CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, July 26, 2011

Saya penjual pisang goreng

Selain dari menjadi pengasuh anak-anak jiran,membuat kek,membuat kuih-muih saya juga penjual pisang goreng.he he he...lucukan saya...

Ya,saya suka kalau bab-bab berniaga ni.Suka bungkus-bungkus makanan,berjual beli.Seronok berjumpa macam-macam ragam pembeli.Saya buka gerai di hadapan pintu masuk kuarters tempat saya tinggal.Kawasan saya duduki ni jauh sikit dari kedai-kedai,lagi-lagi nak membeli makanan untuk makan petang.Jadi saya ambil kesempatan membuka gerai menjual pisang goreng dan keropok lekor.Mula berniaga dari pukul 2.30petang atau selepas anak-anak yang saya jaga diambil ibubapanya.

Okay...meh tengok pisang goreng saya....


Menyelerekan...rangup dan gerenti sedap!


Kelihatan gambar dibawah,si penjual yang sentiasa menguntumkan senyuman sedang sibuk menggoreng pisang.


Nampaknya pelanggan belum datang lagi ni...he he he

Bagaimana menghasilkan pisang yang rangup dan sedap.Saya sharekan disini setelah saya mencubanya melalui blog Masam Manis Kak Ita.

 Ini sukatan yang saya sukat menggunakan cawan.

 2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
2 cawan air
3 sudu besar marjerin(dicairkan)
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
(blender semua bahan)
siap untuk digunakan...

Pesanan:Saya suka mencuba pelbagai bidang,pengalaman itu lebih berharga.
















16 comments:

  1. siapalah yg jadi jurukamera ni. kak liza malas memasak tapi suka nak tolong niaga sebab mulut kecoh sikit. rezeki anak2...

    ReplyDelete
  2. @Adzriel @Liza AB-he he he ..kak,anak saya punya keje lah tu...main snap je...kak Liza jadi pembantu gerai jelah...

    ReplyDelete
  3. @Dni-mesti cuba...boleh buka gerai lepas ni...he he he

    ReplyDelete
  4. Apa usaha kalau rajin & ikhlas pasti berjaya. Saya sangat suka blog anda.

    ReplyDelete
  5. tengok pisang goreng yang sedap tu menjadikkan zai lapor...blehlah cuba resepi nie..terima kasih ida...

    ReplyDelete
  6. @Mak Wardah-terima kasih..doakan semoga saya berjaya...

    @zaidah-sedapkan kalau dapat menikmatinya waktu-waktu petang dengan secawan kopi...cubalah ye..

    ReplyDelete
  7. nampak menyelerakan goreng pisang tu.... rezeki ada dimana ...klu rajin berniaga pasti ada untungnya

    ReplyDelete
  8. Akak blender ye bahan2 tu semua?? Selalu MJ bancuh gaul je :)

    Nanti nak try resepi akak la :)

    Berniaga nie salah 1 cabang rezeki..

    ReplyDelete
  9. @munna-betul tu munna...asalkan HALAL

    @Myra Jay-akak blender supaya semuanya sebati,blender kan mudah sikit.Cubalah ye...

    ReplyDelete
  10. ha sedap tu...selamat berniaga...semoga perniagaan berkembang ye

    ReplyDelete
  11. sya nk try resepi akak ida smoga bisnes grg pisang sya akan suksuss mcm akak,nampk best sgt grg pisang tu,tq kak kerana xkedekut ilmu,smoga murah rezeki akak lg ok

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum . .sye nk naye skit lah. .bpe yea modal utk pmulaan bnige greng pisang nih . .bole share skit x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Modal berniaga goreng pisang tak banyak.Beli meja,payung besar,dapur kecil,gas,kuali dan dulang besar.Kebetulan saya tinggal di kawasan kg,saya membeli terus pisang di kebun.Dapat murah sikit.Kemudian bila jual goreng pisang,selitkanlah jualan yang lain seperti kuih muih(ambil dgn jiran yang pandai buat kuih @ buat sendiri),jual air dalam cawan.Pelbagaikanlah.

      Delete

Sudi2 lah meninggalkan sebarang komen atau pandangan untuk entry ini.

Komen @ pandangan anda amat saya hargai.

Terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...