tuesday, July 26, 2011

Saya penjual pisang goreng

Selain dari menjadi pengasuh anak-anak jiran,membuat kek,membuat kuih-muih saya juga penjual pisang goreng.he he he...lucukan saya...

Ya,saya suka kalau bab-bab berniaga ni.Suka bungkus-bungkus makanan,berjual beli.Seronok berjumpa macam-macam ragam pembeli.Saya buka gerai di hadapan pintu masuk kuarters tempat saya tinggal.Kawasan saya duduki ni jauh sikit dari kedai-kedai,lagi-lagi nak membeli makanan untuk makan petang.Jadi saya ambil kesempatan membuka gerai menjual pisang goreng dan keropok lekor.Mula berniaga dari pukul 2.30petang atau selepas anak-anak yang saya jaga diambil ibubapanya.

Okay...meh tengok pisang goreng saya....


Menyelerekan...rangup dan gerenti sedap!


Kelihatan gambar dibawah,si penjual yang sentiasa menguntumkan senyuman sedang sibuk menggoreng pisang.


Nampaknya pelanggan belum datang lagi ni...he he he

Bagaimana menghasilkan pisang yang rangup dan sedap.Saya sharekan disini setelah saya mencubanya melalui blog Masam Manis Kak Ita.

 Ini sukatan yang saya sukat menggunakan cawan.

 2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
2 cawan air
3 sudu besar marjerin(dicairkan)
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
(blender semua bahan)
siap untuk digunakan...

Pesanan:Saya suka mencuba pelbagai bidang,pengalaman itu lebih berharga.
















Thursday, July 21, 2011

Pernah terserempak hantu tak?

Arah laluan benda putih,betul-betul lalu dibelakang cermin tingkap dapur dan menyebabkan kain langisr terbang ke atas seperti ditiup angin yang kuat.



Heee...heee....heee.....(sila laungkan seperti hantu)....

Aku datang nak cekik kau!...Keluar cepat dari tempat persembunyian kau!....heee   heee heeeee.......

Hari ni kita bukan nak mengkaji tentang hantu,tapi saja nak beritahu pengalaman terserempak dengan benda putih.Malam tadi selepas solat Maghrib saya ke dapur untuk memasak inti karipap saya.Agak lama di dapur,dalam pukul 8 malam lebih kurang,anak-anak pun naik mengaji rumah ustazah.Jadi tinggal saya seorang di rumah dan berada pula di bahagaian dapur.

Sewaktu di singki saya terperasan suatu benda berwarna putih melalui depan tingkap dapur bahagian tengah yang sedikit terbuka,yang menyebabkan langsir dapur saya seperti ditiup angin yang kuat.

Pada mulanya saya tidak bersangka apa-apa.kerana saya fikir mungkin angin yang bertiup.Tetapi apabila saya lihat semula langsir tersebut,saya perasan angin yang bertiup hanya sekali lalu sahaja.Saya menanti jika ada angin lagi yang akan menyebabkan langsir saya bertiup seperti tadi.Tetapi malangnya tiada angin lagi.

Saya meneruskan kerja memasak saya didapur,dengan bersangka lagi didalam hati bahawa itu adalah angin.Selesai memasak,barulah gerak hati saya menyangka ada sesuatu 'benda' yang lalu sepantas kilat tadi.Benda putih yang saya lihat tadi sebesar tapak tangan dan lajunya menyebabkan kain langsir saya terbang seketika.Waktu tu lah baru saya membaca ayat Kursi.

Saya terus turun ke rumah Cikgu Niena dan menceritakan kejadian tersebut.Terus naik bulu romanya,dan saya yang tadi tidak berdebar,tiba-tiba berdebar sedikit.Dia pun percaya mungkin ada sesuatu yang lalu di bahagian dapur saya.Maklumlah waktu kejadian selepas Maghrib syaitan dan jin sedang berkeliaran.

Pengalaman saya hanya sedikit sahaja.Mungkin pembaca lain lebih hebat pengalamannya.Tetapi sekurang-kurangnya ianya mencabar kekuatan iman saya.

Pesanan: Jangan takut,mereka juga makhluk Allah...

Monday, July 18, 2011

Petua Daripada Rasulullah

Banyak tanggungjawab perlu dipikul selepas berkahwin.

Sebagai surirumah sepenuh masa,seringkali (kadang-kadang ye)juga mereka bergelar surirumah sepenuh masa  merungut tentang bebanan kerja di rumah yang tidak pernah-pernah habis dan semakin banyak..Kerjanya hanya habis apabila sudah masuk tidur.Itupun tidak lena kerana bimbang lewat bangun keesokan harinya,jadi apabila terjaga perkara pertama yang mereka lihat adalah melihat jam.

Tetapi saya insaf apabila terbaca di Majalah Nur keluaran Februari 2009.Mari saya kongsikan.

Marilah wahai kaum wanita kita renungkan bersama:

Kita dihidupkan bukan tujuan bersuka-sukaan semata-mata.Sebaliknya kita didatangkan ke dunia untuk tujuan yang baik,berbuat kebajikan dan melaksanakan tuntutan Allah.

Berdasarkan ajaran Islam,seorang wanita (isteri) sebenarnya tidak bertanggungjawab untuk mencari nafkah keluarga.Ini bertujuan untuk membolehkan isteri mencurahkan sepenuh perhatian kepada urusan rumahtangga,mendidik anak dan membesarkan mereka.Hal ini bersesuaian dengan sebuah hadis yang diriwayatkan Ibn Umar,

"Rasulullah bersabda,"Isteri bertanggungjawab dalam urusan rumahtangga suaminya.: (Riwayat Bukhari & Muslim)

Namun hakikatnya hari ini,tuntutan semasa yang begitu mendesak memaksa golongan isteri supaya keluar rumah berganding bahu mencari nafkah untuk membantu suami menyara keluarga.Komitmen sebagai isteri,ibu dan juga pekerja kepada majikan,secara tidak langsung menjadikan wanita begitu lelah yang kadangkala tidak mampu ditanggungnya sendirian.

Ramai isteri berkerjaya mengimpikan pembantu rumah untuk meringankan urusan rumah tangga.Namun jika suami memahami,maka beban di rumah dapat dikurangkan dengan saling membantu dan bertolak ansur.Lebih daripada itu,insya-Allah kerjasama itu dapat menumbuhkan kasih sayang suami isteri kerana masing-masing  dapat menerima dan mengorbankan kepentingan diri.

Rasululullah tidak ketinggalan prihatin akan masalah keletihan para isteri menangani kerja rumah.Dalam hadisnya,baginda menitipkan petua yang jika diamalkan akan memberikan jiwa yang tenang,hilang keserabutan dan keletihan.

Dari Abu Hurairah katanya, Fatimah meminta daripada Rasulullah(bapanya) seorang khadam(pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja,Jawab Rasulullah,"Engkau tidak akan mendapatkannya daripadaku.Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam?Iaitu, tasbih 33 kali,tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur."(Riwayat Muslim)


Senang jika sentiasa diamalkan.

Pesanan:Walaubagaimanapun,suami isteri mesti saling bantu-membantu.

Saturday, July 16, 2011

Jom Makan Pizza

Hari ni cuti teringin nak makan pizza.Maka saya membuat pizza dengan rakan pagi-pagi ni.Dohnya buat malam tadi lagi.Pagi ni cuma sediakan bahan-bahan topping je.


Mula-mula ambil doh tekankan kat atas piring loyang yang bersesuaian.Letak sosnya.


Isikan atasnya bahan-bahan yang disukai seperti cili benggala,sosej,sayur campur dan ketam.

Taburkan pula atasnya cheese cheddar dan cheese mozarela...

Bakar 190 darjah celcius selama 15 minit.Tadaaa...dah siap.....

Nak resepi ke?Ala google je lah...Sama je resepinya.Cuma atas kreativiti kita je nak letak apa-apa atas topping.

Pesanan: Sekali hadap je ahli rumah ni kalau pizza sekeping je.Jadi saya buat 4 keping pizza.Puas hati!

Saturday, July 09, 2011

Karipap Inti Kari Daging


Karipap Terbaik dari Ummiarissa

Pagi ni saya dan keluarga sarapan dengan mee hoon dan karipap.Inti karipap dah buat semalam lagi.Masukkan dalam peti,jadi pagi ni keluarkan.

Doh karipap:
2 cawan tepung gandum
1 senduk kecil minyak(dipanaskan)
semangkuk air di letakkan garam sedikit

Inti karipap:
1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 biji bawang besar(dipotong dadu)
2 ulas bawang putih(dicincang)
1 sudu besar serbuk kari
semangkuk kecil daging cincang
garam secukupnya






Kiri:Setelah di uli dan diterap dengan acuannya,gorengkan dengan minyak panas.






Dibalik-balikkan agar masak serata.







Cara cara membuat doh:

1.Masukkan dalam mangkuk besar,buat ruangan sedikit dalam tepung di tengah-tengah untuk di tuangkan minyak yang dipanaskan tadi.
2.Masukkan air sedkit demi sedikit ke dalam tepung dan uli.Awas!minyak panas tu.Uli hingga tak melekat.
3.Kemudian bentukkan kecil-kecil adunan.
4.Canaikan adunan,letakkan atas acuan karipap,isi inti dan kepitkan.

Cara-cara masak inti:

1.Tumis bawang putih,masukkan bawang merah,kacau sebentar.
2.Masukkan serbuk kari,ubi kentang dan daging cincang.
3.Masukkan air yang banyak sedikit,biar hingga kering atau hingga ubi empuk.
4.Jangan lupa garam secukup rasa.

Pesanan: Resepi buat doh ranggup ni daripada jiran saya bernama Kak Tie.Dia memang pakar buat karipap ni.

Friday, July 08, 2011

Petua:Membuang bintik-bintik hitam di muka

Inilah rupanya kulit kayu manis,mana tahu ada yang tak tahu.




Bagi mereka yang mempunyai bintik-bintik hitam di muka atau bekas luka pada kulit bolehlah mencuba petua ini.

Ambil sedikit kulit kayu manis ditumbuk hingga lumat dan dicampurkan sedikit air.

Campurkan dengan bedak sejuk dan sapukan pada wajah atau pada bekas yang luka.

Bolehlah dilakukan sekerap mungkin untuk menghilangkan bekas luka atau bintik-bintik hitam tersebut.

Selamat Mencuba!

Pesanan:Tak cuba tak tahukan..meh kita cuba...

Thursday, July 07, 2011

Berjumpa teman lama mengimbau kenangan lama


Berjumpa teman-teman lama memang menyeronokkan.Apabila tamat sahaja persekolahan sama ada sekolah rendah,sekolah menengah atau pusat pengajian tinggi,pasti kita akan merindui kembali saat-saat manis bersama rakan-rakan sekolah dahulu.

Tentu setelah bertahun-tahun berpisah keinginan untuk bertemu kembali dan bertanya khabar sangat-sangat diimpikan.Alhamdulillah saya berjaya berjumpa sebahagian rakan-rakan lama dari sekolah rendah sehingga dari pusat pengajian tinggi.Walaupun tidak berjumpa kesemuanya,namun saya tetap gembira dengan setiap pertemuan dan hanya gambar mampu memberikan lebih kenangan.

Pertemuan ini telah berlaku dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini.

Ini pertemuan dengan rakan-rakan lama sewaktu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar (2),Kuala Lumpur.Saya bersekolah di sana dari darjah 1 hingga darjah 6.(1983-1988)
Duduk dari kiri:Suzana Saidin,Saya,Norhafizah dan Suzanna Abdullah.

Pertemuan berlaku di rumah Suzanna Abdullah yang terletak di Bandar Permaisuri,Kuala Lumpur.Dah lama tak berjumpa,masing-masing sudah berumahtangga dan mempunyai anak.

Ini pula pertemuan dengan rakan-rakan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Puterijaya,Kuala Lumpur.Saya bersekolah di sana dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.(1989-1993).Sekolah saya bukan sekolah campur lelaki perempuan.Hanya perempuan sahaja.Guru lelaki pun yang ada waktu tu hanya seorang sahaja iaitu seorang Ustaz.

Sila abaikan mereka-mereka yang berpakaian seksi.

Pertemuan berlaku di Hotel Mid Valley,Kuala Lumpur.Untuk pengetahuan,sekolah tersebut kaum Cina dan kaum Melayu sama banyak.Tetapi yang menariknya kelas saya hanya terdapat 3 orang Melayu,2 orang India dan selebihnya kaum Cina.Sangat seronok.

Inilah kami 3 Melayu dan seorang India.(seorang lagi kawan India tidak diketahui di mana).
Duduk dari kiri,Siti Hawa Habib,saya,Nooraisyah Abu Bakar dan Prema.

Ini pula bertemu kawan baik sewaktu menuntut di Institut Teknologi Mara,Shah Alam dalam jurusan Perhotelan dan Pelancongan. Saya mengambil sijil sahaja iaitu Certificate In Travel Operation (CTO) selama setahun (1994-1995)
Pertemuan semuanya berlaku di Kuala Lumpur.Mudah untuk berhimpun di sana.

Duduk dari kiri Amizah Wahid(orang Perlis),saya dan Norlisa Abd Razak(orang Pulau Pinang).Untungnya belajar di ITM bertemu rakan dari seluruh Malaysia.Belajar macam-macam bahasa.


Yang ini pula,di Restoran Nelayan,Taman Tasik Titiwangsa,Kuala Lumpur.Pertemuan yang paling menarik,kerana kami asyik makan dan berbual hingga tidak sedar sudah larut malam.Dan yang menarik juga kami sempat bertemu sehingga 3 pertemuan.

Pertemuan Pertama

Ini dengan rakan-rakan sewaktu belajar bahasa Jepun dan ke Jepun.Saya ke Jepun pada tahun 1995/1996 atas kursus pelancongan di Institut Teknologi Mara (ITM) sekarang di panggil Uitm.Atas kerajinan saya (chewah!)berjaya dalam peperiksaan dan memperolehi CGPA 3 pointer ke atas,saya dan rakan-rakan terpilih dalam temuduga oleh JPA.Kami berkursus bahasa Jepun selama 6 bulan di Wisma Belia,Kuala Lumpur dan ke Jepun selama 5 bulan.(1995-1996)

Pertemuan Kedua


Pertemuan Ketiga

Pada saya pertemuan bukan sekadar bertemu sahaja dan berpisah,tetapi saling berhubungan agar tidak terpisah silaturahim yang sudah terjalin.

Kalau ada sesiapa yang mengenali saya mungkin sezaman sekolah rendah,menengah atau IPTA,maklumkan kepada saya...saya mungkin lupa anda...

Pesanan:Jadi sekarang anda sudah tahu umur saya...kan....rahsiaku kini milikmu...he he he

Wednesday, July 06, 2011

Suka Duit Tak?

Saya suka duit.Awak semua suka duit tak?Eh! tengok tu ada yang menggelengkan kepala.Oh budak umur setahun rupanya yang geleng kepala tu.Ala semua orang suka duit.Ha,lepas puasa je,nak kena sedia duit raya...wah,puasa pun belum lagi nak cite pasal raya pulak.ha ha ha

Tapi saya bukan nak bagi duit kat awak semua.Saya nak cerita tentang duit yang saya jumpa ni je.Dah lama saya simpan dalam album gambar saya.Tiba-tiba tergerak nak publishkan.Nak bagi semua orang tengok duit ni. Suka tak kumpul duit-duit lama.Ni bukan hobi saya,tapi saja simpan buat kenangan.

Okaylah...saya cuma nak tanya je,kalau-kalau anda tahu tahun kewujudan duit-duit ni...Sebab saya pun tak berapa pasti.Tak banyak pun duitnya ada Rm 1 je.









Pesanan:Persamaan yang kekal adalah gambar Agung...

Sunday, July 03, 2011

Allah sayang tak jika kita susah?



Ramai yang mengeluh bila mendapat kesusahan.Seolah-olah Allah tidak memperdulikan kita.Tapi tahukah kita susah dan senang adalah kuasa Ilahi.Kita tidak dapat menolaknya.Segalanya Allah yang tentukan.

Jadi kalau kita rasa Allah tak sayang kita sebab itu kita susah,sebenarnya salah.Allah sayang semua orang yang sentiasa mengingatiNya.

Mari kita ambil iktibar dan jadikan motivasi cerita di bawah ini:

Pada zaman dulu ada dua nelayan,seorang mukmin dan seorang lagi kafir.
Satu hari mereka turun ke laut untuk menangkap ikan bagi mencari rezeki.


Ketika menebar jala,nelayan kafir itu menyebut nama tuhan berhalanya dan mendapat hasil tangkapan yang sungguh banyak.


Berbeza pula dengan nelayan mukmin yang apabila menebar jalanya,beliau menyebut nama Allah,tetapi seekor pun ikan tidak tersangkut pada jaringnya.


Hingga ke lewat senja,nelayan mukmin tidak berjaya mendapat ikan,manakala nelayan kafir itu kembali dengan membawa ikan yang sangat banyak.


Meskipun pulang dengan tangan kosong,nelayan mukmin itu tetap bersabar serta reda dengan apa yang Allah takdirkan ke atasnya,manakala  si kafir yang membawa berbakul-bakul ikan pulang dengan rasa bangga dan bongkak.


Malaikat yang melihat keadaan nelayan mukmin ini berasa simpati lalu mengadu kepada Allah.Allah memperlihatkan kepada malaikat tempat yang disediakan oleh-Nya untuk nelayan mukmin itu,iaitu sebuah syurga.


Berkata malaikat:"Demi Allah, sesungguhnya tidak memberi erti apa-apapun penderitaan di dunia ini jika dia mendapat tempat di syurga Allah."


Setelah itu Allah memperlihatkan tempat yang disediakan untuk nelayan kafir.


Maka malaikat itu berkata:"Alangkah malangnya nasib si kafir.Sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu,sedangkan tempat kembalinya adalah Neraka Jahannam.


Kisah di atas jelas menunjukkan kesusahan di dunia bukan bermakna Allah tidak menyukai seseorang dan begitu juga kemewahan yang Allah berikan kepada seseorang bukan bermakna Allah meredainya.

Pesanan: Jangan kita berburuk sangka dengan Allah,jika kita ditimpa musibah atau kesusahan.Pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian,

Saturday, July 02, 2011

Gambar-gambar kereta remuk akibat kemalangan

Saya baru berpeluang mengambil gambar kenderaan yang kemalangan berdekatan dengan rumah saya.Hanya kereta sahaja yang masih tersadai di balai polis,manakala bas yang turut terbabit sudah ditunda.Berita mengenai kemalangan tersebut sila baca disini.



Kalau beginilah keadaannya,masih adakah peluang untuk mangsa hidup?


Memang hancur teruk kereta ini.


Apalah nasib keluarga mangsa...



Kereta yang sempurna menjadi cacat seumur hidup...


Renung-renungkanlah wahai pemandu semua...

Pesanan: Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...