Wednesday, February 29, 2012

Mangsa Rentung Sahabat Suami Saya

Dua rentung dalam nahas di Pasir Putih


2012/02/29

KOTA BHARU: Seorang dewasa dan kanak-kanak dipercayai mempunyai pertalian darah rentung selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas lalu melanggar tiang dan masuk ke lorong sebelah sebelum berlanggar dengan kenderaan lain dan terbakar.

Identiti mangsa nahas 9.15 malam tadi di depan sebuah kilang kitar semula di Kampung Padang Kala, Jalan Pasir Putih itu tidak dapat dikenalpasti kerana keadaan mayat mereka yang rentung.
Mangsa dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Putih.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, mayat mangsa yang terperangkap dalam Toyota Rush itu dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Katanya, sebuah lagi kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah Ford Ranger yang dipandu Azaizurien Ahmad, 33, dari Kampung Bukit Kecik Melor, dan penumpang Siti Nor Azreen Md Yani, 24, dari Kampung Gaug Lati, Pasir Mas.


sumber:SINI

Gambar dari berita ntv9

Pagi-pagi saya dikejutkan dengan berita kemalangan ini.Suami saya yang memaklumkan kepada saya tentang hal ini.Memang sangat tragis kemalangan ini.Beliau yang terlibat dalam kemalangan ini adalah sahabat suami saya dan kami juga pernah berjiran seketika dulu.Namun dahulu dia tinggal bersama orang-orang bujang.

Arwah memang baik,sepanjang yang saya kenal sebagai jiran depan rumah saya.Saya jarang berbual dengannya,lagipun dia lelaki.Apabila dia berpindah dari Kuala Lipis ke Kelantan,saya tidak lagi berjumpa dengannya lagi.namun demikian,suami masih bertanya khabar jika dia ke Kelantan.


Nama penuhnya Che Arminudin Bin Abdullah yang telah pergi meninggalkan dunia bersama seorang anaknya.
Takziah kepada keluarga beliau.Al Fatihah.Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Pesanan:Ajal Maut di tangan Allah...marilah kita bersama melipatgandakan amalan kita..

Tuesday, February 28, 2012

Temujanji dengan penyampai Hotfm Kelate

Hari minggu lepas bertempat di Restoran Wau,Kota Bharu,Kelantan ,saya berpeluang untuk makan malam bersama penyampai radio Kelate yang semakin dikenali ramai iaitu Wanie atau lebih dikenali sebagai Shaz Hotfm Kelate.(selepas ini panggilan Wanie dalam entry ini)


Sebenarnya memang sudah lama saya ingin berjumpa dengan Wanie, sebagai kenalan blogger juga di alam maya.Jadi kesempatan saya ke Kelantan minggu lepas,saya manfaatkan untuk bertemu janji dengannya.Maka pada hari sabtu saya mengundangnya untuk bersama keluarga saya makan malam di sebuah restoran.Ini kali ke-2 saya makan di Restoran Wau ini(sila rujuk entry ini)

Wanie yang hadir bersama dua orang anaknya Auni dan Aniq juga ditemani oleh ibunya,hadir tepat pada waktu yang dijanjikan.Wow!Ramai betul orang dalam restoran tu,terpaksalah kami menunggu tempat kosong.Sebaik ada tempat kosong kami pun mengambil tempat masing-masing.

Mulalah order-mengorder makanan.Lihat ni...

Kami kaum perempuan sedang leka melihat menu yang terdapat di Restoran Wau.Banyak sangat makanannya,pening kepala untuk nak order ni.

Ok..sementara menanti makanan sampai,biasalah posing dulu..boleh?Di saat menanti makanan,anak-anak kami meragam,maklumlah bila perut dah mula lapar,meragamlah budak-budak ni..


Di saati ini,mulalah adegan merajuk terjadi.Anak saya ni nak order nasi lemak.Kat situ mana ada nasi lemak.Hu hu hu...tetapi rajuknya tak berpanjangan apabila chicken chop menjadi pilihan keduanya.Wah!makan sorang lak tu..

Chicken chop habis dia makan sorang..eeee..bestkan merajuk

Tu dia...lauk sudah sampai.Lauk-lauk ni pilihan saya dan Wanie.Cukup tau makan ramai-ramai ni.

Mari close up apa yang kami order:

Ikan Siakap Tiga Rasa-pilihan saya

Kerabu Mangga-pilihan Wanie

Butter Prawn-pilihan Wanie (Udang mana daa.kena sorok bawah daa)

 Tomyam Campur-Pilihan saya

Kangkung Goreng Belacan-Pilihan saya


Kek-hadiah istimewa

Bercerita tentang kek tu,kebetulan ada pengunjung restoran di situ menyambut harijadi anak mereka,jadi memang dia bagilah sepotong atau dua potong di setiap meja berdekatan mereka.Jadi memang rezeki kamilah merasa kek harijadi tersebut.

Wanie,Aniq dan ummiarissa..syok berbual dan bergambar
Tengok Aniq anak Wanie,tersepit sebab mak-mak sibuk nak bergambar..he he he

Selang kami makan kami berbual,macam-macam hal kami bualkan,dari hal anak-anak,keluarga sehingga hal ke-hal kerja Wani sebagai penyampai Hotfm Kelate.Memang dia mudah mesra dengan orang yang baru dikenalinya.Tidak kekok langsung berbual dengan Wanie.Tapi bergambar mesti tak ketinggalan.

Terima kasih Wanie,sudi makan malam bersama kami.Lain kali kita jumpa lagi.

Pesanan:Kalau tak kenal maka tak cinta kan....Ada lagi nak jumpa blogger ni,tapi tak sempat asyik tertangguh je macam Yna Preetywrite ni..bila ye?

Monday, February 27, 2012

Surat dari Johor Bahru

Sudah lama saya tidak mendapat surat bersampul coklat ini.Ye lah mungkin kerana saya hanya surirumah,maka tiada kepentingan saya mendapat surat dari sesiapapun.

Jumaat yang lepas saya menerima sepucuk surat yang mengandungi sebuah hadiah dari teman blogger.Beliau bermurah hati untuk memberi makanan untuk hati dan jiwa iaitu buku doa-doa dan munajat.



Terima kasih kepada kak Liza dari Sweet LizaHanum....pada hari Jumaat juga barang itu sampai..memang penuh keberkatan.Semoga niat murni Kak Liza hanya Allah yang akan membalasnya.


Inilah dia buku tersebut,memang mudah dibeli,tetapi nilai murni pada pemberi itu tak ternilai dengan wang ringgit.Sesiapa inginkan buku ini bolehlah melawat blognya.

Terima kasih.

Pesanan:Saya suka memberi daripada menerima,tetapi kata orang rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari.

Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday # 5-Arca Cinta Jepun

お元気ですか?(o genki desu ka?) Apa khabar?/Anda sihat kah?

Keratan akhbar Berita Minggu BPOP bertarikh 12 Februari 2011.


Pelakon Zahiril Adzim dan isteri  Shera Aiyob di Shinjuku,Jepun tahun 2012


Blogger ummiarissa di Shinjuku,Jepun tahun 1996

Pesanan: Sudah 16 tahun telah berlalu,hanya tinggal kenangan.

Sunday, February 19, 2012

Pasar pagi dan pelbagai cerita

Gambar ehsan google

Pergi pasar pagi hari ahad hari ini,bertembung dengan pelbagai cerita menarik untuk dikongsikan.

Situasi 1


Kelihatan sepasang pasangan suami isteri sedang asyik berjalan berpegangan tangan,sambil berjalan perlahan-lahan,bercerita dan bergurau senda.Ada seseorang atau dua tiga orang berjalan dibelakang pasangan ini mengharapkan laluan agar dapat mendahului pasangan ini yang berjalan di satu jalan yang di kiri kanannya tempat orang berniaga.

Maknanya: Kawasan pasar padat dan laluan yang sempit,jadi tolonglah beri laluan dan ingat anda bukannya sedang membeli-belah di pasaraya Giant atau Tesco!

Situasi 2


Sedang asyik berjalan pantas untuk mencari sesuatu di gerai berhampiran,tiba-tiba perjalanan seseorang ini terhenti disekat atau diperlahankan oleh dua orang sahabat(mungkin) yang sedang berjabat tangan dan bertanya khabar.Tanpa memperdulikan orang yang lalu lalang dalam keadaan yang sukar akibat pertemuan di tengah jalan ini,mereka berbual mesra dan bertepuk tampar.

Maknanya: Ini memang pasar tempat yang riuh rendah dan ramai orang,jadi boleh tak bagi laluan kepada orang lain yang lalu lalang tu dengan menarik sahabat anda ke tempat yang sesuai untuk berbual tanpa menyusahkan orang lain.

Situasi 3


Seseorang mencapai kotak rokok dari dalam poketnya,lalu mengambil sebatang rokok lalu menyalakannya.Kedudukannya memang sesuai kerana hanya dia seorang di situ.Kemungkinan menanti isteri,anak atau kekasih membeli barang.Kemudian dia menghembuskan asap rokok,lalu asap rokok itu bertebaran di merata kawasan berdekatannya.Kelihatan seseorang dua atau tiga orang,mengibaskan tangan menunjukkan tidak suka kepada asap rokok tersebut.Tidak ketinggalan ada juga cuba mentup hidung agar tidak menghidu asap rokok tersebut.

Maknanya:Sepatutnya bila berada di kawasan yang penuh dengan orang ramai,silalah bertolak ansur agar tidak merokok di tempat awam sebegitu.Sangat tidak sesuai!Silalah juga prihatin dengan amaran-amaran kecil orang ramai yang tidak suka dengan asap rokok tersebut.


Biasa tak dengan situasi-situasi di atas?.Sebenarnya banyak lagi situasi yang dialami oleh orang lain ketika ke pasar tetapi ini menunjukkan sebahagian sahaja.Jadi eloklah kita berhati-hati agar perbuatan kita tidak menyinggung orang lain.

Pesanan: Biasa saya ke pasar pagi-pagi untuk mengelakkan sesak bertembung dengan orang ramai,tetapi rupanya ramai pula yang berfikiran seperti saya,maknanya pagi-pagi pun orang ramai!

Saturday, February 18, 2012

WWW.KAKINAKL.COM NAK BAGI RM

Kalau contest senang-senang...cepat je nak menyertainya.Apalagi mehlah kita masuk contest yang mudah dan tak banyak sangat peraturan-peraturannya.


Mudah je,kak ina suruh reka dialog antara dia dan Norish Karman.Dia memang nak bagi RM tapi bukan nak bagi REDMUMMY...tapi RM ni..$$$$$$...he he he..

Sesiapa nak turut serta boleh saja.Tempoh GIVEAWAY ini adalah dari 15 FEb- 29 FEB 2012 pada/atau pukul 12 tengahmalam.

Bukan susah sangat nak reka dialog tu,guna idea sendiri,rasa-rasa kelakar,hah buh je.

Yang penting.

GIVEAWAY ini di taja oleh www.kakinakl.com

Ayuh!Jangan buang masa lagi...Pergi sini untuk join....www.kakinakl.com

Pesanan:Tak cuba tak tahu,kalau rezeki kita,mana nak tauuuu...kan?






Thursday, February 16, 2012

Jalan-jalan Masuk USIM

Bulan lepas Januari 2012,saya dan suami telah mengikut kakak suami saya dan keluarganya untuk pergi menjemput anaknya yang sudah tamat belajar di USIM.

USIM ialah singkatan untuk Universiti Sains Islam Malaysia,Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).Terletak di Bandar Baru Nilai,Nilai Negeri Sembilan.Tujuan saya dan suami turut serta menjemput anaknya yang juga anak buah suami ialah untuk pandu arah jalan.Mereka bertolak dari Kelantan dan singgah di rumah saya di Kuala Lipis dan terus kami ke Kuala Lumpur.

Selesai mengambil segala barang-barang di rumah sewa anak buah,kami meneruskan perjalanan dengan memasuki USIM untuk meninjau-ninjau keadaaan di dalamnya.

Kalau tak kerana anak buah masuk situ,saya pun tak tahu kewujudan USIM ni.

Inilah gambar yang sempat saya ambil buat kenangan dan tanamkan semangat semoga ada salah seorang anak saya masuk ke USIM ni suatu hari nanti.


Ni ambil waktu di lebuh raya,snap dari dalam kereta.


Pandangan dari pintu masuk USIM


Lambang bahasa Arab Iqra'-bacalah..sangat sesuai dengan USIM ni..


Gambar atas ni Fakulti Pengajian Quran dan Sunnnah,tengok lambang rehal di atas bangunan itu...unik kan!

Suasana persekitaran yang luas dan jalan raya yang tidak sibuk...sebab takde pelajar waktu ni.
 USIM mempunyai 8 buah fakulti iaitu:
  • Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS)
  • Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP)
  • Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)
  • Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM)
  • Fakulti Sains dan Teknologi (FST)
  • Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
  • Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU)
  • Fakulti Pergigian (FPg)

lawat laman web USIM sendirilah kalau nak keterangan lanjut.

Pesanan: Cara nak galakkan anak-anak belajar bersungguh-sungguh agar dapat masuk U ialah dengan buat lawatan sebegini,ini menaikkan semangat anak-anak.

Wednesday, February 15, 2012

Jom tengok telatah sikecil!

Biasa kita mendengar peribahasa "melentur buluh biar dari rebungnya" yang membawa maksud mendidik anak biarlah semasa mereka kecil lagi.

Anak-anak adalah penyeri rumahtangga.Setiap keluarga yang dikurniakan anak wajib bersyukur dengan pemberian Allah ini.Barangsiapa tidak bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan kepada mereka,maka nescaya Allah sediakan kepadanya satu azab yang sangat pedih iaitu azab api neraka.


Firman Allah swt:


"Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu,dan Demi sesungguhnya,jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim:7)


Maka dengan itu kasih dan sayanglah kepada kanak-kanak.Anak-anak yang masih kecil perlukan perhatian dan kasih sayang kita sebagai ibu dan bapa.

Mari lihat keletah si kecil ini...



Cuba lihat anak saya ni kemain asyik menulis hingga tidak sedar uminya menangkap gambarnya.Kalau diberi pensil dan kertas,pastilah sikecil ini akan menulis.Lihat!Sekecil ini berusia 2 tahun dan sudah pandai menconteng kertas!he he he..

Ini aktiviti yang paling disukainya.Menjadikan kain pelekat babanya sebagai buaian untuknya.Menarikkan!Imaginasi sikecil ini tinggi.Dia boleh mencipta satu perkara atau permainan untuk keselesaan dirinya.



Ini pula aktiviti anak-anak zaman teknologi canggih,zaman IT.Kalau setakat tekan-tekan keyboard komputer tu,biasa dah baginya.Lihatlah dia,seperti mengerti sesuatu yang terpancar di skrin komputer tu.Asyik benar melihatnya.Tangannya tu seperti tahu-tahu je nak tekan yang mana.

Kalau di marah pandai pula membuat memek muka meminta simpati.Kadang-kadang tak jadi nak marah dia sebab dia buat muka lucu pula!Hmm...dah namanya kanak-kanak,mesti kena sayang.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
"Seseorang yang tidak mempunyai perasaan kasih sayang kepada orang lain,maka orang itu tidak layak mengharapkan kasih sayang daripada orang lain untuknya"


-Rasulullah SAW pernah berpesan lagi,sabda baginda yang bermaksud :
"Kasihanilah orang yang dibumi,nescaya penduduk di langit akan
mengasihanimu"



Pesanan:Inilah pengarang jantung hatiku...waktu kecil di belai-belai....dah besar jangan tergapai-gapai...

Tuesday, February 14, 2012

Jom Membina Keluarga Bahagia!

Antara pakar motivasi yang saya kagumi ialah Prof Dr Muhaya.Saya sering menontonnya di kaca tv.Mendengar sahaja suaranya membuat kita rasa seronok mendengar setiap tutur kata yang keluar dari mulutnya.Begitu lembut dia berbicara.Saya juga mengikutinya di laman sosial Facebook dengan mengikut statusnya yang lebih memberi tumpuan kepada motivasi kehidupan untuk  semua.Beliau juga pakar mata!


Prof Dr Muhaya


Antara status-statusnya di FB:


Jika kita berjuang dijalan Allah tetapi akhlak kita dan anak anak kita tidak membahagiakan orang keliling kita audit semual akhlak kita terutama cara bercakap dan lihat berapa orang menerima apa kita perkatakan. jika kita tidak melabur dalam akaun emosi dgn kata kata yg baik sebagaimana baginda Nabi Muhammad saw bagaiman kita ingin berdakwah. segedung akhlak diperlukan untuk mendapat 1 dinar ilmu. salah satu ciri pendakwah ialah husnul khuluq iaitu akhlak yang baik. Jom audit diri kita. Walau apa kita sebut tetapi hati tidak jelas dan tidak diberi dgn kasih sayang tetapi sindiran sampai bila tidak akan sampai pada hati orang didepan kita

Jadikan sifat menyayangi dan memahami orang lain cara hidup kita

Hari ini cuba ajak anak anak berlakun jadi orang baik dan bincang bagaimana seronoknya jadi orang baik. ini akan mengubah fokus kepada kebaikan. " Act as if" ini akan memberi emosi positif. lepas ini kalau dia nakal kita ingatkan dia bagaimana seronoknya dan bahagia bila jadi baik. ini cara baik untuk bonding time dgn anak anak. Lihat bagaimana anak anak akan minta supaya sesi ini diulangi. Ini dipanggil training dalam akhlak. Ini akan hilangkan bosan. Beri hadiah setiap kali lepas sesi. Ibu bapa jadi trainer. Contoh latih cara hormat orang tua, cara simpan duit , cara membeli belah, cara menjdi amanah tec. Ibu bapa semua " be creative' kurangkan masa di komputer dan ambil peluang hari cuti interaksi dgn keluarga


Malam ini sebelum anak kita tidor ajar mereka niat nak bangun awal dan rasa gembira nak pergi sekolah untuk jadi orang baik dan bijak. Sebut kebaikan mereka sebelum tidor supaya imej positif masuk kedalam minda bawah sedar mereka


Teliti diri kita dan anak kita supaya mencontohi akhlak baginda Rasulullah saw


Semakin negatif emosi kita semakin nakal anak anak kita. Lihat pada anak anak selalunya cermin emosi, fikiran dan akhlak kita. Bila kita ambil tanggung jawab pada apa yg berlaku kita tidak akan menyalahkan orang dan cuba ubah orang tetapi lihat dan refleksi diri dan ubah dunia dalaman kita untuk ubah dunia luaran kita. Suamimisteri yang tidak loving sesama mereka tidak memberimcontoh yg baik pada anak anak yang payah tunjuk kasih sayang pada adik beradik mereka. Lihat perangai kitandan kenang pengalaman masa kecil dan jgn ulang benda yg sama pada anak anak dan henti menyalahkan ibu bapa yang bertindak setakat mana ilmu mereka


Hari ini cuba deposit kedalam akaun emosi keluarga kita dengan pujian, penghargaan dan elakkan kritikan. Tukar nada bercakap dari kasar kepada kelembutan dan lihat bagaimana emosi kita berubah dan orang dikeliling kita





Para isteri taati suami, para suami hormati isteri sentiasa dan jadilah pasangan yg setia. Bila nak buat perkara tak baik ingat anak anak akan dapat balasan. Jgn menyesal bila dan tua dan sakit nanti



Didik anak kita dgn akhlak dan cara hidup Islam.-Dr Danial


Berapa ramai ibu muda yang sering merungut anak mereka nakal. Cuba tanya diri kita mahu anak nakal dan sihat atau sakit dan tidak nakal. Henti label anak anak dgn " hyperactive" etc. Sebutbyg baik. Jika anak nakal kemungkinan perlu perhatian terutama baru dapat adik baru. Berapa orang ibu muda bersyukur ada suami dan anak. Berapa ramai orang tiada jodoh lagi dan anak. Hentikan merungut dan bersyukur. Bila hilang nikmat baru nak menyesal dan depressed. Syukuri nikmat insyaAllah Allah kekalkan nikmat


Berapa orang ibu bapa fikir macam mana nak besarkan anak menjdi orang berkeyakinan dan macam mana tingkatkan kemahiran berkomunikasi untuk lebih bahagia dalam rumah tangga. Berapa orang pilih uk hadiri seminar, beli audio mook atau buku atau apa program yang memberi ilmu. Meka rela belanjakan wang kepada perkara tanpa nilai. Lihat dan audit apa kita belanja bulan lepas memperbaiki diri. Berapa banyak kita beli barang dgn duit kita tak ada utuk beli barang tak perlu utk tunujk pada orang tak suka


Jom kita motivasi diri kita dan keluarga dengan mengikuti FB Prof Dr Muhaya

Saya copy paste dari FB beliau.Beliau sendiri menyuruh untuk sebarkan statusnya untuk kebaikan bersama.

Pesanan:Saya ambil sedikit statusnya yang bersesuaian dan letak di blog saya agar saya dapat melihat kembali buat renungan...

Monday, February 13, 2012

Inang-inang-hidangan petang

Ini adalah sejenis keropok yang diberi nama inang-inang.Biasanya amat mudah didapati di negeri Melaka.Ianya juga sering dibeli untuk dibawa pulang sebagai buah tangan.Bentuknya yang bulat dan berwarna-warni menarik mata memandang.Diperbuat dari campuran pulut,garam dan pewarna.Tetapi tak diketahui pula bagaimana namanya menjadi inang-inang.


Ianya digoreng dengan minyak panas dan akan mengembang besar.Rasanya yang rangup dan sedap membuatkan saya boleh memakannya tanpa henti.Inilah hidangan yang sesuai untuk sekeluarga di petang hari.Jika ada tetamu datang rumah pun boleh hidangkan inang-inang.

Fuh!Hidang kan pula air teh  o panas....meletup!Ada ke yang tak suka makan inang-inang ni?

Pesanan:Kalau sesiapa pergi Melaka nak bagi buah tangan kat saya,bagi je inang-inang,murah pun murah...he he he

Saturday, February 11, 2012

Tepung Magik Untuk Cendawan

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,hari ni saya ingin mempersembahkan Tepung Magik!Tepuk!Tepuk!Tepuk!


Ini rupanya tepung tu.

Kata je tepung goreng untuk cendawan,tapi ikan,ayam,udang,sotong pun boleh.

Tak caya? Ni ha saya dah cuba pun.Anak gatah ayam gitu jer.Rangup dan sedap.


Cendawan murah je beli tu yang kecik-kecik je dapat.

Ikan pun boleh,tapi saya garam kunyit sikit baru tabur tepung tu.

Orang Jawa suka nih,tempe pun sedap kalau celup tepung ni,saya gaul kunyit garam juga ni.

Ha apalagi,meh lah cuba sebungkus.Bolehlah g lawat blog sepupu saya,ni ha blog dia...yusrinahata..

Pesanan:Saya pun beli juga tau,siap pos lagi...maklumlah saya duduk jauh dari KL.

Thursday, February 09, 2012

Ayam Goreng Madu



Biasa kalau saya nak cari sesuatu resepi,saya akan google pada imej resepi tersebut.Contohnya kalau kategori ayam,saya taip je ayam keluarlah bermacam resepi ayam.Saya lihat gambar resepi ayam yang nampak sedap kemudian saya kliklah.Tapi ada juga saya cari resepi berdasarkan menaipkan perkataan ayam atau ayam goreng,tetap keluar juga resepinya.

Kali ni saya mencuba satu lagi resepi ayam iaitu ayam goreng madu.Bahan-bahannya pun mudah dicari dan yang penting memang sedap.

Resepi ni saya salin dari blog kak Dayang

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam(dipotong ikut suka)

4 sudu makan cili giling
1 sudu makan serbuk kari ayam
2 sudu makan tepung goreng serbaguna pelbagai guna
1 inci halia (ditumbuk)
4-5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu makan serbuk kunyit
2-3 sudu makan sos tomato
garam
3 sudu besar madu (dibancuh dgn 1/2 cawan air)
sedikit gula melaka/gula merah/gula pasir
sedikit bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)

Cara-cara membuatnya:

1.Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit,garam,kari,tepung,2 sudu besar cili giling dan separuh daripada bahan-bahan tumbuk dan perap selama 30 minit dalam peti sejuk.Kemudian goreng ayam hingga masak.

2.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis lebihan bahan tumbuk dan cili giling hingga pecah minyak.Masukkan sos tomato,madu dan gula.Kacau sebati.Tambah air jika perlu.

3.Kemudian masukkan ayam dan gaul rata.akhir sekali masukkan bawang besar.

4.Boleh dihidang untuk dimakan dengan nasi putih panas.

Ada satu bahan je saya tak masukkan iaitu tepung serbaguna.Saya terlupa.Tapi rasanya tetap lazat.



Pesanan: Makan dengan nasi hingga menjilat jari..

Wednesday, February 08, 2012

Wordless Wednesday # 4 -Nampak pelikkah telur ini?

Perhatian:Jangan 'biru' kan minda anda..

Jawapannya: No 4...cuba lihat...


Pesanan:Saya tengok benda pelik sikit,snap gambar...anak pun kata..umi ni gambar telur pun nak amik..hahaha..

Tuesday, February 07, 2012

Char Kuew Teow


Bila pertama kali buat char kuew teow ni,tak berapa nak menjadi.Cuba buat lagi baru sedap,cumanya tak berapa basah,kering sikit,tapi saya suka.

Saya google resepinya,bagi saya ianya resepi terbaik.Memang sedap.Saya sudah ubah suai sedikit.

Boleh lah mencuba.

Bahan-bahannya:

Kuahnya:

6 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap pekat
Air perahan kulit udang yang diblender dan sudah ditapis.
Sedikit gula

Kuah ini hendaklah di didihkan hingga sedikit pekat.

Bahan-bahan mee teow.

Separuh bungkus mee teow.
Udang sederhana besar/besar
Taugeh

Cara-cara membuatnya:
1.Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
2.Masukkan udang,goreng sekejap.
3.Masukkan kuah mee teow tadi.
4.Masukkan mee teow dan sayur taugeh.
5.Goreng cepat dengan api yang besar dan tutup agar kuah tidak kering,sekiranya perlu tambah sedikit air.

Sudah boleh dihidang,makan panas-panas terasa sedapnya.

Pesanan:Kuah tu kalau buat banyak-banyak,boleh disimpan dalam peti,keluarkan apabila hendak masak seterusnya.

Thursday, February 02, 2012

Hentian baru di Gua Musang,Kelantan

Cuti seminggu baru ni,saya ke Kelantan lagi untuk menghantar anak yang tinggal di asrama sana.Ternampak satu tempat singgahan baru yang sudah di buka untuk orang ramai.

Singgah untuk makan tengah hari.Hentian Gua Musang ni terletak lebih kurang 4 km dari bandar Gua Musang.Dengarnya hentian ini adalah di buat khas untuk hentian bas Mutiara.Penumpang-penumpang bas Mutiara akan berhenti di sini untuk persinggahan pertama dari Kota Bharu.

Sewaktu saya singgah,orang tidak ramai.Mungkin sebab baru lagi.Tapi memang selesa tempatnya dan yang penting bersih.Makanan pun berbagai jenis yang dijual.Ada juga restoran makanan segera ala-ala KFC,tapi belum dibuka lagi.Akan di buka.

Surau dan tandas memang setakat saya singgah ni puas hati kebersihan dan keselesaannya.Sesiapa nak ke Kota Bharu bolehlah singgah.








Surau perempuan

Saya order nasi ayam je...

Pesanan:Sebelum ni selalu singgah di R&R Gua Musang yang terletak selepas bandar Gua Musang tu...kini ada tempat baru pula..

Wednesday, February 01, 2012

Wordless Wednesday #3 (Kuih donut 5 biji RM1)


Sedap seperti donut biasa.Tiada yang kurang atau yang lebih.Bila anda kali terakhir membeli donut 5 biji Rm 1?Saya belinya minggu lepas di Kelantan.

Pesanan: Memang selalu cari kuih di situ,kalau balik Kelantan.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...