Wednesday, November 30, 2011

Pengat Pisang

Duduk di kampung macam-macam makanan boleh dibuat.Kalau belakang rumah ada pokok pisang,ambil aje tak payah beli.Jika rajin buat pengat pisang.

Biasa pengat pisang dimakan sebelah petang 

Macam saya,mertua bagi pisang nangka.Pisang tu dah masak cuma kulitnya masih hijau,tak berubah warna kuning macam pisang lain.Ada bahan bolehlah buat pengat pisang.Senang je.

Bahan-bahannya:
sesikat pisang dipotong kecil-kecil secara menyerong
4 gelung gula melaka size kecil
1/2 senduk gula
1/2 sudu kecil garam
1 biji kelapa (ambil santan)
sedikit sagu jika suka

Car-cara membuatnya:
1.Masukkan santan dan gula melaka,gula pasir.
2.Kacaukan sehingga gula hancur.Masukkan sedikit sagu jika suka.
3.Masukkan pisang.Kacau hingga masak santan tu.
4.Rasa kemanisan yang dikehendaki.

Hmm..sedap dimakan waktu minum petang.

Pesanan:Teringat pada Cikgu Niena tentang pisang nangka tu,dia sangka pisang tu tak masak lagi,sampai lembik dah pisang tu.Yelah warna kulit hijau lagi.Saya pun tak kenal sangat nama-nama pisang ni.

Monday, November 28, 2011

Kenduri Kahwin di Kuantan

Saya memang sangat sibuk dalam minggu ni.Selepas selesai satu urusan di Kelantan,saya pulang ke Kuala Lipis kemudian menghadiri kenduri kahwin di Chegar Perah pula sabtu 26/11.Esoknya saya ke Kuantan pula menghadiri perkahwinan sepupu di Jalan Bukit Setongkol.Selesai disitu,saya bergegas ke Temerloh pula menghadiri satu lagi majlis perkahwinan adik kepada jiran saya.Fuh!Memang perjalanan yang letih.

Saya ingin bercerita tentang perkahwinan sepupu saya iaitu anak kepada arwah abang mak saya.Saya memang harus menghadirkan diri,kerana sepupu saya sudah bergelar anak yatim sejak kecil lagi.Arwah pak long saya meninggal dunia akibat sakit jantung.Kini yang menguruskan anak-anak adalah mak long.

Sudah kebetulan di Kuantan saya tergerak hati untuk menghantar mesej fb kepada blogger yang di Kuantan macam kak ni-arianasstorys.blogspot.com.Tapi bukan rezeki agaknya,mesej saya tak berbalas.Takpelah mungkin lain kali.

Jomlah tengok sebahagian gambar kahwin sepupu saya.

Sepupu saya yang lelaki..katanya pasangannya juga orang Pahang.

Saya pun turut bergambar di meja pengantin.


Antara kenalan dan saudara mara yang hadir

Cuti sekolah bermula walaupun hujan tak menentu,kenduri tetap berjalan.Kena plan betul-betul biar tak bertindih hari dan waktu majlis kahwin yang sama.

Pesanan:Kalau sesiapa rasa nak jumpa saya hantar je kat email saya.Bolehlah berjumpa kalau kebetulan kita di tempat yang sama.

Saturday, November 26, 2011

Jom cari makan di Kota Bharu,Kelantan

Kalau nak jalan-jalan cari makan kat Kota Bharu,Kelantan terlalu banyak kedai-kedai makan dan restoran yang menyajikan berbagai jenis hidangan.Memang terlalu banyak pilihan.

Kali ni saya nak kongsi tempat makan yang telah saya kunjungi.

Pertamanya makan malam di Restoran Wau (huruf wau jawi).Restoran Wau terletak di Seksyen 9,Jalan Tg.Semerak,Kota Bharu,Kelantan menyajikan pelbagai makanan,antaranya makanan barat dan juga makanan ala-Thai.

Jom kita terjah!


Ini signboard depan Restoran Wau.Besar tau Wau dia.


Pemandangan di dalam restoran



Air Carrot + Oren


Lauk tomyam campur,ikan siakap goreng cili api dan kangkung goreng belacan
Harganya bolehlah saya kata "WOW!"....hmm anda pergi alami sendirilah,lain orang lain "WOW"nya..

Okay kalau untuk sarapan pagi ringkas bolehlah ke Jalan Stadium Kota Bharu,kedai roti canai berdekatan dengan gelanggang tenis.

Jom terjah lagi!

order roti cotek kuah banjir...sedap wooo....ni macam roti kosong kemudian dia pecahkan telur sebiji ditampalkan atas roti canai kosong tu,buh kuah campur atasnya...


order air teh tarik kaw-kaw...fuh naik selera makan tau!

Selain dari roti canai,nasi lemak,nasi berlauk dan telur separuh masak pun ada.Bolehlah makan sekeluarga disini.

Pesanan:Memang Kelantan ni terlalu banyak makanan yang boleh menaikkan selera kita.Sekarang ni musim hujan putu halba sangat laris!

Friday, November 25, 2011

Alami pemandangan kawasan banjir di Kelantan





Sekarang sudah musim cuti sekolah,ramai yang sudah pulang ke kampung atau masih di rumah masing-masing.Saya tidak ketinggalan pulang ke kampung suami di Kota Bharu sambil-sambil menyelesaikan urusan kemasukan anak yang baru lepas UPSR untuk mengisi borang-borang sekolah yang berkenaan.

Dikesempatan itu,semalam 24/11 saya berjalan-jalan pada waktu malam di Kota Bharu dansempat singgah di kawasan yang memang akan dinaiki air setiap kali bah melanda Kelantan iaitu Tambatan D' Raja.Sekarang ni mereka sudah menyiapkan Menara Tinjau dengan kadar bayaran RM1 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak.Cantik pemandangannya pada waktu malam.


Cuba lihat gambar di atas,betapa banyaknya air sehingga sudah memenuhi seluruh kawasan.Deras betul air yang mengalir.

Penunggang motor sekadar menguji kedalaman air yang telah naik di kawasan tersebut.

Yang ini pula sewaktu perjalanan kami dari arah Machang ke Kota Bharu.Air menaiki jalanraya,ini juga punca kesesakan lalulintas.


Ini pula kawasan rumah mertua saya di Pulau Melaka,Kota Bharu.Kelihatan juga dua orang anak-anak saya sedang asyik mengharungi banjir(main banjir sebenarnya).Ini pertama kali anak-anak dapat bermain air banjir.Tapi tetap juga saya awasi,maklumlah mereka tidak biasa dengan keadaan sebegini,tak macam budak-budak kampung kat situ.

Sewaktu saya menaip entry ni,saya masih lagi di kampung suami.Saya berharap esok kami pulang janganlah naik air di jalan-jalan utama kami nak pulang semula ke Kuala Lipis.

Pesanan:Sekali air bah sekali pasir berubah...macam ku pernah dengar..tapi di mana ya?

Tuesday, November 22, 2011

Memang stadium Gelora Bung Karno Bergeloralah..

Sumber gambar: Berita Harian

Perlawanan bolasepak paling menarik antara Malaysia melawan Indonesia bagi merebut pingat emas di Sukan SEA di stadium Gelora Bung Karno,Jakarta telah berlaku semalam(21/11/2011).Tak sia-sia kami sekeluarga menunggu hingga masa tambahan dan sepakan penalti.

Malaysia telah menundukkan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti,selepas terikat 1-1 sehingga masa tambahan.

Tapi yang tak bestnya,penyokong Indonesia kerap kali mem'boo' pemain kita.Dengan kehadiran penonton seramai 80,000 orang penyokong Indonesia,sesekali tidak mematahkan semangat pemain kita,Malaysia.Saya lihat pada acara penyampaian pingat emas diadakan,pemain Indonesia tidak hormat dan telah turun dari pentas sebaik sahaja pingat mereka diberikan.Sebaliknya berlaku, kepada pasukan Myanmar yang menduduki tempat ke-3 masih berdiri di atas pentas sebagai menghormati majlis.

Walaupun kecewa dengan keputusan tersebut,janganlah nak menunjukkan sangat perasaan kecewa itu.Ada seorang pemain Indonesia tu,waktu nak dikalungkan pingat masih duduk lagi meratapi kesedihan.Entah-entah waktu lagu Negaraku dimainkan pun mereka tidak berdiri hormat,mungkin sebahagian pemain dan penyokong sahaja bertindak begitu.

Terimalah kenyataan,setiap perlawanan ada kalah dan menang.Syabas dan sekalung tahniah buat pemain Malaysia kita!mereka sentiasa menunjukkan sikap bertolak ansur dan hormat dalam perlawanan tersebut.
Malaysia memang mempunyai semangat juang yang tinggi.

Tahniah Harimau Malaya!!

Pesanan:Buat blogger Indonesia yang mengikuti blog saya,janganlah makan hati ye,saya hanya kata sebahagian pemain dan penyokong je yang bertindak sebegitu ye..ada juga yang baik .Maklumlah mana-mana pun begitu juga.

Monday, November 21, 2011

Bukit Fraser atau Fraser Hill?

Cuti sekolah sudah bermula.Ke mana agaknya anak-anak?Pulang ke kampung atau pergi bercuti?Tak kisahlah ke mana pun anak-anak,sebagai ibubapa jangan terlepas pandang di mana anak-anak berada.Terutamanya ibubapa yang bekerja.

Saya terlalu gembira kali ini kerana mendapat 4 berita gembira.Pertamanya anak saya lulus dalam UPSR dengan mendapat 4A,keduanya, saya mendapat cabutan bertuah sebuah hamper yang dipenuhi  barangan keperluan dapur,ketiganya suami saya terpilih sebagai ibubapa komited di majlis penyampaian sijil anak saya di sekolahnya,dan yang keempatnya saya mendapat pelawaan penginapan percuma daripada kawan adik saya 3 hari 2 malam di Fraser Hill,Pahang.


Apa yang saya ingin ceritakan ialah penginapan percuma yang saya dapat.Dapatlah juga saya berkongsi dengan mempelawa pula Cikgu Niena sekeluarga untuk turut serta.Maka inilah kesempatan untuk kami bercuti bersama.

Jom kita tengok kat mana saya tinggal dan tempat-tempat yang sempat saya lawati:


Bergambar bersama anak saya dan anak-anak Cikgu Niena. 

Rumahnya besar dan amat selesa

Terdapat 2 bilik..ini bilik utama 

Bilik air yang mempunyai bath tab...anak-anak berendam lama dalam bath tab ni...ish...nak guna pun kena beratur... 

Dapur yang dilengkapi peti ais dan microwave...barang dapur dan dapur gas mini saya bawa sendiri....

 Sebaik tiba...kena masak..anak-anak kelaparan kerana sejuk..

 Anak-anak lebih selesa tidur di luar dengan membentang toto yang kami bawa dari rumah..


Acara kayuh boat terpaksa dibatalkan kerana hujan di ganti dengan acara memberi makan ikan... 

Acara berbasikal dengan harga RM 5 sejam juga hanya dapat bertahan selama 15 minit...hujan daa....

Ini lah pertama kali menaiki kuda he he he...tak best pun...

Tempat wajib perlu bergambar..baru orang tau kita pergi Fraser Hill...kannnn...

Tempat ni mungkin jarang orang pergi..ye lah siapa nak mandi air terjun sejuk-sejuk ni..Saya sekadar berjalan-jalan sekitarnya sahaja.

Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah beri,saya dan keluarga amat bersyukur.

Pesanan:Inilah entry saya pertama yang paling banyak gambar yang di upload..jadi jangan bosan ye.

Saturday, November 19, 2011

Wedges ala-ala KFC

Saya telah pun menerima tepung cheese yang ditempah dengan blogger adik Dkna.Dan hari ini saya berkesempatan untuk mencubanya.








Dengan harga promosi RM15 termasuk harga pos,memang berbaloi saya membelinya.Memang ssedap sungguh tepung cheese tu tak tumpah seperti yang terdapat di KFC.

Saya hanya perlu membeli kentang wedges dan hanya perlu membancuh tepung tersebut dengan air panas seperti diarahkan oleh penjual tepung cheese ni adik Dkna..Jangan cair sangat jangan pekat sangat,sederhana sahaja,

                                                        Inilah hasilnya....

Boleh cuba ye...lawat blog Dkna ni kasihsuci-whh.blogspot.com ye..Promosi sehingga 24/11/2011.

Pesanan: Terima kasih kepada Dkna yang sangat percaya kepada akak.Semoga persahabatan kita akan kekal.

Friday, November 18, 2011

Tahukah Anda?

Buat renungan semua:


Saat paling hampir seseorang hamba dengan Allah SWT ialah ketika bersujud.Amalan ini sememangnya dilakukan oleh Rasulullah saw yang biasa memanjangkan sujudnya dengan membanyakkan zikir dan doa.

Sabda Nabi saw: 

"Suasana yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah semasa dia bersujud.Oleh itu hendaklah kamu membanyakkan doa di dalamnya."


Sumber:Buku 11 golongan yang didoakan malaikat-Walid Faruqi

Pesanan:Biasanya orang cepat sangat nak naik selepas bersujud...

Thursday, November 17, 2011

Alhamdulillah....Tahniah calon UPSR yang berjaya!

Seawal pukul 9.15 pagi saya suah bersiap untuk ke sekolah anak.Pagi ni keputusan UPSR keluar seiring dengan majlis penyampaian sijil anak.Dengan membawa 5 orang anak kecil(3 anak jagaan,2 anak sendiri),saya gagahkan kaki berjalan ke sekolah anak yang bersebelahan je dengan kuarters saya.

Saya ingin mendengar dan melihat sendiri keputusan UPSR anak kedua saya Aisyah.Lebih kurang pukul 10.30 pagi,guru besar membuat pengumuman secara rasmi.Akhirnya anak saya berjaya mendapat keputusan 4A 1B.Dia telah mencuba sedaya upaya dan itulah hasilnya.Saya suka dengan renungan dari Prof Dr.Muhaya dalam ruangan facebooknya yang ditulis seperti ini:

Buang tabiat membanding berapa A anak kita dapat dan jangan jadikan A suatu KPI tetapi jadikan solat, akhlak dan menutup aurat KPI penting. Lihat bagaimana kabahagiaan kita sekeluarga akan meningkat dan ketenangan meningkat apabila Allah tujuan kita redhaNya yang dicari, kasih sayang dan mengenal ALlah menjadi usaha kita setiap hari. Ajarkan ini pada anak anak setiap hari. Ibu bapa kalau anak anak kurang baik salahkan diri dan minta maaf pada anak danmula buat perubahan, insyaAllah anak akan berubah. Jgn bjet kita perfect as parents.


Apapun keputusan yang keluar saya redha.Saya sentiasa berdoa untuk kesemua anak-anak saya agar berjaya dalam pelajaran mereka.Sebagai ibu dan bapa kita jangan terlalu menaruh harapan tinggi kepada anak,kita perlu lihat keupayaan anak setakat mana.

Tahniah buat anak saya Aisyah,semoga adik-adiknya akan berazam lebih kuat untuk belajar.
Kepada yang kurang berjaya,ini bukan penghujungnya,masih jauh lagi perjalanan menjadi seorang pelajar dan peluang sentiasa ada,jangan berputus asa.

Pesanan:Seperti mahu berhujung minggu di tempat sejuk cuti ni...

Wednesday, November 16, 2011

Ibu bertwitter,anak berbedak

Jom kita lihat!





                                       




Nota:Maaf gambar ibu bertwitter tidak dapat disiarkan atas sebab-sebab tertentu..he he he.


Pesanan:Ibu-ibu di rumah jangan sesekali abaikan anak ye...kalau tak jadi macam ni lah...hu hu hu

Monday, November 14, 2011

Nasi Goreng Kerang


Pagi-pagi kalau buat sarapan pagi selalu menu saat-saat akhir.Jarang juga nak sediakan awal-awal menu apa untuk pagi berikutnya.Ikut apa yang ada dirumah je.

Pagi ni kerana ada kerang,saya pun masaklah nasi goreng kerang.

Nasi Goreng Kerang

semangkuk kerang rebus
sepinggan penuh nasi putih
1 biji bawang besar (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
fishball belah dua
2-3 sudu makan cili kering yang sudah dikisar
kacang botol kerat kecik-kecik

Mudah je membuatnya.

1.Panaskan minyak,tumis bawang tumbuk,dah layu sikit masuk cili kering goreng hingga masak.
2.Masukkan fisballdan kerang.Goreng seketika.
3.Masukkan garam secukupnya.
4.Masukkan nasi dan goreng rata.
5.Akhir sekali masukkan kacang botol,kacau sekejap je..biar makan nanti bunyi kruk kruk ..baru best..

Pesanan:Sebagai suri di rumah,memang sentiasa pening kepala bila nak fikir menu-menu pagi,tengah hari atau malam.Jadi jalan terakhir..kita google je...

Saturday, November 12, 2011

Mandi kolam...

Cuti baru-baru ni...sempat juga bermalam selama satu malam di Kuantan.Akibat perjalanan yang meletihkan,maka kami mengambil keputusan  mencari hotel berdekatan untuk bermalam.

Akhirnya Hotel Seri Malaysia,Kuantan, Pahang menjadi pilihan.Sebenarnya sambil-sambil nak bawa anak mandi kolam.Dah lama tak mandi kolam budak-budak tu.

Yang menariknya,kolam tu di buka jam 8 pagi,anak-anak dah tak sabar dah tercongok pukul 8 pagi di kawasan kolam.Terus masuk kolam sejuk-sejuk tu.Saya jenguk dari dalam bilik hanya anak-anak je yang mandi,anak-anak orang lain tak de lagi.

 Lihatlah dunia...pukul 8 pagi dah masuk kolam...eee..sejuknya...


 Budak berdua ni pose dulu,baju mandi dah standby...ajak makan pagi dulu...
(dalam hati tak sabar nak mandi kolam)

Lama tu...barulah anak orang lain berani juga nak masuk kolam tu...pelampung tu baru beli ..he he he


Pemandangan dari dalam bilik.. bilik 129 ok


Sementara tu ibubapa dan anak kecil breakfast dulu!


Sesi bergambar anak-anak di hadapan pintu hotel


Ibubapa pun nak pose juga..  tu si kecik baju merah jalan sorang-sorang kat belakang tuuu..


Nota penting: Budak-budak mandi sampai pukul 1 tengah hari tau!Semua terlena sebaik je masuk dalam kereta sewaktu perjalanan pulang.Aman dalam kereta seketika.He he he

Pesanan: Ambil satu bilik,duduk ramai-ramai jangan lupa bawa toto dan bantal spare sekali ye...

Friday, November 11, 2011

Novel berunsurkan agama

Saya memang minat membaca cerpen-cerpen dan novel-novel sejak sekolah rendah lagi.Tetapi sejak berkahwin komitmen terhadap rumah tangga membuatkan saya kurang membaca.Jika ada kelapangan baru saya boleh duduk membaca tanpa gangguan.

Novel dan cerpen dulu-dulu saya baca banyak berkisar tentang percintaan.Tentang kekecewaan rumah tangga dan macam-macam lagi.tapi kini saya beralih arah membaca novel-novel berunsurkan keagamaan,disamping  memperkayakan ilmu agama melalui pembacaan.

Novel-novel yang saya beli,saya suka merujuk kepada jalan cerita yang diceritakan dengan cara bersahaja dan penuh emosi.,Saya suka menghayati setiap watak yang terdapat dalam novel tersebut.Kadang-kadang saya terbawa-bawa emosi watak tersebut di dalam kehidupan saya.Tetapi tidak hingga mengganggu kelancaran hidup saya.

Inilah novel yang baru saya habis baca dalam tahun ini.Sangat bagus buku-buku keluaran Alaf 21 ni."Dia Tidak Berdosa". Kisahnya berkenaan perempuan mualaf yang cuba untuk mempratikkan kehidupan beragama Islam dengan cara bersembunyi dari keluarga angkatnya yang berlainan agama.Banyak dugaan dan cubaan yang dihadapinya.Terlalu banyak misteri kehidupannya.

Banyak pengajaran yang dapat kita kutip dari kisah ini.Cubalah dapatkan di pasaran!

Pesanan:Kadang-kadang kehidupan kita ada yang mirip seperti di dalam novel.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...