Wednesday, November 24, 2010
Genap 14 tahun
Hari ini genaplah 14 tahun. Apa dia? bukan blog ni..blog ni tak sampai setahun lagi...14 tahun melayari alam rumah tangga. Bukan mudah untuk menjadikan keluarga kita gembira selalu.
Terlalu banyak dugaan dan cubaan pada awal 6 tahun perkahwinan. Masa tu lah macam-macam perkara berlaku dan menjadikan kita hilang arah pertimbangan dalam membuat sesuatu keputusan. Lagipun kahwin dalam usia yang muda tanpa pengalaman tentang perkahwinan banyak mengajar diri menjadi sabar dalam sesuatu perkara. Tanpa diduga kesabaran membuahkan rahmat yang banyak.
Kemudian bukan sahaja awal 6 tahun perkawinan, selepas 12 tahun lebih banyak dugaan sambung menyambung. Masalah keluarga,kewangan, peribadi dan anak-anak sudah lumrah. Tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Hanya cara menyelesaikan dengan cara yang betul perlu difikirkan. Jangan segan bertanya apa-apa masalah dengan orang yang lebih berpengalaman. Jangan sombong mendabik dada tidak mahu mendengar nasihat dari orang lain, tak kira tua atau muda. Masing-masing hanya memberi pendapat, kita perlu mengadaptasi ke dalam masalah kita jika bersesuaian.
Tempoh 14 tahun bagi saya memang terlalu lama untuk mengenali pasangan kita. Saya tidak kisah dengan tempoh itu,tetapi keserasian yang paling utama. Jangan cepat melatah apabila mendengar cerita tidak baik tentang pasangan kita. Apa guna duduk sebumbung tetapi tidak boleh 'share' segala masalah dan rahsia diri.
Kini dengan mempunyai 6 orang anak- seorang lelaki dan 5 orang perempuan sudah cukup membahagiakan hidup kami sekeluarga. Cuba renungkan seketika, yang kahwin bertahun-tahun tidak mempunyai anak, ada tu keluarga yang hanya mempunyai seorang anak sahaja, ada juga yang keluarganya ada anak lelaki sahaja, ada juga yang dapat anak perempuan sahaja. Maka tidak bahagia kah saya mempunyai keluarga yang cukup sempurna. Alhamdulillah, setakat ini kesemua anak-anak cenderung membuat banyak kebaikan..seperti yang telah diajar sedari kecil.
Tidak semudah mengungkap dengan kata-kata sahaja, saya yang melalui tempoh perkahwinan selama 14 tahun lebih banyak merasai pahit manis kehidupan berumahtangga. Semoga perkahwinan kami akan kekal hingga ke akhir hayat. Amin!
Pesanan: Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tahniah la dah sampai 14 thn...
ReplyDeleteBoxer Berpoket Untuk Simpan iPhone
tahniah..semoga berkekalan ke akhir hayat
ReplyDeletetahniah.. dah 14 tahun ye... semoga berkekalan dan berbahagia...
ReplyDelete@velasrizal,@ienafazlyna,@munna...tima kasih banyak2...
ReplyDelete