Dah banyak saya dengar tentang pengambilan vaksin dan suntikan bulanan untuk kanak-kanak yang rupanya ramai para ibubapa tidak mengambilnya.Saya tidak pasti kenapa,tetapi saya cuba google berkenaan hal ini.Saya tidak mahu berkongsi berkenaan hal tersebut,anda carilah sendiri,kerana belum pasti dengan kesahihannya.
Namun bila saya terbaca akhbar Kosmo 6 Oktober 2013,penyanyi Nurul mengambil keputusan untuk tidak mengambil vaksinasi yang lazim diambil oleh bayi baru lahir sehingga berusia enam tahun,saya juga teringat tentang anak jiran saya yang juga tidak mahu suntikan bulanan dilakukan kepada anaknya yang kini berusia 5 bulan.Dan bila perkara ini berlaku,dia perlu berjumpa dengan doktor untuk kaunseling dan dia tetap bertegas tidak mahu suntikan dilakukan.
Kalau menurut kata Nurul dalam akhbar tersebut " Kami pilih untuk guna perubatan homeopati,jadi bayi saya tidak akan mengambil vaksin atau suntikan bulanan seperti yang lazim dilakukan.Itu semua hasil kajian saya dan Eric.Kami sudah berbincang dengan seorang pakar dari Australia berhubung perkara itu dan ubat homeopati untuk bayi yang dicadangkan begitu meyakinkan.
"Doktor pakar kanak-kanak yang dirujuk Baby Z juga telah dimaklumkan perkara itu dan dia berminat untuk berkongsi maklumat dengan saya.Barulah saya tahu,rupa-rupanya sudah ramai ibu bapa di Malaysia yang menggunakan ubat homeopati untuk bayi mereka."
Saya pun baru tahu.Sudah ramai ye ibu bapa di Malaysia tidak menyuntik anaknya secara bulanan seperti yang saya lakukan untuk kesemua anak-anak saya.Apa ye bezanya?Tiada maklumat pula saya berkenaan hal tersebut.Mungkinkah kandungan yang terdapat di dalam vaksin tersebut seperti yang digembar gemburkan dalam internet.
Apa kata klinik kesihatan dan pakar perubatan berkenaan hal ini.Bolehkah jika bayi baru lahir tidak disuntik dan diberi vaksin seperti lazimnya?Apa pendapat anda ye berkenaan hal ini?
Apa Itu Imunisasi
Imunisasi adalah satu cara melindungi kanak-kanak daripada beberapa penyakit tertentusecara mudah, selamat dan berkesan. Ini dilakukan melalui pemberian vaksin bagipembentukan antibodi untuk membina daya ketahanan badan. Vaksin adalahvirus/bakteria yang mati atau dilemahkan dan diberikan secara suntikan atau melaluimulut.
Imuniti (daya tahan) boleh diperolehi melalui 2 cara:Aktif – Antibodi diperolehi hasil daripada jangkitan penyakit berkenaan.Pasif – Antibodi diperolehi melalui imunisasi
Imunisasi adalah tidak selamat – risikonya lebih tinggi berbandingpenyakit itu sendiri.
Tidak benar – Imunisasi adalah selamat. Kesemua vaksin telah diuji keberkesanan dankeselamatannya. Tahap kesan tindakbalas sampingan terhadap imunisasi telah diuji danpemantauan berterusan dijalankan walaupun vaksin itu telah diluluskan oleh pihak yangbertanggungjawab dan juga Kementerian Kesihatan. Telah sedia maklum kebanyakanimunisasi menimbulkan kesan sampingan yang ringan kepada kanak-kanak tetapi iniadalah jauh lebih baik daripada mendapat penyakit itu sendiri.
sumber:Kementerian Kesihatan Malaysia
Pesanan:Saya dah tiada bayi kecil,anak-anak semua dah besar,jadi dah lama tak ke klinik kanak-kanak.