Sebelum ni tidak pernah terfikir oleh saya,dapat bertemu kembali teman-teman persekolahan yang lama sudah tidak bertemu. Bayangkan selama hampir 17 tahun tidak bertemu,bagaimana ingin menunjukkan reaksi pertama saya terhadap mereka.
Saya bersekolah di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Sekolah tersebut sekolah melayu,tetapi rata-rata ramai Cina. Dijadikan cerita 2 tahun terakhir persekolahan iaitu dalam tingkatan 4 dan 5, kebanyakan ahli kelas saya terdiri daripada kaum Cina, Melayu hanya 3 orang dan India 2 orang. Cukuplah tu kan jadilah 1 Malaysia. He he he..
Kelas-kelas yang lain tidaklah sedemikian. Bilangan kaum Cina dan Melayu hampir sama,kecuali kaum india memang minoriti. Jadi bolehlah saya katakan kelas saya istimewa sedikit. Tetapi walaupun 3 orang je Melayu, bab bergaduh,bermasam muka memang tak lepas jugalah. Sama je macam yang lain. Cuma dia jadi 2 kumpulan je.Contoh 2 lawan 1. Pasangan bergaduh tu akanbertukar-tukar, ikut situasilah. Kalau dikenang-kenang lucu pun ada. Ye lah 3 orang pun nak bergaduh jugak.
Jadi hari ini pertemuan semula bersama 13 rakan yang lain (yang dapat hadir sahaja) bakal menjadi sejarah istimewa pada saya. Harap-harap pertemuan ini yang terbaik. Maklumlah masing-masing sekarang mempunyai komitmen pada keluarga,kerja dan lain-lain. Mungkin untuk berjmpa semula memakan masa yang lama pula.
Inilah hasil dari penggunaan internet yang betul. Saya mencari rakan-rakan lama melalui muka buku (facebook). Tanpanya mungkin jalan pertemuan tidak bertemu.Mungkin sahaja!
Jumpa di Mid Valley ye teman-temanku!
Pesanan: Semoga semuanya berjalan lancar. Amin! Doakan ye!
Saturday, April 24, 2010
Thursday, April 22, 2010
My Dream Destination
Sudah lama saya membayangkan diri saya berada di negara matahari terbit iaitu Jepun. Apa yang selalu bermain difikiran saya adalah untuk bermain salji asli yang terdapat di negara tersebut sambil berjalan-jalan makan angin di Tokyo Disneyland.
Selain itu saya juga ingin melihat keadaan sebenar di sana yang selalu saya baca di akhbar yang mengatakan negara tersebut mempunyai rakyat yang cukup berdisplin dalam menepati masa. Saya juga ingin menaiki keretapi yang paling laju di sana. Saya juga teringin membeli '
Apabila tiba di sana nanti saya juga teringin menikmati makanan popular mereka yang dikenali sebagai 'tempura', iaitu sayuran atau makanan laut yang disalut dengan tepung rangup khas buatan mereka. Lebih asli jika menikmatinya di negara asalnya.
Selain itu saya juga ingin melihat keadaan sebenar di sana yang selalu saya baca di akhbar yang mengatakan negara tersebut mempunyai rakyat yang cukup berdisplin dalam menepati masa. Saya juga ingin menaiki keretapi yang paling laju di sana. Saya juga teringin membeli '
kimono ' iaitu pakaian tradisional yang sering dipakai oleh rakyatnya bila meraikan sesuatu. Memakainya juga adalah salah satu impian saya.
Mesti saya akan kelihatan comel kan?
Jepun juga menjadi destinasi impian saya kerana dapat melihat tempat sebenar pengeboman yang dilakukan oleh Amerika Syarikat terhadap bandar Hiroshima. Menurut pembacaan saya, tempat tersebut masih lagi ada dan boleh dilawati oleh sesiapa. Di Jepun juga terdapat banyak sejarah yang boleh saya ketahui termasuk yang membabitkan negara kita Malaysia.
Saya masih teringat sebuah rancangan popular yang saya minati sejak dari kecil lagi iaitu 'Doeraemon',jika saya dapat ke negara Jepun saya ingin melihat sendiri cerita tersebut dalam bahasa Jepun sepenuhnya. Saya juga ingin menikmati makanan yang selalu dimakan oleh watak kartun tersebut iaitu 'Dorayaki' yang mana setahu saya melalui rakan-rakan,makanan tersebut memang ada di jual di Jepun. Bolehlah saya membelinya untuk dirasa juga oleh anak-anak saya. Mereka juga terlalu suka menonton kartun tersebut.Itulah destinasi impaian saya. Bilakah ia akan menjadi kenyataan. boleh jugakmenaiki penerbangan MAS nanti.
Sebelum tu kita layan dulu project alpha season 2 episod 4...
ini adalah episod 5 project alpha season 2
Ini episod 6
Ini episod 7 lak
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

Lawak tak?
Suatu hari keluarga Anom pergi bercuti bersama seorang anak kecil mereka yang berusia 6 tahun. Mereka yang tinggal di Kuala Lumpur bercadang untuk pergi bercuti di Pulau Pinang. Mereka bertolak awal pagi.
Sebaik sahaja mereka masuk ke kereta, Anom berpesan kepada anaknya,
"Aidit, perjalanan kita ini jauh, jadi Aidit tidur dahulu, sudah sampai nanti ibu kejutkan".
Aidit pun menjawab,
"Ibu, nanti kalau Aidit bangun, Aidit masih besar seperti ni lagi ke?".
Wednesday, April 21, 2010
Sambal Sotong
Saya rasa tak susah nak masak sambal sotong ni. Campak-campak bahannya mesti menjadi. Ni nak bagi resepi pada yang tak tahu jelah.
Bahan-bahannya:
Sotong( bersihkan dan potong kecil)
1 labu bawang besar (merah)
3 ulas bawang putih
asam keping sekeping
6 sudu cili kering(yg dah blender)
air sedikit
Cara-cara memasaknya:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih(yg dah ditumbuk).
2. Masukkan cili kering,goreng hingga cili masak.
3. Asam keping
4. Masukkan sotong,goreng dalam 2-3 minit.
5. Masukkan sedikit air untuk berkuah.Biar menggelegak.
Letak sikit garam dan aji. Dah siap.
Kalau dia tak buat kerja.....
Setiap kali balik dari sekolah, ada sahaja cerita yang keluar dari mulut anak-anak tentang rakan-rakan disekolahlah,tentang guru di sekolahlah atau pun tentang aktiviti sekolah mereka. Anak-anak saya yang sedang bersekolah 4 orang,tetapi yang sulung duduk di asrama di sekolah yayasan pahang berada di darjah enam, manakala yang tiga lagi tu satu sekolah berdekatan dengan rumah.Tak sampai 2 minit berjalan dah sampai sekolahnya.
Yang sulung tu jaranglah nak dengar ceritanya,sebab balik pun sekali sekala. Yang tiga orang tu yang kerap bercerita. Suatu hari anak saya yang ketiga baru berumur 9 tahun, pulang ke rumah dan mula bercerita. Katanya cikgu Sazali (mungkin guru kelasnya) menyuruh mereka membuat kerja sekolah di kelas, bila ada yang tidak mahu membuatnya atau tertinggal buku di rumah, cikgunya suruh berdiri. Tapi tiba masa giliran anak saya ini cikgunya langsung tak marah. Biarpun dia tidak membuat kerja tersebut.
Dia sering menyebut cikgu tak pernah memarahinya jika dia membuat bising di dalam kelas, tetapi sebaik sahaja rakannya yang lain membuat bising, seringkali di marahi guru. Jadi mungkin menjadi cerita menarik maka diceritakan pula kepada saya. Berkerut-kerut mukanya bercerita. Seperti perkara itu terlalu ajaib padanya. He he he.Kadang-kadang lucu saya mendengarnya.
Anak saya ni buat masa sekarang masih mendapat nombor satu dalam peperiksaannya dari darjah satu hingga darjah tiga. Saya pun akui kecerdikannya berbanding dengan adik beradiknya yang lain. Mungkin sebab itu cikgunya tidak berapa kisah dengan perangainya asalkan dia masih boleh menguasai pelajarannya. Itu pendapat sayalah. Mungkin cikgu tersebut mempunyai pandangan yang lain.
Macam-macam lah anak saya ni. Bayangkan enam orang enam ragam. Fuh! Letih juga hendak melayannya.
Pesanan: Anak saya yang inilah dilahirkan songsang. Dia pun lawa juga. Sebenarnya kita tidak patut membeza-bezakan anak. Nanti dengar dek anak yang lain kecil hati pula. Layan sama rata pada semua anak-anak kita. Bersikap adil.

Tuesday, April 20, 2010
Anak oh Anak!
Sejak dapat adik baru ni, anak saya yang ke lima sungguh banyak karenah. Macam-macam yang dilakukan untuk menarik perhatian saya dan babanya. Sehinggakan saya ke tahap hilang sabar hendak melayan kehendaknya.
Saya bercadang untuk menghantar anak saya iaitu Anis ke rumah wa nya(nenek). Mungkin dalam seminggu dua kot. Bukan apa, saya rasa dia terasa dirinya tersisih kerana saya lebih kerap masa bersama anak kecil saya. Mestilah. Saya perlu menyusukan dia,menidurkan dia,barulah saya boleh membuat kerja-kerja rumah.
Anis ni, dia nak dapatkan perhatian, macam-macam perkara dia buat yang boleh menimbulkan kemarahan saya. Misalnya dia sudah tidak pakai lampin pakai buang sebab dah pandai ke bilik air jika hendak kencing. Tapi suatu hari tu, dia boleh buang air kecil di atas kerusi makan. Dahlah tak bercakap,menangis je kerjanya. Terpaksalah anak sulung perempuan saya mengemop dan membasuh kerusi tersebut. Saya pula ketika itu sedang menyusukan si kecil.
Selain itu, setiap kali saya membuka komputer, meluru lah dia berlari nak mengacau saya. Nak main game lah katanya. Bukan saya tak beri dia main game, tetapi dia tekan butang yang bukan-bukan. Takut rosak je komputer tu. Kalau saya tak beri dia main komputer, dia sepah-sepahkan mainan pula,bukannya dia main. Kemudian kalau saya baru je nak lelapkan mata, mulalah dia meminta macam-macam. Nak makan nasilah(padahal baru lepas makan), nak air lah. Sengaja dia mengacau saya.Lagipun saya tidur dengan si kecil.Mungkin dia cemburu.
Memang saya tak nafikan, saya lebih banyak masa dengan si kecil, tapi waktu ini,si kecil perlu diberi lebih perhatian. Bukannya saya tak layan langsung si Anis ni, tapi memang naluri budak kecil yang cemburukan adik kecilnya. Mungkin dia belum biasa lagi dengan keadaan ini,maka dia bertindak sedemikian.
Entahlah. Saya kadang-kadang hilang sabar dengan karenahnya, biarlah dia duduk sementara dengan wan nya. Lagipun maksu nya ada sekali,boleh layan kehendaknya. Tolonglah ye ,maksu nya. Tak larat dah kakak mu ini.
Oklah, itul je lah nak kongsi bersama. Semoga Allah beri kesabaran pada saya dalam mendidik dan membesarkan kesemua enam anak saya.Amin!
Pesanan: Anis baru berusia 3 tahun, tak puas bermanja,tiba-tiba dapat adik.

Sunday, April 18, 2010
Ayah Mertua Tersayang
Sudah lama saya tidak pulang ke kampung suami di Kota Bharu Kelantan. Tahun ni tidak sekalipun saya pulang melawat keluarga suami disana. Ibu mertua sudah lama meninggalkan kami,jadi yang tinggal kini ayah mertua sahaja. Bukan kerana saya ada perselisihan faham tidak balik ke sana, tetapi awal tahun iaitu bulan Januari danFebruari saya sedang sarat mengandung. Manakala bulan Mac dan April saya dalam pantang selepas bersalin.
Mengapa tiba-tiba saya bercerita tentangnya. Ini kerana seminggu lepas adik ipar ada memberitahu melaui telefon mengatakan ayah tidak sihat dan tidak lalu makan. Jadi saya dan suami amat runsing mengenangkan keadaannya.Saya amat baik dengan ayah mertua. Setiap kali saya balik pasti ada sahaja sesuatu (makanan) saya bawa untuknya. Biarpun sekadar keropok,tapi dia menghargainya dengan menjamahnya walaupun sedikit.
Saya sudah hampir habis berpantang, jadi saya dan suami bercadang untuk pulang ke sana awal bulan Mei ni. Tidak sabar untuk menunjukkan padanya cucu barunya ini. Pasti dia suka.Sementara hayatnya masih ada saya ingin melihat dia gembira sahaja. Yang pasti ayah mertua saya itu suka mengusik anak-anak saya. Dan yang paling saya suka mereka(anak-anak saya) suka mengajuk loghat kelantan dengan tok ayah nya. (anak-anak tidak berapa pandai loghat kelantan).Jadi suasana menjadi bertambah meriah.
Pesanan: Bahagiakan kedua orang tua mu sebelum mereka sudah tiada. Aku juga tidak terkecuali dalam hal ini.
Kisah Kejiranan Saya
Saya bukannya nak mengata yang tak baik tentang jiran-jiran saya di kawasan rumah saya. Tapi saya terpaksa juga mengatakan bahawa terdapat juga jenis-jenis jiran yang tidak senang dengan saya.
Saya tinggal di kuarters guru, sekarang ni masih lagi berpantang selepas melahirkan anak kecil. tapi dah masuk 40 hari. Jadi sepanjang saya berpantang, saya tidak keluar rumah. Sekadar ke rumah sebelah rumah atau depan rumah sahaja. Suatu hari hari sampai juga perkara yang tidak enak tentang saya diperkatakan oleh jiran-jiran. Apa yang disampaikan adalah saya meminjam beras dan barang dapur dengan jiran di blok yang berlainan dengan saya. Sungguh terpana saya seketika. Ceritanya seolah-olah saya tidak mampu membeli barang-barang tersebut hingga terpaksa meminjam. Sudahlah meminjam, meminjam pula sehingga melangkaui blok depan saya. Kuarters guru ni ada 4 blok. Setiap blok ada 5 tingkat. Jadi bayangkan saya meminjam beras atau barang dapur dari rumah saya tingkat 3 ke blok yang lain.
Takkan lah saya tak mampu nak beli beras. Sensetif tau bab-bab makan ni.
Betul ke? Sah-sahlah tak betul cerita tu. Ceritanya bermula apabila suami saya membeli motor berkuasa tinggi. Jadi untuk menyedapkan cerita mereka berkata suami melepak kedai dengan motor besar, anak-anak makan rumah orang,isteri meminjam beras dan barang dapur rumah orang. Begitulah lebih kurang.
Saya akui,biasa juga ke rumah jiran depan rumah dan meminjam barang dapur, tapi sekadar barang-barang kecil seperti kunyit hidup sikit,halia sikit. Itu sahaja. Tapi kami jiran yang baik. Jiran depan rumah pun begitu juga,tiba-tiba barang yang hendak dimasak habis,dia pun meminjam juga. Tapi bagi kami itulah jiran yang baik,tolong dikala kesusahan. Bukannya apa kedai dari kuarters kami tu jauh sedikit.Takkan hendak hendak guna halia sebesar ibu jari je hendak ke kedai yang jauh tu.
Tidak pernah lah saya hendak meminjam beras sekilo,bawang sekilo atau tepung sekilo. Itu sudah pasti. Yang menjadi persoalan saya, mengapa sejak saya tidak keluar rumah kerana berpantang, ada juga yang hendak membawa cerita yang tidak benar tentang saya. Saya juga tidak kisah jika cerita itu benar atau tidak. Tetapi mengapa menyampaikan cerita tersebut melaui mulut ke mulut. Apa susahnya sampaikan terus kepada saya. Senang cerita.
Thursday, April 15, 2010
Sauna lagi...
Semalam saya sempat bersauna selama 15 minit. Saya mengambil peluang sebelum anak-anak saya ke sekolah. Jadi sambil tu mereka boleh menjenguk anak kecil saya jika dia menangis. Hu... segar badan sebaik sahaja saya mandi. Kemudian baru saya bersarapan.
Bilik sauna saya sekarang masih dalam proses dicantikkan dengan kerjasama rakan niaga saya Cikgu Niena. Kami baru je selesai mengecat bilik tersebut. Baru lah nampak menarik. Walaupun kecil tapi nampak cantik. Sebelum tu ada lah sedikit perselisihan faham antara Cikgu Niena dan saya mengenai warna cat dinding. Pada mulanya saya dan dia sudah bersetuju ingin mengecat warna merah jambu. Tapi setelah cat dibeli warna bertukar tiba-tiba tanpa pengetahuan saya iaitu warna oren atau peach sikit-sikit. Saya pada mulanya bengang juga. Tapi dah beli terpaksa cat juga. Tapi bila dah siap dicat sepenuhnya, nampak menarik juga warnanya. Jadi hilang sikitlah marah saya.
Lebihan cat di bilik tersebut saya adaptasikan dengan mewarnakan ruang tamu rumah saya. Bermula dari 2 petang hingga maghrib saya mengecat separuh dinding sahaja,tapi keseluruhan ruang tamu. Dengan kerjasama sepupu Cikgu Niena iaitu Ilya kerja menjadi mudah. Maklumlah dengan anak kecil asyik menangis je. Kerap kali saya berhenti mengecat. Sekarang rumah saya nampak baru. Harap-harap janganlah ada lagi tulisan cakar ayam di dinding yang baru dicat itu. Yelah,anak-anak yang kecil ada dua orang lagi.
Wah! betapa semangatnya saya melihat bilik sauna tersebut. Sebaik sahaja saya sudah sihat sepenuhnya dari berpantang,saya akan meneruskan misi saya untuk mencari lebih ramai lagi pelanggan.
Pesanan: Saya masih berpantang, tetapi dah lebih sebulan,jadi kerja mengecat yang ringan-ringan sahaja saya lakukan. Teruskan bersauna untuk kesihatan yang lebih baik.

Jangan salah faham, ini bukan bilik sauna yang saya maksudkan. Tapi mana tahu nanti dapat buat bilik special macam ni. :)
Lebihan cat di bilik tersebut saya adaptasikan dengan mewarnakan ruang tamu rumah saya. Bermula dari 2 petang hingga maghrib saya mengecat separuh dinding sahaja,tapi keseluruhan ruang tamu. Dengan kerjasama sepupu Cikgu Niena iaitu Ilya kerja menjadi mudah. Maklumlah dengan anak kecil asyik menangis je. Kerap kali saya berhenti mengecat. Sekarang rumah saya nampak baru. Harap-harap janganlah ada lagi tulisan cakar ayam di dinding yang baru dicat itu. Yelah,anak-anak yang kecil ada dua orang lagi.
Wah! betapa semangatnya saya melihat bilik sauna tersebut. Sebaik sahaja saya sudah sihat sepenuhnya dari berpantang,saya akan meneruskan misi saya untuk mencari lebih ramai lagi pelanggan.
Pesanan: Saya masih berpantang, tetapi dah lebih sebulan,jadi kerja mengecat yang ringan-ringan sahaja saya lakukan. Teruskan bersauna untuk kesihatan yang lebih baik.
Sunday, April 11, 2010
Udang Masak Sos Cili
Menu apa lagi nak dikongsi. Menu tengah hari saya hari ni ialah udang. Saya jenguk ke dapur lihat apa yang ada di dapur. Sos cili,sos tiram, kicap dan serbuk kari.Mmmm cukup lah tu. Dah boleh buat satu lauk ni. Cuba ye.
Bahan-bahannya :
Udang sederhana besar ( buang kepala sahaja)
1 labu bawang besar(mayang)
1 ulas bawang putih (ketuk)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar serbuk kari
Daun kari (jika ada)
sedikit air
Cara-cara memasaknya:
- Goreng udang dahulu (lumur udang dengan garam dan kunyit) dan ketepikan.
- Tumis bawang besar dan bawang putih.
- Masukkan sos cili,sos tiram dan kicap.
- Masukkan serbuk kari dan daun kari
- Masukkan udang,goreng sebati.
- Nakkkan lebih kuah, masukkan sedikit air
Tadaaaa.... Siap dah.
Pesanan: Tak perlu bubuh garam.Sos tiram dan kicap dah masin. Cubalah,memang sedap.
Kehebatan Mandi Sauna
Fakta tentang sauna dibandingkan dengan aktiviti bersukan yang lain:
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400 - 600 kalori
- Aerobik selama 30 minit membakar 400 kalori
- Berbasikal selama 30 minit membakar 250 - 500 kalori
- Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
- Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori
Khasiat dan Kelebihan Mengamalkan Penggunaan Sauna
- Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar,halus dan licin.
- Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar.
- Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminium,cadmium,lead dam mercury.
- Mengurangkan kesakitan anggota badan,sakit urat,sendi,sengal sengal tulang.
- Meningkatkan sistem kardiovascular.
- Menghilangkan tekanan dan perehatan otot.
- Melancarkan peredaran darah.
- Mengurangkan prostratw bengkak pada lelaki
- Meningkatkan tahap metabolisma.
- Mengurangkan masalah sinus dan resdung.
- Mengurangkan masalah kurang tidur/insomnesia.
- Menggantikan bertanggang/bertangas bagi wanita yang sedang berpantang.
- Membantu pesakit tekanan darah.
- Menggantikan aktiviti jogging atau bersenam.
- Membuang toksik badan melalui peluh.
Pesanan: Penggunaan mandi sauna perlu mendapat nasihat yang pakar.
Saya telah mencuba sebanyak 8 sesi (1 sesi 15 minit) dan telah merasakan hasilnya. Badan saya merasa sihat dan segar walaupun masih didalam berpantang. Cubalah!
Sauna Oh Sauna!
Pada 7 April yang lalu, saya telah mencuba bersauna di rumah Cikgu Niena iaitu adik saya yang berlainan ibu dan bapa. Saya dah anggap Cikgu Niena sebagai adik saya kerana saya juga menjaga anak-anaknya tatkala dia bekerja. Dialah jiran terbaik saya setakat ni. Dia juga sebahagian dari keluarga kami.
Saya mencuba sauna yang baru dibelinya. Saya juga orang pertama yang diberi penghormatan merasmikan penggunaannya (bangganya). Selama hampir 15 minit saya boleh bertahan berada di dalamnya. Bahang kepanasannya atau wapnya telah menyebabkan peluh saya menitis tanpa berhenti. Sebelum saya mandi sauna,saya telah menyapu seluruh tubuh saya dengan minyak pelangsingan (slimming oil).
Kesan yang saya dapati setelah penggunaannya adalah, setelah saya mandi, badan saya merasa segar. Saya merasa sungguh puas hati. Akhirnya kami membuat keputusan untuk meletakkannya di rumah saya dan membuat perniagaan mandi sauna. Saya dan Cikgu Niena mulalah membuat risalah untuk diedarkan kepada rakan-rakan dan jiran-jiran. Kami menetapkan harga yang murah dan berpatutan.
Seminggu kemudian pelanggan sudah mula datang untuk mencuba mandi sauna. Kami berpuas hati dengan feedback dari pelanggan-pelanggan kami. Dan kami berharap akan rami lagi pelanggan di sekitar tempat tinggal kami mencubanya.
Pesanan : Sauna mampu memberikan kesihatan yang baik untuk tubuh badan yang sihat.
Thursday, April 08, 2010
Pukullah anak....
Agama kita menganjurkan supaya anak-anak dididik mengerjakan solat atau sembahyang sejak berusia tujuh tahun lagi. Anjuran ini terkandung dalam sepotong hadis Nabi SAW:
Maksudnya: "Suruhlah kanak-kanak mengerjakan solat apabila berumur tujuh tahun dan apabila sudah sampai 10 tahun maka pukullah (sekiranya tidak solat)."
Suruhan dan latihan melaksanakan solat serta ibadat-ibadat lain seperti berpuasa , akan membiasakan anak-anak untuk mudah mentaati titah perintah Allah SWT.
Kebiasaannya mereka mematuhi suruhan Allah SWT dan Rasulullah SAW akan dapat mempersiapkan individu kanak-kanak tersebut menghadapi alam kedewasaan dengan penuh yakin dan bersemangat.
"Anak-anak yang mendapat didikan beribadat di peringkat asas ini akan memiliki kesihatan jasmani,kemuliaan akhlak dan berpewatakan yang disukai ramai."
Pesanan: Ajarlah anak bersolat sejak kecil. Pesanan untuk semua dan saya juga.
Petikan dari buku Indahnya Hidup Bersyariat -Dato' Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid
Hiburan Dalam Konteks Islam
Hiburan merupakan satu fitrah yang disukai oleh semua manusia. Semua orang menginginkan hiburan untuk menghiburkan hati mereka. Namun, adakah mereka memanfaatkan sepenuhnya hiburan tersebut untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT atau menyalahgunakan hiburan tersebut untuk perkara-perkara maksiat?
Hukum Hiburan:
MAKRUH
Hiburan yang Tidak Memberi Apa-Apa Kesan yang Buruk atau Baik.
Contohnya berada dalam majlis yang penuh dengan gurauan dan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa.
HARAM
Hiburan yang Memberi Kesan Buruk.
Memberi kesan yang buruk kepada individu dan masyarakat contohnya berhibur sehingga mengabaikan solat, bekerja mencari rezeki dan sebagainya.
HARUS
Hiburan yang Memberi Kebaikan.
Hiburan yang memberi kebaikan kepada individu dan masyarakat seperti pertandingan memanah,permainan yang berfaedah,dan apa sahaja hiburan yang diterima baik oleh rasional manusia.
Takrif Hiburan
Dalam bahasa Arab disebut sebagai al-lahw iaitu semua perkara yang melekakan manusia daripada pelbagai gangguan,pemikiran dan masalah yang menggangu tidur mereka. Ia juga tidak mempunyai hakikat yang sabit seperti bermain,berjenaka,bersembang malam,menyanyi dan sebagainya.
Pesanan: Sebarkanlah kepada semua.
Dipetik dari buku Indahnya Hidup Bersyariat- Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab.Hamid
Wednesday, April 07, 2010
Kek Coklat Kukus
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan gula
1 serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan susu manis
1 cawan air panas
4 biji telur (jika kecil telurnya 5 biji)
1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara memasaknya:
1. Pukul telur dan gula,tak perlu sampai kembang. Asal sebati.
2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan kecuali air panas.Kacau dalam mangkuk besar.
3. Akhirnya baru masuk air panas, sebatikan. Masukkan dalam acuan kecil,tinggalkan suku kat atas.(jangan isi penuh).
4. Kemudian kukus dalam kukusan selama 15 minit.
Pesanan: Jika di kacau dalam 'mixer' ia larut dengan mudah
Jika masukkan ke dalam loyang kukus selama 1 1/2 jam.
Selamat mencuba.
Hari Untuk Bertenang.
Hari ni adalah hari lahir saya. Sahabat yang baik pagi-pagi lagi sudah menghantar ucapan selamat hari lahir. Suami pula sekadar membisikkan ke telinga. Sebab saya masih di atas katil menyusukan bayi.
Kebiasaan hari-hari yang saya lalui penuh dengan keriuhan yang datangnya dari mulut saya. Dalam erti kata lain, saya mesti akan bising kalau ada yang tak kena pada pandangan saya. Contohnya bilik anak-anak bersepah,sampah merata-rata,buku-buku bersepah saya pasti bising.
Jadi pada hari ini saya ingin membuat perubahan sedikit (sedikit sahaja). Kalau biasa saya akan cakap begini pada anak saya
"Korang ni berapa kali umi nak cakap, beg sekolah tu susun elok-elok kat dalam bilik. Ini tidak bersepah-sepah! Tak tengok ke macam mana umi berkemas! Hari- hari nak mulut umi bising!". Begitulah lebih kurang.
Saya nak tukar cakap begini pula
"Bilik tu pastikan jangan disepah-sepahkan. Beg susun elok-elok ye. Buat macam mana umi kemas selalu kat bilik tu ye". Lembut gitu.
Sebab saya bukannya boleh cakap lembut-lembut dengan anak. Saya cuba dah banyak kali tapi mereka buat tak tahu je. Tapi bila suara saya tinggi baru mereka dengar. Macam tu lah saya selalu. Setiap hari. Suami bukannya tak marah pada anak-anak,tapi suami kata anak-anak lagi tak dengar katanya. Dia boleh gertak anak dengan berkata
" Kejap lagi suara umi mu keluar,ha siaplah. Dengan aku ni tak nak dengar.Nak umi mu juga marah,baru nak dengar".
Habis camno? Tapi elok juga suami saya lembut,saya ni garang sikit. Kalau tidak bertambah kecohlah keluarga kami. Sekurang-kurangnya kalau anak-anak kena marah dengan saya suami akan memujuk. Kalau dah kedua-dunya garang,ke mana mereka nak pergikan. Rumah atuk dan nenek jauh. Adik beradik sayapun jauh.
Jadi kesimpulannya,sempena hari lahir saya hari ini, saya akan memberikan kebebasan pada mereka membuat apa yang mereka suka di rumah ini. Harap-harap dengan bercakap lembut-lembut dengan diorang kali ni,jangan ada yang mengambil kesempatan.
Oklah setakat ini sahaja.
Pesanan: Alhamdulillah,saya masih di panjangkan umur,diberi kesihatan yang baik dan dapat melihat anak-anak membesar dengan sihat. Bersyukur pada Allah. Amin!
Tuesday, April 06, 2010
KOKTEL ARISSA
Ini menu petang saya. Anak-anak termasuk saya suka sangat makan pemanis ni. Kalau sekali buat,tak sempat sejuk habis licin di makan oleh mereka.
Bahan-bahannya:
1 bekas nata de coco (apa-apa perisa)
1 tin susu cair
1 cawan yogurt (apa-apa perisa)
1 bungkus sumijelly
Senang je nak buat. Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas besar. Sumijelly tu kalau boleh potong empat. Masukkan dalam peti sejuk. Makanlah bila dah sejuk. Tak perlu dimasak.
Pesanan: Saya buat perisa strawberry. Jadi nata de coco dan yogurt perisa yang sama.
SOTONG GORENG TEPUNG
Menu tengah hari saya hari ni:
1 mangkuk Sotong (potong kecil dan bersihkan)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 biji telur (bancuh)
sedikit garam dan lada sulah
Cara-cara memasaknya:
1. Sotong gaulkan dengan garam dan lada sulah.
2. Celup sotong dalam telur
3. Masuk sotong ke dalam tepung yang sudah di campur dengan baking powder.
4. Goreng dengan minyak panas. 'deep fry'
5. Agak-agak 3-4 minit angkat.
Saya makan separuh pinggan. Tinggal yang lain tu untuk anak-anak. Suami punya saya masak lain. Panas-panas sedap dimakan.
Saturday, April 03, 2010
Suka Menulis...
Sejak di sekolah rendah lagi saya berminat dalam penulisan. Mengarang adalah minat saya. Saya juga suka membaca novel dan buku cerita. apa saja yang menarik untuk dibaca,saya baca.
Karangan saya pernah tersiar dalam majalah Bintang dengan tajuk 'Jika saya seekor burung'. Walaupun hanya mendapat saguhati,tetapi saya teruja untuk mengambil hadiah daripada hasil karangan saya. Dengan bertemankan ayah,saya ke pejabat majalah tersebut untuk mengambil hadiah saya itu. hadiahnya hanyalah sehelai t-shirt dengan tulisan majalah bintang di hadapannya. Seorang budak sekolah rendah seperti saya pada waktu itu tidak pernah mempertikaikan mahal atau murahnya hadiah tersebut. Saya menerimanya dengan senang hati.
Kemudian saya ke menengah pula. Pelajaran dalam bahasa Malaysia saya tidak pernah mengecewakan. Walaupun tak dapat A 'ting tong",saya berpuas hati dengan keputusan sederhana yang saya dapat. Saya suka berucap dan menonjolkan diri di hadapan khalayak ramai dengan memasuki apa-apa pertandingan yang berkaitan dengan syarahan (kena mengarang dulukan). Sehinggalah saya seringkali juga berdiri di hadapan perhimpunan.(kerana saya pengawas sekolah ketika itu) Mestilah saya berdiri di hadapan untuk membaca ikrar. he he he
Memang saya sungguh rindukan penulisan. Dan sekarang saya masih menulis. Borang surat beranak anak-anak saya dari yang pertama hinggalah yang ke enam saya yang isikan. Setiap kali anak-anak saya mendaftar sekolah, saya yang daftarkan. Segala borang-borang, saya yang isikan. Malah jika suami saya menyuruh mengisi borang yang berdaftar atas namanya,saya juga isikan. Kadang-kadang suami menyuruh saya mengarang ucapan,saya yang sediakan. Dia hanya akan 'edit'kan.
Saya rasa seronok menulis. Jadi jika ada tempat untuk menulis seperti di blog ni,membuatkan idea saya datang mencurah-curah. Saya memang tidak pandai sangat dalam mengarang,tapi saya suka dengan penulisan saya. Sebab saya yang membacanya. Kalau orang lain tidak suka, saya tak kisah sangat. Bukannya dapat markahpun.
Itu sahajalah setakat ni.
Friday, April 02, 2010
Oh! Begitu Rupanya!
Hari ni adalah hari untuk melihat blog orang lain. Macam tu lah adik saya suruh buat. Tengok bagaimana orang lain berblog.
Tapi disebabkan internet di kawasan ni lembab sedikit,jadi tidak banyak blog yang dapat saya singgah dan baca. Memang menarik membaca isu-isu yang diketengahkan. Dan yang banyak saya singgah ialah ruangan resepi.
Saya tidak menduga banyak yang saya ketahui tentang dunia orang yang tidak saya kenali hanya dengan membaca blog mereka. Bukan kah saya suka membaca. Oh! Begitu rupanya. Tetapi ada juga yang tidak menarik. Ye lah kalau guna bahasa yang kasar, saya nak membacanya depan anak-anak pun merasa malu. Macam-macam perkara yang saya tidak ketahui, tidak mengalami dapat saya terjah melalui pembacaan seperti ini. Maklumlah sebagai surirumah, saya tidak banyak masa. Masa yang saya ada hanyalah sewaktu anak sudah tidur.
Tidak mengapalah. Banyak yang telah saya pelajari. Saya tidak malu untuk bertanya jika tidak pasti. Tapi buat masa ni saya lebih banyak bertanya pada adik-adik saya yang sudah lama berblog. Blog mereka pun kadang-kadang tak sempat nak baca.
Macam-macam jenis orang saya temui dengan hanya melawat blog mereka. Jadi saya perlu berhati-hati. Tapi kebanyakan bloggers nampaknya semua mesra-mesra belaka. Jadi pada sesiapa yang nak tegur saya,silakanlah. Tapi tegurlah secara berhemah. Ingat! jangan sakitkan hati orang.
Thursday, April 01, 2010
Belajar Memasak Dengan Mudah
Pada awal perkahwinan dan di susuli dengan umur yang masih muda, ramai lagi yang tidak mahir memasak. Saya juga salah seorang antaranya. Lebih-lebih lagi zaman sekarang, anak dara tidak suka sangat ke dapur untuk belajar memasak. Mereka memang rajin ke dapur tetapi untuk menjenguk dan menjamah lauk yang sudah pun dimasak atau lebih tepat lagi dibeli diluar.
Saya juga tidak pandai memasak. Asas memasak pun tak ada. Setakat memasak nasi, menjerang air dan menggoreng telur saya pelajari setelah naik sekolah menengah. Bukan tak menolong mak memasak di rumah. Tapi tugasan saya ringan sangat waktu tu. Hanya disuruh kupas bawang, potong sayur dan yang bestnya mengacau gulai atas dapur. Itu aje lah. Selain itu tugas wajib membasuh pinggan. Maklumlah saya anak perempuan sulung. Abang yang dua orang tu agaknya tak ada dirumah,tinggal di asrama. Setahu saya saya ada dua orang adik perempuan. Tapi tak tahu ke mana diorang waktu itu. Sama ada kecil lagi atau belum wujud lagi. He he he...Jadi saya belajar memasak sedikit-demi sedikit setelah saya berkahwin. Maklumlah kahwin pada usia yang muda. Akhirnya setelah 14 tahun berlalu saya semakin mahir memasak. Tapi tak bolehlah lawan masakan mak saya yang memang sedap. Saya kerap membeli buku masakan dan mencubanya. Tapi saya tak tiru sepenuhnya, sekadar agak-agak aja ramuannya.
Disini saya ada resepi mudah untuk dikongsi. Memang ramai yang tahu. Saya nak bagitahu pada yang tak tahu je.
Mee Goreng Udang
Bahan-bahannya:
Panas minyak dalam 6 sudu besar minyak dalam kuali. Masuk bawang merah,bawang putih dan cili kering. Goreng dalam seminit dua. Bubuh sos cili, sos tomato,sos tiram, kicap,garam dan udang. Kacau je sampai masak udang tu. Masuk mee kuning, sayur sawi. Goreng sampai sawi layu. Agak-agak dalam 2-3 minit. Masak dahlah. Cuba rasa-rasa sikit.Tak masin bubuh je kicap manis tu sikit lagi.
Bahan-bahannya:
1 bungkus mee kuning (basuhlah dan tos)
1 biji bawang besar merah (tumbuk/blender)
3 ulas bawang putih (tumbuk/blender)
2 sudu besar cili kering blender
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar cili tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis (nak hitam buh lebih lagi)
10-15 ekor udang sederhana besar
sayur sawi sikit (potong ikut sukalah)
1/2 sudu kecil garam halus
Cara-cara memasaknya:
Panas minyak dalam 6 sudu besar minyak dalam kuali. Masuk bawang merah,bawang putih dan cili kering. Goreng dalam seminit dua. Bubuh sos cili, sos tomato,sos tiram, kicap,garam dan udang. Kacau je sampai masak udang tu. Masuk mee kuning, sayur sawi. Goreng sampai sawi layu. Agak-agak dalam 2-3 minit. Masak dahlah. Cuba rasa-rasa sikit.Tak masin bubuh je kicap manis tu sikit lagi.
Ala gerenti sedap punya. Cubalah.
Subscribe to:
Posts (Atom)