Baru-baru ni saya ke Tesco di Jalan Klang Lama.Baru buka,tempat parking pun mudah dan selesa.Yang penting percuma tak kena bayar.Jadi singgah satu kedai gunting di situ.Terus masuk dia suruh masukkan duit dalam mesin.Mereka hanya guna mesin untuk menerima bayaran.
1.Mesin ni macam mesin masuk duit di bank.Terima duit RM10 , RM5 dan RM1
Masukkan duit dan terima resit.
2.Jumlah Rm16 untuk 10 minit.Tak tanya pulak gaya apa yang boleh dipotong,sebab saya suruh potong pendek rambut anak saya gaya sekolah punya.
3.Kalau tiada orang boleh terus ke kerusi yang kosong,tunjukkan resit,tukang gunting mula menggunting rambut.
4.Kalau ramai orang boleh duduk di kerusi yang disediakan.Sila ikut nombor yang disediakan.Ikut turutan ye,baru adil kan.
Ni keadaan luar kedai.Ada juga disediakan bilik khastertutup untuk orang perempuan gunting rambut.Tapi belum siap lagi.Tapi bila saya tanya siapa yang akan potong?Dia kata dia juga.Dia tu lelaki.Saya diam je.Hmm..macam takde beza je.
Ha.amacam?Mahal jugak.Biasa kat kedai tepi-tepi jalan Rm6 je untuk budak sekolah.Makin canggih dah kan sekarang ni.Semua ada di zaman cyber ni.Tinggal nak praktikkan aje.Lepas ni tak tahu lah apa lagi kan.
Pesanan:Saya gunting sendiri rambut anak-anak perempuan saya.Rambut lurus senang je.
Friday, December 30, 2011
Thursday, December 29, 2011
Pencarian Blogger Aktif Oleh MiaLiana.com
Sungguh mudah dan cepat!Maka saya bebesar hati untuk menyertainya untuk pertama kalinya....Jom! semua terjah blog dia....
Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
25/12/2011 hingga 31/12/2011
Pesanan:Cuba-cuba...

Lagi gambar kereta kemalangan
Berita kemalangan di kawasan berdekatan rumah saya.Tak sampai 5 minit dari kediaman saya.
Balik malam tu tiada apa-apa lagi sewaktu melalui kawasan tu,esok pagi nak beli sarapan ada pula kemalangan maut di situ.Banyak makan nyawa dah kawasan tu.
Penuntut, bayi maut nahas
KUALA LIPIS: Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara dan seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta yang terbakar dan meletup di KM23, Jalan Lipis-Benta di sini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, Hadino Zafan Jasman, 23, yang memandu bersendirian terbunuh di tempat kejadian.
"Bayi lelaki itu, Mohd Farhan Darwiz yang bersama datuk, nenek dan abangnya dalam sebuah lagi kenderaan juga disahkan maut di tempat kemalangan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Mengulas kejadian itu, Abdul Razak berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Hadino Zafan dari arah Kota Baharu menuju ke Kuala Lumpur hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan.
"Kereta itu berpusing beberapa kali sebelum melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Honda dinaiki sebuah keluarga yang datang dari arah Kuala Lumpur," katanya.
Akibat pelanggaran itu, kereta yang dipandu Hadino Zafan terbakar sebelum meletup menyebabkan pemuda itu melecur hampir 90 peratus pada bahagian badannya.
Sementara itu, pemandu sebuah lagi kereta yang hanya dikenali sebagai Mohd Zin sempat mengeluarkan isterinya Hamidah Kasur, 51, dan dua cucu mereka iaitu Mohd Farhan Darwiz serta Mohd Fahmi Danial, 4, sebelum kenderaan itu terbakar.
"Bagaimanapun Mohd Farhan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala," katanya. - BERNAMA
Kemudian ada lagi pula kebakaran lori keesokan harinya.Tetapi berdekatan dengan Jeram Besu,Raub.Yang ni tak masuk surat khabar rasanya.Sebab pemandu berjaya menyelamatkan diri.
Lalu tepi je dah rasa hangatnya api...
Inilah dikatakan malang tidak berbau.Tidak diketahui pula punca kebakaran tersebut,saya hanya sempat merakamnya sambil kenderaan bergerak perlahan.
Pesanan:Sentiasa berhati-hati tak kira dimana sahaja.
Balik malam tu tiada apa-apa lagi sewaktu melalui kawasan tu,esok pagi nak beli sarapan ada pula kemalangan maut di situ.Banyak makan nyawa dah kawasan tu.
Penuntut, bayi maut nahas
2011/12/26
KUALA LIPIS: Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara dan seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta yang terbakar dan meletup di KM23, Jalan Lipis-Benta di sini. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, Hadino Zafan Jasman, 23, yang memandu bersendirian terbunuh di tempat kejadian.
"Bayi lelaki itu, Mohd Farhan Darwiz yang bersama datuk, nenek dan abangnya dalam sebuah lagi kenderaan juga disahkan maut di tempat kemalangan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
"Kereta itu berpusing beberapa kali sebelum melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Honda dinaiki sebuah keluarga yang datang dari arah Kuala Lumpur," katanya.
Akibat pelanggaran itu, kereta yang dipandu Hadino Zafan terbakar sebelum meletup menyebabkan pemuda itu melecur hampir 90 peratus pada bahagian badannya.
Sementara itu, pemandu sebuah lagi kereta yang hanya dikenali sebagai Mohd Zin sempat mengeluarkan isterinya Hamidah Kasur, 51, dan dua cucu mereka iaitu Mohd Farhan Darwiz serta Mohd Fahmi Danial, 4, sebelum kenderaan itu terbakar.
"Bagaimanapun Mohd Farhan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala," katanya. - BERNAMA
Kemudian ada lagi pula kebakaran lori keesokan harinya.Tetapi berdekatan dengan Jeram Besu,Raub.Yang ni tak masuk surat khabar rasanya.Sebab pemandu berjaya menyelamatkan diri.
Lalu tepi je dah rasa hangatnya api...
Setelah pihak bomba berjaya memadamkan api....
Inilah dikatakan malang tidak berbau.Tidak diketahui pula punca kebakaran tersebut,saya hanya sempat merakamnya sambil kenderaan bergerak perlahan.
Pesanan:Sentiasa berhati-hati tak kira dimana sahaja.
Tuesday, December 20, 2011
Jejak Upin dan Ipin di Muzium Negara
Semalam kesempatan membawa anak-anak berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur,membawa saya ke Muzium Negara.Muzuim Negara berdekatan dengan Masjid Negara.
Kebetulan ada Jejak Upin dan Ipin disana,itu pun adik saya yang beritahu.Memang kami tak tahu langsung.Jadi anak-anak kemain suka dapat mengembara ke dunia dan ipin.Tiket untuk dewasa RM12,kanak-kanak 6-12 tahun RM6,bawah 5 tahun percuma.Kalau hari sabtu dan ahad ada cabutan bertuah tau!
Rupanya dah lama Upin dan Ipin bermusafir di Muzium Negara,kami je yang tak tahu.Tengok tu dari 26 November hingga 31 Disember 2011 dari jam 9 pagi-5 petang.Ada masa lagi kalau nak bawa anak-anak ke sana.
Melawat di dalam seumpama satu pengembaraan,boleh melihat semua yang berkaitan pembikinan Upin dan Ipin.
Galeri gambar juga tidak ketinggalan ditayangkan kepada umum.Leka benar kami melihat gambar mereka berdua bersama artis-artis popular.
Selain itu juga antara acara-acara menarik adalah soalan kuiz untuk anak-anak dan juga pertandingan pakaian beragamHadiah menarik menanti.Semuanya disediakan oleh pihak mereka.Kelihatan anak saya yang bertudung coklat Ain sedang menyertai antara pertandingan menarik di sana.
Inilah antara artis popular yang Upin dan Ipin sempat bergambar.Siti Nurhaliza.Saya cuma tolong tunjukkan sahaja.he he he
Waktu acara bergambar dengan Upin dan Ipin,keadaan sangat ramai,semua berebut-rebut nak bergambar.Kami ikut ambil je gambar anak-anak biarpun ketika itu anak-anak orang lain juga ada bersama.Memang susah nak bergambar in person.Kasihan anak saya baju kuning tu tak dapar bergambar sebelah,sebab dia kecil.
Dengan Upin pula,anak-anak dan anak-anak buah saya ikut masuk je bergambar,tak kisah punya.Si kecil yang didukung kakaknya kemain takut dengan maskot Upin dan Ipin ni,menjerit-jerit dia kerana takut bila diorang datang dekat.
Susah sangat nak bergambar dengan yang ori,kami bergambar ramai-ramai atas pentas dengan patung kertas.Puas!
Ni tiket masuk,untuk disimpan sebagai kenangan pernah jejak Upin dan Ipin.
Akhir sekali tandatangan khas saya tinggalkan di sini yang disediakan di luar bilik pameran.Tak nampak?, saya sain kat telinga Upin/Ipin tau.
Ha ni close up!Tengok betul-betul.Ummiarissa was here!!!
Pesanan:Hari ni nak bawa anak-anak ke Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pula,ada tinggal 2-3 hari je lagi di Kuala Lumpur sebelum pulang semula ke Lipis!hu hu hu

Monday, December 19, 2011
Saya tak pernah guna waktu zaman remaja dulu..
Saya dengar sekarang ni macam-macam ayat yang kadang-kadang memang tak ada langsung dalam kamus bahasa Melayu kita digunakan oleh orang-orang zaman sekarang.
Saya sendiri tidak pernah menggunakan ayat-ayat itu dalam perbualan zaman remaja saya dahulu.
Cuba perhatikan ayat-ayat ini.Ini antara contohnya sahaja,mungkin ada banyak lagi,saya sendiri tidak tahu.
"Masak kau nanti" = "habislah kau"
"rilex lah der"=" tenanglah bang"
"Besar gila"="besar sangat" lain-lain "laju giler"...."cantik giler" (ada ke?),"jem giler"
"bengkek jer kau ni"="menyakitkan hati jer kau ni"
"poyo lah kau"=???
"sengal lah kau"=???
"kau buat panas telinga aku mendengarnya"= lebih kurang "sakit telinga jer dengar kau cakap" macam tu kot..
"masyukkk"="masuk duit" ler tu
"ayat skema lah"="ayat berhati-hati" ler kot
"retis"=artis..ni blogger rajin guna ayat ni...
"apsal kau buat muka ketat ni?"=kenapa muka masam kelat ni?"
Hmm..ada lagi nanti kalau ada saya update yer...Setakat ni tu je yang saya ingat.Apa pendapat anda semua?Adakah ayat-ayat tu melambangkan keperibadian seseorang?Terserah anda?Saya tidak menilai sebegitu,kerana rambut sama hitam hati lain-lain.
Pesanan:Saya sekadar bergurau senda,jangan pula yang ambil hati nanti dia saman saya,masak saya nanti.

Friday, December 16, 2011
Mati Merokok atau Merokok mati?
Kalau tengok rajah di bawah memang amat menggerunkan bila mana merokok adalah faktor risiko kematian terbesar.Tetapi masih lagi di kalangan mereka yang suka merokok tidak mahu berhenti merokok dengan memberikan banyak alasan.Walaupun di kotak-kotak rokok sudah memberikan amaran 'merokok membahayakan kesihatan',tetap juga ramai yang merokok.
Jika di kotak rokok sudah pun di letakkan bermacam jenis gambar akibat merokok seperti kanser leher,anak yang dilahirkan tidak cukup bulan dan macam-macam lagi,tapi masih juga mereka merokok.Seolah-olah hanya melihat gambar pada kotak rokok tidak menyerap perasaan takut untuk merokok.Mungkin bila dah diri sendiri terkena penyakit-penyakit tersebut baru nak sedar diri.Itu pun tak tentu lagi.
Harga sekotak rokok pun dah naik kan?Pun begitu,masih juga ramai membeli dan merokok.Habis tu camno?
BEBAS DARIPADA MEROKOK
1.Merokok adalah faktor risiko kematian terbesar yang boleh dicegah.
2.Asap rokok turut menjejaskan kesihatan orang lain yang tidak merokok.
3.Perokok terdedah kepada risiko kemalangan di tempat kerja.
4.Jika anda perokok-Berhentilah segera.Dapatkan bantuan dari Klinik Berhenti Merokok.
5.Jika anda bukan perokok-Hindarilah diri anda daripada asap rokok.
sumber:Kementerian Kesihatan Malaysia
Saya bukan apa,kadang-kadang kita yang tak merokok pula yang tak pasal-pasal kena tempias asap rokok.Bila kita dah batuk-batuk tu,dah kibas-kibas tangan halau asap rokok tu, faham-fahamlah padamkan api rokok tu,ini tidak,lagi disedut dan dihembus asap rokok tu.Siap buat corak asap rokok bulat-bulat lagi.Tak pun jauh sikit dari orang ramailah kalau nak merokok sangat.
Pandai-pandailah bawa diri.Sebab itu orang yang kuat iman tidak sekali-kali memudaratkan diri sendiri.Sebab mereka belajar dan terus belajar,memperbaiki diri sendiri menjadi orang yang lebih baik.Terserah anda!
Pesanan:Saya tak suka kalau orang merokok waktu memandu,dahlah bawa slow,bawa sebelah tangan je.

Thursday, December 15, 2011
Pau Kacang Merah
Bubuhlah inti banyak sikit,nampak ni inti sikit ni...
Selain inti pau kelapa parut,inti kaya,inti kacang merah pun ramai orang suka.Saya pun cuba juga membuatnya.Resepinya sama sahaja.Boleh copy kat sini
Intinya saya beli je.Kalau nak buat sendiri google je,mudah pun mudah.
Setelah dibentuk dan diisi inti,susunkan dalam dulang.Panaskan kuali.
Sebelum nak goreng tu ambil sebiji pau,gelekkan sedikit biar dia leper.Jangan digelek kuat sangat,ayun-ayunkan je.
Ha,dah leper sikit baru digoreng.Dia akan kembang sewaktu digoreng.Kecil kan api,mudah hangus ni.Dah agak-agak cokelat,dibalik-balikkan,bolehlah angkat.Sedia untuk dimakan.
Mudah je.saya pertama kali buat ni,sedap juga inti kacang merah ni,maklumlah tak biasa makan inti ni.
Pesanan:Ada juga orang tak makan inti ni ye,contohnya anak saya he he he...
Wednesday, December 14, 2011
Tempahan kek akhir tahun
Sempena akhir tahun ni,macam-macam majlis lah semua orang nak buat.Tak kira lah majlis kahwin ke,majlis tunang ke atau majlis harijadi.
Saya pun sibuk juga kalau dapat tempahan yang tiba-tiba ni.Maklumlah dek kerana kesibukan menjaga anak,saya jarang dah nak buat kek.Tapi Alhamdulillah masih ada lagi yang sudi nak menempah kek kat saya.
Saya buat juga kebetulan kena dengan masa lapang saya.
Ni tempahan mini kek cokelat kukus buat sahabat saya sempena majlis kesyukuran dan majlis bertunang adiknya.
Ni kek anak jiran saya sempena majlis perpisahan di sekolahnya.
Ni kek yang ditempah oleh jiran dan kakak ipar saya.Ni lah kek pelangi yang pernah saya sebut dalam entry saya yang ni.
Apa-apapun saya bersyukur atas rezeki yang Allah beri,Ni lah yang dikatakan rezeki yang tidak disangka-sangka.Dalam diam tak buat kek,bila perlukan duit,Allah datangkan rezeki seperti ini.
Pesanan:Sebab itu kita mesti sentiasa bersyukur dan bersangka baik pada Allah.Insya Allah.
Tuesday, December 13, 2011
Nak feeling jangan ada gangguan..
Pernah tak dikalangan kita semua apabila terjadi sesuatu perkara maka perasaan kita mungkin akan menjadi marah,sedih,suka atau nak ketawa kuat-kuat,tetapi ada halangan atau gangguan,maka perasaan itu berlalu begitu sahaja.
Bukan apa,saya ni baru lepas menonton ombak rindu di pawagam dekat Pavilion Kuala Lumpur.Saya sengaja membawa anak bongsu umur setahun setengah,bila tiba part nak sedih,tiba-tiba anak mengganggu pula.Dia kata "umi..uk uk..."(dia beraklah tu).Hancus!!!!
Seronok rupanya menonton cerita ini,Saya ditemani adik,kakak ipar dan seorang lagi kawan adik menonton cerita tersebut gara-gara terpengaruh dengan komen-komen mereka yang sudah menonton.Ada yang kata sediakan tisulah,ada yang menangis beria-ia,ada pulak tu 2-3 kali pergi menonton lagi.
Jadi kami pun mulalah menonton,pada peringkat awal anak saya ok lagi,sebab waktu ni kami sibuk mengunyah 'pop corn' yang dibeli.Lama tu cerita makin sedih,makanan pun hampir habis,anak saya pun mulalah bercakap sorang-sorang.Kemudian ajak saya layan dia bercakaplah.Jadi saya jeling kakak ipar saya,saya kata "ish..bila nak nangis ni?"Padahal dah memang sampai part sedih ni,waktu Izah kena halau dengan mak Haris.Lagu pula syahdu kemain.
Hmm...dapat feel sikit-sikit jer,itupun sebab lagu tu pun dah sedih.Akhirnya sampai habis filem,kami feel gitu-gitu je,taklah sampai menangis,sebab tak tumpukan sepenuhnya pada filem tersebut,Yelah asyik sibuk melayan si kecik.Saya budget budak kecik tu mesti tidur,kalau masuk pawagam.Rupanya tidak.Dia jadi macam jakun sikit.Jalan sana sini,panjat tempat duduk.
Geram je adik dan kakak ipar saya.ye lah mendapat gangguan,tak dapat feel tengok cerita tu.Tak dapatlah nak cerita yang best-best kat rakan sekerjanya,He he he..jangan marah adik dan kakak iparku..Nanti kita tengok lagi ye.Kali ni jangan bawak anak.
Pesanan: Awal perjanjian nak tengok cerita tu semua tak bawa anak,tapi saya bawa juga,sebab sayang nak tinggalkan anak bongsu saya tu.He he he

Monday, December 12, 2011
Jom cari makan lagi di Kelantan
Wah!Tak habis-habis cerita pasal makanan sejak cuti-cuti sekolah ni.Maklumlah kalau berjalan je sikit,nak cari makanan bila lapar.Kalau nak makan pun nak cari biar kena dengan selera.
Entry lama saya yang ni ada bercerita tentang makanan ni.Saya pun pergilah ke Pantai Cahaya Bulan untuk menikmati makanan laut goreng yang dicelup tepung.Mak oooiii!boleh tahan juga harganya,Itulah lebih baik masak sendiri,dah tau anak ramai,Tapi tu lah sekali-sekala takpe kot,keluar belanja lebih sikit.Tak sangka juga rasa saya mahal juga harganya mungkin saya dah terlalu lama tak pergi makan di sana.
Hmm tengok je lah!
Ha ni lah antara makanan yang telah dipilih.Bila bayar RM33 termasuk 5 gelas air.
Macam-macam pilihan ada,jangan main pilih je,tanyakan dulu harganya..nanti terkena haru biru nak membayar.
kasi close up sikit...sama jekan kalau kita goreng kat rumah,,he he he
Sedang asyik menikmati makanan...
Disamping sibuk nak makan,bolehlah buat aktiviti mencari kulit-kulit kerang di tepi pantai..macam anak saya buat ni.
Balik je rumah diorang sapu kulit dengan minyak masak.Motif???
Pesanan:Pilihlah gerai yang bersih dan mesra pelanggan.

Tuesday, December 06, 2011
Saya mengasuh anak buah pula...
Memang minggu cuti sekolah masa saya penuh dengan aktiviti.Sekarang saya di Bangi rumah iadiksaya mengasuh anak-anaknya sementara mereka keluar bekerja.
Pasti ramai tertanya mengapa saya sanggup ke rumahnya di Bangi semata-mata untuk menjaga anaknya.Sebenarnya suami saya juga ke Kuala Lumpur menjadi pemeriksa kertas budak SPM.Di kesempatan itulah saya rela juga datang ke sini.
Hmm...rupanya menjaga anak buah tidak sama seperti saya menjaga anak orang lain.Lagi pula kesemua anak adik saya lelaki!Saya yang sendiripun mempunyai 6 orang anak tidaklah rasa sesukar ini.Mungkin kerana saya biasa dengan anak-anak perempuan yang tidak selasak anak lelaki.Ada anak lelaki seorang pun,dia sudah remaja.Tak sama kan.
Ini untuk bulan ni je,sementara dia dapat maid baru...
Pesanan:Hari ni baru hari pertama...ada 3 minggu lagi..waaa

Friday, December 02, 2011
Saya minta maaf...
Oleh kerana saya di kampung suami lagi,masa untuk berblogging agak terhad.Lagipun internet pun slow sangat.Jadi setiap kali nak singgah blog orang lain sangat lambat dan lembab!
Jadi maafkan saya jika tidak dapat singgah blog kalian kali ni,buat sementara ini.Saya pasti akan singgah semula jika berkesempatan.
Cuma saya tidak berapa suka ditipu di ruangan shoutbox saya.Ditipu dengan cara halus,sedangkan bila saya klik bukan blog yang keluar tapi perkara lain yang tidak kena mengena dengan blog yang keluar.Lagi-lagi pula saya ditipu hidup-hidup dengan ayat-ayat yang pelik-pelik di ruangan shoutbox saya.Sila abaikan kata-kata saya jika tiada kaitan dengan diri anda.
Sekali lagi saya MINTA MAAF!!!...jika ada yang tersinggung dengan kata-kata saya.Kerana bagi saya perbuatan itu sangat tidak dapat diterima.Tipah Tertipu!Tipah tak suka tau!
Pesanan:Jangan buang masa saya dengan perkara yang tidak penting untuk saya.

Wednesday, November 30, 2011
Pengat Pisang
Duduk di kampung macam-macam makanan boleh dibuat.Kalau belakang rumah ada pokok pisang,ambil aje tak payah beli.Jika rajin buat pengat pisang.
Macam saya,mertua bagi pisang nangka.Pisang tu dah masak cuma kulitnya masih hijau,tak berubah warna kuning macam pisang lain.Ada bahan bolehlah buat pengat pisang.Senang je.
Bahan-bahannya:
sesikat pisang dipotong kecil-kecil secara menyerong
4 gelung gula melaka size kecil
1/2 senduk gula
1/2 sudu kecil garam
1 biji kelapa (ambil santan)
sedikit sagu jika suka
Car-cara membuatnya:
1.Masukkan santan dan gula melaka,gula pasir.
2.Kacaukan sehingga gula hancur.Masukkan sedikit sagu jika suka.
3.Masukkan pisang.Kacau hingga masak santan tu.
4.Rasa kemanisan yang dikehendaki.
Hmm..sedap dimakan waktu minum petang.
Pesanan:Teringat pada Cikgu Niena tentang pisang nangka tu,dia sangka pisang tu tak masak lagi,sampai lembik dah pisang tu.Yelah warna kulit hijau lagi.Saya pun tak kenal sangat nama-nama pisang ni.
Biasa pengat pisang dimakan sebelah petang

Monday, November 28, 2011
Kenduri Kahwin di Kuantan
Saya memang sangat sibuk dalam minggu ni.Selepas selesai satu urusan di Kelantan,saya pulang ke Kuala Lipis kemudian menghadiri kenduri kahwin di Chegar Perah pula sabtu 26/11.Esoknya saya ke Kuantan pula menghadiri perkahwinan sepupu di Jalan Bukit Setongkol.Selesai disitu,saya bergegas ke Temerloh pula menghadiri satu lagi majlis perkahwinan adik kepada jiran saya.Fuh!Memang perjalanan yang letih.
Saya ingin bercerita tentang perkahwinan sepupu saya iaitu anak kepada arwah abang mak saya.Saya memang harus menghadirkan diri,kerana sepupu saya sudah bergelar anak yatim sejak kecil lagi.Arwah pak long saya meninggal dunia akibat sakit jantung.Kini yang menguruskan anak-anak adalah mak long.
Sudah kebetulan di Kuantan saya tergerak hati untuk menghantar mesej fb kepada blogger yang di Kuantan macam kak ni-arianasstorys.blogspot.com.Tapi bukan rezeki agaknya,mesej saya tak berbalas.Takpelah mungkin lain kali.
Jomlah tengok sebahagian gambar kahwin sepupu saya.

Sepupu saya yang lelaki..katanya pasangannya juga orang Pahang.
Saya pun turut bergambar di meja pengantin.
Antara kenalan dan saudara mara yang hadir
Cuti sekolah bermula walaupun hujan tak menentu,kenduri tetap berjalan.Kena plan betul-betul biar tak bertindih hari dan waktu majlis kahwin yang sama.
Pesanan:Kalau sesiapa rasa nak jumpa saya hantar je kat email saya.Bolehlah berjumpa kalau kebetulan kita di tempat yang sama.
Saturday, November 26, 2011
Jom cari makan di Kota Bharu,Kelantan
Kalau nak jalan-jalan cari makan kat Kota Bharu,Kelantan terlalu banyak kedai-kedai makan dan restoran yang menyajikan berbagai jenis hidangan.Memang terlalu banyak pilihan.
Kali ni saya nak kongsi tempat makan yang telah saya kunjungi.
Pertamanya makan malam di Restoran Wau (huruf wau jawi).Restoran Wau terletak di Seksyen 9,Jalan Tg.Semerak,Kota Bharu,Kelantan menyajikan pelbagai makanan,antaranya makanan barat dan juga makanan ala-Thai.
Jom kita terjah!
Okay kalau untuk sarapan pagi ringkas bolehlah ke Jalan Stadium Kota Bharu,kedai roti canai berdekatan dengan gelanggang tenis.
Jom terjah lagi!
Kali ni saya nak kongsi tempat makan yang telah saya kunjungi.
Pertamanya makan malam di Restoran Wau (huruf wau jawi).Restoran Wau terletak di Seksyen 9,Jalan Tg.Semerak,Kota Bharu,Kelantan menyajikan pelbagai makanan,antaranya makanan barat dan juga makanan ala-Thai.
Jom kita terjah!
Ini signboard depan Restoran Wau.Besar tau Wau dia.
Pemandangan di dalam restoran
Air Carrot + Oren
Lauk tomyam campur,ikan siakap goreng cili api dan kangkung goreng belacan
Harganya bolehlah saya kata "WOW!"....hmm anda pergi alami sendirilah,lain orang lain "WOW"nya..Okay kalau untuk sarapan pagi ringkas bolehlah ke Jalan Stadium Kota Bharu,kedai roti canai berdekatan dengan gelanggang tenis.
Jom terjah lagi!
order roti cotek kuah banjir...sedap wooo....ni macam roti kosong kemudian dia pecahkan telur sebiji ditampalkan atas roti canai kosong tu,buh kuah campur atasnya...
order air teh tarik kaw-kaw...fuh naik selera makan tau!
Selain dari roti canai,nasi lemak,nasi berlauk dan telur separuh masak pun ada.Bolehlah makan sekeluarga disini.
Pesanan:Memang Kelantan ni terlalu banyak makanan yang boleh menaikkan selera kita.Sekarang ni musim hujan putu halba sangat laris!

Friday, November 25, 2011
Alami pemandangan kawasan banjir di Kelantan
Sekarang sudah musim cuti sekolah,ramai yang sudah pulang ke kampung atau masih di rumah masing-masing.Saya tidak ketinggalan pulang ke kampung suami di Kota Bharu sambil-sambil menyelesaikan urusan kemasukan anak yang baru lepas UPSR untuk mengisi borang-borang sekolah yang berkenaan.
Dikesempatan itu,semalam 24/11 saya berjalan-jalan pada waktu malam di Kota Bharu dansempat singgah di kawasan yang memang akan dinaiki air setiap kali bah melanda Kelantan iaitu Tambatan D' Raja.Sekarang ni mereka sudah menyiapkan Menara Tinjau dengan kadar bayaran RM1 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak.Cantik pemandangannya pada waktu malam.
Cuba lihat gambar di atas,betapa banyaknya air sehingga sudah memenuhi seluruh kawasan.Deras betul air yang mengalir.
Penunggang motor sekadar menguji kedalaman air yang telah naik di kawasan tersebut.
Yang ini pula sewaktu perjalanan kami dari arah Machang ke Kota Bharu.Air menaiki jalanraya,ini juga punca kesesakan lalulintas.
Ini pula kawasan rumah mertua saya di Pulau Melaka,Kota Bharu.Kelihatan juga dua orang anak-anak saya sedang asyik mengharungi banjir(main banjir sebenarnya).Ini pertama kali anak-anak dapat bermain air banjir.Tapi tetap juga saya awasi,maklumlah mereka tidak biasa dengan keadaan sebegini,tak macam budak-budak kampung kat situ.
Sewaktu saya menaip entry ni,saya masih lagi di kampung suami.Saya berharap esok kami pulang janganlah naik air di jalan-jalan utama kami nak pulang semula ke Kuala Lipis.
Pesanan:Sekali air bah sekali pasir berubah...macam ku pernah dengar..tapi di mana ya?
Subscribe to:
Posts (Atom)