Letih baru balik dari Kelantan tak habis lagi. Saya ke Jerantut pula memenuhi undangan perkahwinan adik ipar rakan baik saya. Perjalanan dari Lipis ke Jerantut mengambil masa 45 minit,tetapi oleh kerana ada lori di laluan yang sama lagi sempit itu,maka perjalanan masa jadi tersasar sedikit.
Letih berada terlalu lama di dalam kereta ditambah pula dengan karenah anak-anak yang meragam pelbagai cara. Apabila sudah sampai ke destinasi, menikmati hidangan seolah-olah belum makan pagi tadi. Dua pinggan bertambah, perasaan malu diketepikan. Perut perlu disi sementara menunggu malam menjelma.
Pening kepala baru ni tak habis lagi, terambil lagi daging untuk dimakan. Lagipun daging masak kicap yang dihidang menarik minat untuk dijamah. Pulang ke rumah mengadu pening. Tetapi tidaklah serius sangat. Rasanya pening -pening biasa aje. Anak-anak bergaduh sesama sendiri, pening juga. Jadi pening makan daging sama lebih kurang dengan pening tengok karenah anak-anak. Macam ni lah setiap kali cuti sekolah menjelma.
Cuma jalan penyelesaiannya, jangan ambil daging untuk dua tiga hari ni. Boleh tak?
Pesanan: Daging macam-macam cara boleh diolah resepinya. Terpulang pada kita.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.