Sempena hari kemerdekaan kita yang ke 57 saya nak kongsi koleksi RM1 yang masih berada di dalam simpanan saya.Berguna juga ye,ada lah juga isi untuk blog saya sempena merdeka ni..hehehe
Jangan dilupa sempat juga Malaysia mengeluarkan duit RM1 berbentuk syiling di antara wang kertas di atas,namun tidak lama.Masih saya ingat sewaktu beri duit raya kepada kanak-kanak,berat je rasa sampul duit raya tu,hehehehe....
Nikmatilah koleksi ini ye kawan-kawan...pasti setiap wang kertas atau syiling di atas banyak mengimbas kenangan lama.
Pesanan:Betul kan tak ada yang lama mana muncul yang baru kan...
Sunday, August 31, 2014
Thursday, August 28, 2014
Hanyut sekejap...
Ah...lama juga saya tidak jenguk blog saya.Apatah lagi blog orang lain.Membaca blog melalui handphone memang tidak seselesa membaca di laptop.
Sejak laptop ada masalah...memang susah saya nak melawat blog orang lain.Dah tak serancak dulu.Nak update blog guna handphone pun tak seseronok menggunakan laptop atau komputer.Screen yang besar lebih mudah berbanding melihat screen kecil.
Kalau setakat nak lihat wassap,facebook atau twitter bolehlah.Macam ada yang tak kena bila membaca blog melalui handphone.Cuma bezanya boleh dibaca bila-bila masa dimana jua.Itupun kalau ada internet.
Aduii..kisah rakan-rakan blogger banyak yang saya ketinggalan.Masa pun tak mengizinkan.Blog sendiri pun baru nak update.Maaf ye rakan-rakan.Jangan putuskan hubungan.Saya mencari masa sesuai untuk membaca blog rakan-rakan semua.
Jumpa lagi!

Pengganti baru tentu tidak akan sama
Ada sedikit emosi sedih setiap kali menatap gambar di atas.Hmmm...bukan apa pun kasihan pula melihat anak-anak taska yang pasti akan tertanya-tanya di mana Kak Alia.
Benar kata orang yang patah akan tumbuh berganti,namun manakan sama yang lama.Setiap hari 5 hari seminggu Kak Alia setia menjadi pembantu kepada saya.Bulan pertama dia melihat cara saya bekerja.Melihat bagaimana saya menguruskan kanak-kanak.
Masuk bulan ke 3 saya berkursus sebulan.Saya serahkan penjagaan anak-anak kepadanya.Balik dari kursus saya tunjuk ajar perkara baru yang saya belajar.Dia seorang yang mudah menangkap apa saja yang di ajar.
Alhamdulillah bulan-bulan seterusnya dia sudah mahir melakukan segala kerja.Saya selalu melihat kanak-kanak suka dan sayang kepadanya.
Sejak awal lagi saya sudah bersedia dan tahu dia akan meninggalkan saya kerana ini hanyalah kerja sementara tatkala menanti keputusan untuk masuk universiti.Apatah lagi setelah keputusan STP nya keluar keputusannya memberansangkan.Namun hati ini akur melepaskan dia pergi kerana ini melibatkan masa depannya.Saya harus beri sokongan.
Hari-hari terakhir dia masih juga melakukan kerja seperti biasa.Kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa pasti terkejut jika lama tidak melihat kelibatnya di taska.
Oh..benarlah...kini saya keseorangan menguruskan kanak-kanak ini.8 bulan dengan pembantu banyak meringankan beban saya.Keseorangan lagi.Bukan tidak biasa,tetapi merasa sunyi.
Kini dengan bantuan jiran yang bantu saya pada waktu puncak saya lebih merasakan kehilangan.huhuhu.
Akan saya kenang kebaikan dan kasih mesranya kepada kanak-kanak taska saya.Pasti perkara yang sama kanak-kanak taska rasa jika mereka sedar suatu hari nanti.
PESANAN:Selamat berjuang demi masa depanmu yang cerah.
Friday, August 15, 2014
Masih suasana berhari raya
Ni di rumah saya...buat makan-makan untuk jiran-jiran.Mengeratkan silaturahim.
Ni di sekolah anak-anak saya.Sekolah yang tak pernah lupakan ibubapa.Menjalinkan kemesraan.
Bagaimana tempat anda?Mesti lagi meriahkan suasana berhari raya.
Pesanan:Makan tu beringat..kesihatan perlu dijaga

Sunday, August 03, 2014
Perjalanan pulang lewat 2 jam.
Kalau dah namanya raya mana-mana mesti jem.Lagi-lagi cuti sekolah.Perjalanan pulang ke Kuala Lipis dari Kelantan biasanya memakan masa 5 jam berakhir dengan 7 jam perjalanan.
Itu bertolak hari sabtu.Maknanya kalau bertolak hari Jumaat pun jem,hari Sabtu pun jem hari Ahad apa tah lagi kan.
Jadi jalan penyelesaian bertolak hari sabtu.Kalau lewat sampai pun masih ada satu hari untuk berehat.Lega rasanya selamat sampai.
Itu pun lewat juga bertolak selepas Asar kerana menghadiri kenduri kahwin.Kalau tidak awal lagi sampai.
Jam 6 petang di Machang jalan masih clear lagi.Pada tanggapan saya oklah.Ku ingat panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah jalan.
Memang hujan ok.Sampai Kg Keroh,Kuala Krai dah mula kereta banyak,jalanpun dah slow.Waktu malam anak-anak tak banyak meragam.Mereka tidur.Itu untungnya bertolak lewat petang.
Apapun kami bersyukur sepanjang perjalanan Allah permudahkan.Selamat sampai di rumah walau pun jam sudah menunjukkan angka 12 tengah malam.
SELAMAT PULANG KE RUMAH MASING-MASING DENGAN SELAMAT.
Pesanan:Kita tidak sunyi di jalan raya walaupun jam 1 pagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)