Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha

Saya sekarang berada di Kelantan kampung suami saya. Kami bertolak dari Kuala Lipis jam 5 petang dan tiba di rumah mak ayah suami jam 12 tengah malam. Jem yang paling teruk adalah di Kuala Krai. Suami terpaksa melanggar peraturan jalan raya dengan mengambil jalan kecemasan sebagai alternatif untuk sampai cepat. Maklumlah dengan anak yang ramai dalam kereta,keletihan sudah terasa yang amat sangat. Sepatutnya raya haji kali ini saya patut beraya di rumah mak di Kuala Lumpur. Namun oleh kerana raya haji terus cuti sekolah saya dan suami berkeputusan beraya di Kelantan dahulu.

Selepas ini baru kami pulang ke Kuala Lumpur seterusnya meninggalkan separuh anak-anak kami di sana.Ha ha ha...Teruk kah saya? Taklah. nak hilangkan kesunyian di rumah mak dan ayah je.Lagipun masa ni lah mereka nak bermesra dengan cucu-cucu.

Bercerita tentang raya di Kelantan. Rutin paginya,solat sunat Raya, pulang je dari masjid. terus ke kawasan penyembelihan lembu. Selesai melapah lembu, ditimbang untuk dibahagi-bahagikan kepada yang berkenaan seterusnya selebihnya untuk dimasak dan makan beramai-ramai. Menunya daging goreng,daging singgang.Itulah yang terjadi setiap kali saya beraya Hari Rayua Haji di Kelantan. Seronok tau. Anda bagaimana?

Pesanan:Jangan lupa erti pengorbanan?

2 comments:

  1. Sambungan entri di atas :

    selepas pulang dari Kelantan, saya akan ke Kuala Lumpur. Lalu saya meninggalkan beberapa org anak di sana. sebab dah cuti sekolah. saya kan beri duit kepada adik saya sbb sudi jaga anak2 saya. muahahaha!

    ReplyDelete
  2. ada lagi sambungannya:
    Duit tersebut yang bakal diberikan itu, mungkin akan di masukkan oleh seseorang yang kononnya membayar hutang berkelah ...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...