Sunday, April 20, 2014

Bermain sambil belajar,mudah untuk kanak-kanak

Dalam proses untuk pembelajaran bayi dan kanak-kanak,permainan yang sering kita main boleh menggalakkan pembelajaran awal matematik kanak-kanak.Inilah yang ditekankan dalam kursus KAP ni.


Bahan-bahan alam sangat disukai oleh kanak-kanak.Mereka sering bermain di luar dan sering bermain dengan bahan-bahan alam ni.Batu,daun,ranting kayu biasanya ada di sekitar rumah kita.Manakala kulit kerang mudah didapati di kawasan pantai.

Konsep awal matematik kanak-kanak bukan hanya pada mengira 1,2,3 atau membuat aktiviti campur dan tolak,tetapi lebih kepada mengenal saiz,besar-kecil,tinggi-rendah,laju-perlahan,banyak-sedikit.Apabila kita bermain dengan kanak-kanak,mereka boleh belajar secara tidak langsung konsep-konsep ini.


Untuk mempercepatkan pembelajaran awal matematik kanak-kanak perlu dibantu oleh pendidik atau orang dewasa.

Mudah bukan.Kita ni jangan asyik fikir membeli mainan tanpa memikirkan pembelajaran anak-anak,kita mesti fikirkan sekali faedah permainan tersebut,tak semestinya kena beli kan mainan,mainan anak-anak ada di sekitar kita.Pernah terfikirkah kita?

Pesanan:Tak perlu modal yang besar untuk pembelajaran kanak-kanak.

10 comments:

  1. thanks for sharing ummi arissa. nanti share la lagi tips mengajar anak2. Saya betul2 minat nak tahu.

    ReplyDelete
  2. Balik pada cara dulu2... Lebih praktikal, lebih mesra, lebih murah...

    ReplyDelete
  3. dulu2 kanak2 byk guna kekretifan tuk bermain.. skrg guna i pad je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 rasa macam tak best kan...guna i pad tak lah sekreatif guna bahan alam...bahan alam -macam2 boleh buat kan..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...