Monday, January 31, 2011

Selesai sudah...

Siap bergambar di dapur..(busy tuuu)

Setelah berjaya mencuri waktu sesuai untuk membuat mini kek cokelat untuk hari pertunangan sekilass.com,maka puas hati juga diri ini setelah berjaya diedarkan hasil usaha saya itu kepada para tetamu.

Memang sibuk,saya sampai di rumah mak hari jumaat jam 12 tengah malam.Keesokan harinya (sabtu),saya mula sibuk membuat sedikit persiapan agar majlis berjalan lancar.

Akhirnya detik yang dinantikan pun tiba,pihak rombongan lelaki sampai dan terus menyudahkan majlis pertunangan tersebut.Jadi tunangan orang jua adikku.

Kini hanya menantikan detik bersejarah,untuk menyatukan 2 hati anak muda ini yang dijangka akan berlangsung pada bulan September 2011 nanti.Nantikan...


Bersama sumijelly.com,dan yusrinahata.com ( sepupu)..
Majlis rundingan..
Hanya 3 beradik perempuan(tema ungu)


Seperti biasa suami-suami basuh pinggan...rajin kan mereka..

Pesanan: Majlis yang ringkas,hanya tetamu dari kalangan keluarga terdekat sahaja yang dijemput hadir.Sekarang ni,si lelaki (tunangan perempuan)pun turut hadir,tidak macam zaman dulu-dulu.Si lelaki tidak hadir.Salah siapa?

Friday, January 28, 2011

Budak seksi dalam laci..jangan terkejut!

Sedang saya leka mengadap komputer,bila berpaling je cari anak saya rupanya ada dalam laci.Laci almari tv.Betul dia masuk sendiri.Tapi waktu tu tak dapat snap gambar.Kamera entah mana hilang tadi.

Terkejut saya!Macam mana lah dia boleh ada dalam laci tu.Muat-muat pula tu. Jadi saya tunjuk aksi lakonan semula anak saya dalam laci melalui gambar ni. Macam-macam lah aksi budak-budak ni...tak tercapai akalmu....



Memang dia suka buka laci tu,tapi taklah saya terfikir dia nak masuk dalam tu.

Ni memang sengaja ambil gambar dengan Kak Anisnya..


Pesanan:Jangan leka hingga terabai anak-anak...ditujukan khas untuk saya..dan anda juga yang mempunyai anak-anak.

Hanya menunggu hari

sekotak besar ni..muat ke masuk avanza ni?

Setelah hampir seminggu dengan kesibukan berpindah rumah,mengambil tempahan kek dan juga membuat kuih-muih,akhirnya saya dapat juga membuat mini kek coklat untuk majlis pertunangan adik saya.Adik yang ni?Kau buat apa?Sibuk juga ke?he he he

Kalau bukan saya yang membuatnya,siapa lagi nak buatkan.(riaknya..tak baik tau)Tapi 100 biji tu biasalah bagi saya.Cuma asal sikecik ada yang menjaga, saya boleh membuatnya tanpa berhenti. Kalau si kecik mengganggu....tension nyaaaaa....tapi semalam sempat juga dia mengambil sebiji kek dan memasukkan terus ke dalam mulut sambil tersengih...geramnyaaa...

Esok akan bermulalah majlis pertunangan adik saya merangkap yang si bongsu. Maka hari ini akan bermulalah perjalanan kami pulang ke Kuala Lumpur untuk bersama-sama meraikan majlis pertunangan adik saya. Semuanya telah kami rancang sebaik mungkin.Apa yang kami harapkan ianya akan berjalan dengan lancar.Mujur cuti sekolah seminggu.

Selepas ini setelah bergelar tunangan orang, maknanya adik saya sudah berpunya,Jadi hampalah lelaki-lelaki diluar sana yang baru je nak mencuba mengoratnya.Tak dapat beriparlah dengan saya.He he he...tak dapet den nak nolong...

ni ambil 2-3 biji buat close up..ada gula-gula sekali ni..
ni close up dalam kotak..(diorang nak letak dalam paper bag pulak ni)

Pesanan:Sekali lagi terima kasih kepada Cikgu Niena tolong packingkan...

Thursday, January 27, 2011

Follower yang ke seratus dan ayah saya?

Terima kasih kepada mereka yang menjadi followers saya.Pagi ni saya buka blog je,saya nampak followers saya sudah genap 100 orang. Followers saya yang ke seratus adalah dari BABY (MAMA AMANA & ARIEF. Terima kasih kepada MAMA. Sila lah terjah blog MAMA. Menarik isi kandungan blognya membuatkan saya terus menjadi followers di blognya. Juga tak lupa kepada semua yang sudi mengikuti blog saya ini.

Dan antara kesemua followers itu saya juga terkedu sebentar, ayah saya juga menjadi followers saya!Hah! Terkejut besar saya.Adakah itu bermakna ayah saya juga mempunyai blog? Ya, dia ada blog.Tetapi tidak berapa aktif.Saya tidak akan beritahu yang mana ayah saya dalam senarai followers itu.Biarkan rahsia.Tapi tak tahulah,setelah mendapat tahu blog saya ini,mungkin dia akan aktifkan blognya.

Semangat untuk berblog bangkit lagi.Teruskan memberi suntikan semangat kepada saya.Saya akan cuba sajikan yang terbaik untuk tatapan semua.

TERIMA KASIH SEMUA!

Pesanan:Betulkan.Blogger dikalangan kita terdiri daripada pelbagai peringkat umur.Jadi silalah semai budaya hormat-menghormati sesama kita.

Wednesday, January 26, 2011

Mee Hoon yang ringkas!


Kalau tengok-tengok dalam peti tak ada ayam,daging atau sotong,anda masih boleh membuat mee hoon yang lazat.

Inilah resepinya:

Mee hoon sebungkus (rendam air panas hingga lembut,lembut je terus tapis)
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 sudu besar cili kering
2 biji telur
garam
sedikit kicap manis
sayur sawi(jika ada)

1.Goreng bawang merah dan bawang putih (yang telah ditumbuk) dengan sedikit minyak
2.Agak-agak dah layu,masukkan cili kering,goreng sehingga masak.
3.Letak garam sedikit.Masukkan mee hoon dan sayur.
4. Bubuh kicap dalam 4 kali goncang botol tu.(sebab saya tak masuk kicap dalam bekas lain,guna botol je terus)).
5.Gaul rata, dah layu sayur,ketepikan mee hoon ditepi kuali,beri ruang sedikit untuk pecahkan telur dengan bubuhkan minyak dalam satu sudu kacau-kacau sikit dan goreng sekali dengan mee hoon tadi. Kacau-kacau seminit dua,dah rata angkat.
Sedia untuk dimakan.

Mudahkan.Sedap pun sedap.

Pesanan: Ini adalah menu pagi sabtu tatkala barang basah dah habis.Sebab hari ahad baru saya ke pasar.

Nak pindah!

Dalam kesibukan saya menerima tempahan kek dan membuat kuih untuk jualan,saya juga sebenarnya dalam proses pemindahan rumah! Bayangkan betapa banyaknya barang untuk dikemas disamping memasak dan menjaga anak juga membuat kek?

Semalam sahaja barang-barang besar telah selamat dibawa turun ke rumah baru seperti mesin basuh,almari dan peti ais.Sebenarnya bukanlah jauh sangat saya pindah,hanya setingkat lebih rendah dari rumah lama.Bloknya masih sama,cuma kalau dulu tingkat 3,sekarang turun tingkat 2.Lagipun rumah yang saya bakal duduki ini memang idaman sejak 2 tahun lalu.

Yelah,rumah tu hanya diduduki oleh sepasang suami isteri (kawan tempat kerja suami)yang masih belum mempunyai rezeki untuk menimang anak. Maka rumah tersebut sudah pasti bersih.Memang bersihlah.Tiada contengan di dinding-dinding rumah.Setelah mereka dapat pindah ke kampung mereka,saya pun mulalah mengemas sedikit-sedikit.

Kenapa tidak mahu rumah yang paling bawah?Bukankah lagi senang?Bukan tidak mahu, bagi saya kurang privasi sedikit sebab rumah bawah tempat orang lalu-lalang. Tingkat 2 pun rendah juga,tidaklah lelah nak membawa naik dan turun barang-barang setiap kali balik kampung.Keluarga ramai,barang pun banyak.


Sebahagian barang-barang yang telah dibawa turun
Anak-anak pun dah tak nampak dengan barang bertimbun tu..

Pesanan: Masih ada 20 peratus lagi barang yang belum dibawa turun.Cuti Tahun Baru Cina ni nak jalankan misi mengemas rumah.

Tuesday, January 25, 2011

Kek harijadi pula

Pandangan dari atas

Permintaan untuk kek keju bluberi saya semakin meningkat.Ramai juga cikgu-cikgu terutamanya cikgu anak-anak saya,menempah kek tersebut.Alhamdulillah,rezeki jangan ditolak.Walaupun terpaksa membuat tempahan tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan dengan kudrat yang ada saya gagahkan jua membuatnya.

Maklumlah,saya juga perlu menjaga anak kecil dan disamping itu memasak untuk keluarga,jadi masa itu emas bagi saya.

Ini tempahan kek sempena harijadi anak pelanggan saya.Enjoy!

Pesanan:Terima kasih kepada pembantu peribadi saya Cikgu Niena...he he he.Masih banyak lagi tempahan perlu disiapkan.Jadi saya jenguk kejap-kejap je blog comel saya ni.

Monday, January 24, 2011

Lagi dengan tempahan

Hari sabtu dan ahad bukanlah hari untuk saya berehat,tetapi saya mencuba membuat kek keju bluberi gara-gara mendapat tempahan dari guru-guru anak saya. Saya sebenarnya belum belajar untuk membuat kek keju ni,tapi seperti yang biasa saya katakan jika berminat,apa sahaja menjadi jika kita membuat dengan bersungguh-sungguh.

Saya pun mulalah men'google' untuk mencari resepi terbaik dan mudah untuk membuatnya.Tanpa mengenal putus asa beserta semangat yang kuat, akhirnya dengan 3 kali percubaan kek keju saya menjadi juga,walaupun sudah 2 kali muka saya berkerut bila hasil sebelumnya hampa.

Siap untuk dihantar kepada pelanggan:


ini adalah percubaan yang tidak menjadi..tapi licin dimakan oleh anak-anak
ini tempahan kek keju bluberi beserta coklat..(permintaan khas)
ini tempahan kek keju bluberi letak bluberi sahaja
(dah siap letak dalam kotak,tak sempat ambil waktu kat luar kotak)

Pesanan:Usaha tangga kejayaan.Jika tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Hari khamis ni ada lagi tempahan kek keju bluberi ni.Terima kasih kepada Cikgu Niena kerana sudi membantu setiap masa.

Sunday, January 23, 2011

Cik Mek Molek


Hari ni nak beri resepi cik mek molek pula. Mudah sahaja. Rasa pun sedap.

Bahan-bahannya:

600 gram keledek (rebus dan lecek)
2 cawan tepung gandum
gula
garam
minyak masak

Cara:
Rebus keledek tu buh garam sikit. Dah masak lembut.Lepas tu lecek. Campur tepung,uli jangan lembik sangat.Agak-agak jugalah.
Kemudian ambil sedoh kecil,leperkan,letak garam dalam sesudu kecil. katup balik,gulung-gulungkan dengan tangan secara memanjang. Agak-agak rupa cam kuih tu lah. Goreng kekuningan,angkat. Sedia dimakan.

Pesanan: Jangan tak cuba,belum cuba belum tau.Sekali hadap je kalau baru lepas angkat dari kuali ni.

Thursday, January 20, 2011

Petunjuk Rasulullah pilih calon isteri

sekadar gambar hiasan

Minta perhatian kepada kaum-kaum Hawa dan kaum-kaum Adam. Rasanya ramai yang bujang ada hasrat untuk mendirikan perkahwinan. Yang bujang nak mencari anak dara,anak dara nak teruna idaman,tak kurang juga yang bergelar suami orang yang nak menambahkan kuota isteri.Itu hak mereka jika menepati syarat-syaratnya.

Tak kisahlah sama ada anda bujang,duda janda atau sebagainya jika berniat untuk berkahwin jika sudah cukup syaratnya silakanlah. Itu hak anda.

Jadi jom tengok petunjuk Rasulullah pilih calon isteri.

Selain kuat pegangan agama ,cantik dan berharta, Rasulullah saw memberi petunjuk mengenai wanita yang baik untuk dijadikan isteri.

Diantaranya:

  • Diriwayatkan daripada Jabir: "Sesungguhnya Rasulullah ada menyatakan kepadanya : Wahai Jabir,adakah engkau kahwin dengan anak dara atau janda? Jawab Jabir: Saya berkahwin dengan janda. Baginda kemudian berkata : Alangkah baiknya jika engkau berkahwin dengan anak dara.Engkau dapat menghiburkannya dan dia pula dapat menghiburkan kamu".
  • Daripada Makqal bin Yasar diriwayatkan : "Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah sambil berkata :"Saya mendapat seorang perempuan bangsawan dan jelita,tetapi dia tidak beranak.Baikkah saya mengahwininya? Jawab Nabi:Jangan.Kemudian lelaki itu datang kali kedua. Baginda melarangnya lagi.Lelaki itu tidak puas hati lalu datang kali ketiga. Nabi bersabda:" Kahwinilah perempuan yang pengasih lagi kerap beranak."

Pesanan: Ini adalah antara sebahagiannya sahaja,jangan terus buat kesimpulan,cari lagi fakta mengenai petunjuk calon isteri dalam buku-buku agama atau bertanya kepada yang arif.

Suasana sunyi di pagi hari...

Setiap hari waktu persekolahan,kuarters tempat di mana saya tinggal pasti akan sunyi setiap pagi. Ye lah kebanyakan warga penghuni di sini bekerja sebagai pendidik @ guru,ataupun yang bekerja di jabatan kerajaan yang lain,ke tempat kerja seawal 6.30 pagi.

Kebanyakan mereka lebih banyak bekerja berdekatan dengan kuarters ini sahaja sama ada di Kuala Lipis atau di Benta. Ada juga sejauh Raub tempat kerjanya. Dimana pun mereka bekerja setiap pagi hari Isnin hingga Jumaat pasti sunyi di kawasan kuarters ni.Hanya kedengaran bunyi bising burung yang memecah keheningan.ha ha ha ..dah itu je yang saya dengar.

Yang tinggal kini hanyalah surirumahtangga seperti saya,yang mana duduk dirumah membuat kerja-kerja dirumah dengan tekun sambil menatap komputer ataupun menonton televisyen dan paling malas sekali hanyalah mendengar radio.he he he sekali lagi saya kena tamparan wanita...Itu yang sibuk sangat tu..

Lihat sahajalah suasana kediaman saya dalam gambar ini:


pemandangan waktu pagi..
pemandangan sebelah petang,waktu cikgu dah balik sekolah..

Waktu petang pun rasa sunyi juga...mereka nak berehatlah pula,setelah seharian di tempat kerjakan...

Pesanan: Saya suka tinggal di dalam suasana yang aman dan damai dan saya lebih banyak duduk di rumah dari keluar rumah.Cuba teka yang mana satu rumah saya?

Wednesday, January 19, 2011

Buang sikap suka buruk sangka

klik kalau nak tahu perbualan mereka...

Saya tertarik dengan satu artikel, persoalan mengenai berprasangka buruk dengan orang. Tidak dinafikan semua dari kita pasti pernah berprasangka buruk dengan orang lain tidak terkecuali diri saya sendiri. Sukar untuk kita hapuskan jika hati kita tidak kuat untuk melawan mainan syaitan ini. Marilah kita renungkan jawapan pada persoalan ini daripada Dr sapura Sipon pakar kaunseling Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Saya mempunyai satu tabiat buruk iaitu suka sangat berfikiran tidak baik atau berprasangka buruk terhadap orang. Ada saja yang tidak kena dengan orang lain.

Ini membuat saya sukar untuk mendapat kawan kerana berasakan orang akan cuba menganiaya saya. Saya cuba untuk tidak mempunyai sifat ini, tetapi ia bukan mudah seperti disangkakan.

Minta bantuan,
Raub, Pahang


BERPRASANGKA buruk biasanya membuatkan individu sentiasa menganggap orang lain mempunyai agenda buruk tersendiri. Dari sudut psikologinya, individu itu sudah membina satu persepsi atau andaian bahawa orang di sekelilingnya tidak mempunyai potensi diri yang positif. Ini seterusnya boleh menyebabkan individu menghadapi kesukaran berkomunikasi dan juga kemahiran membina hubungan kerana pemikiran negatif sudah terbina. Ini yang dialami adik.


Apa yang adik boleh lakukan ialah orientasi semula pemikiran dengan mengatakan setiap orang mempunyai kekuatan dan kekurangan diri. Melihat kekuatan orang lain akan dapat mengurangkan sikap buruk sangka adik.

Dalam Islam, buruk sangka sangat dilarang. Allah s.w.t berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." (Al-Hujuraat:12).

Untuk mengelakkan daripada buruk sangka, kita harus menyedari perlakuan ini sangat tidak baik dan tidak dibenarkan dalam hubungan persaudaraan. Paling penting adalah memperkukuhkan terus jalinan persaudaraan supaya dapat dielakkan sikap buruk sangka.

Membuat intropeksi dan muhasabah diri dapat mengurangkan sikap ini. Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: "Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar daripada seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan".

Pesanan: Sentiasalah bersangka baik sesama kita,orang lain juga akan berbuat yang sama terhadap kita.

Sumber My Metro 19 Januari 2011- myMetro | Sukar buang sikap suka buruk sangka

Kuih Ketayap

Kuih ketayap aka kuih gulung

Pagi ni macam biasa bangun pagi terasa ingin membuat kuih ketayap ataupun dipanggil juga kuih gulung.

Bahan-bahannya:
Inti:
150 gm gula melaka
3/4 cawan air
1/2 biji kelapa parut
garam
daun pandan

Kulitnya:
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan (takde santan air kosong pun boleh je)
1 biji telur
pewarna hijau
blender semua
Cara-caranya:
Inti tu sama macam buat inti pau rujuk sini.

Kulitnya pula-letak minyak dalam 1/2 sudu besar,golekkan-golekkan kuali agar kena separuh permukaan kuali ditengah-tengah.Ambil 1 1/2 senduk (guna senduknasi) adunan letak atas kuali,golek-golekkan kuali agar serata ketebalannya,jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat.
Pastikan api kecildigunakan. Dalam 1-2minit agak-agak dah masak,angkat perlahan-lahan,letak dalam piring leper.Siap.Siapkan sampai habis adunan tau.

Ambil inti letak dihujungnya memanjang,lipat kiri kanan,gulung. Barulah siap.

Pesanan: Kuih ni lah paling senang dibuat,tapi ada masa tak menjadi juga.Tapi semangat untuk mencuba melebihi dari segala-galanya. Maka jadilah kuih ni.

Tuesday, January 18, 2011

Jom Santai Sekejap


Ini adalah entry khas dibuat sempena mendapat award pertama dari blog Jom Santai Sekejap. Blog saya banyak menceritakan tentang kekeluargaan katanya, jadi rupanya masih ada yang sudi membaca.

Saya pun terus menjadi lebih bersemangat untuk menulis blog walaupun masa terlalu cemburu dengan kesibukan yang saya alami. Saya terpaksa membahagikan masa saya dengan betul agar segala tanggungjawab saya terhadap keluarga tidak terabai.

Saya memang suka menulis. Lihat entry awal saya disini. Apabila dah lama meninggalkan alam persekolahan.alam pekerjaan,maka minat menulis beralih ke dalam blog ni. Saya memang tidak terfikir sama sekali untuk mempunyai blog sendiri tapi kerana 'diperdaya' dan 'dipengaruhi' oleh mereka-mereka adik dan adik ,maka saya juga terbabit sama. Bukan salah saya. Salahkan mereka.

Apabila hampir setahun menulis @ menaip (lebih tepat), didalam blog, saya menjadi seronok dan puas apabila dapat berkongsi rasa masakan.kisah kekeluargaan yang tidak terlalu peribadi dan lain-lain kisah masyarakat sekeliling. Disamping itu saya juga dapat melawat blog-blog orang lain seterusnya membaca artikel-artikel @ entry-entry yang menarik minat saya.

Rasanya cukuplah setakat ini. Kita bercerita santai-santai sahaja. Bolehlah terjah blog pemberi award saya Jom Santai Sekejap untuk cerita-cerita lebih menarik lagi.Memang santai!

Pesanan: Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Monday, January 17, 2011

Lembutnya Kuih Pau ni.

Hmm sedapnya...gebu dan lembut

Saya nak share kuih pau yang saya buat pagi tadi.Bangun pukul 3 pagi tadi nak menyiapkan kuih ni.Sebenarnya dalam hati nak mencuba je dulu,kalau tak jadi nak buat makan keluarga je.Kalau jadi nak hantar kat kantin sekolah anak.

Saya ambil resepi ni pun dari Cik Google.Tapi tak ingat yang mana satu empunya resepi ni. Sebab cari balik tak jumpa pula. Sebab saya biasa dah jumpa terus salin kat buku resepi. Kalau sesiapa perasan bagitaulah.

Bahan-bahan:

306 gram tepung gandum
73 gram gula
100 gram air suam
11 gram yis
60 gram air sejuk
20 gram shortening
1/2 sdt soda
1/2 sdt bread softener
1/2 sdt minyak masak

Campurkan yis dan air suam,gula kacau. Masukkan tepung, soda,bread softener,minyak masak,shortening dan air sejuk. Putar sebati dengan hook. Memang lembut waktu ni.
Timbang dalam 30gram setiap satu. Tinggalkan sekejap dalam 15 minit, dia kembang sikit. Ambil satu doh,leperkan masukkan inti.(Inti terpulang). Katupkan balik.Letak atas alas plastik kecil.

Masuk dalam kukusan.Biarkan kembang semula dalam 10-15 minit. Kemudian baru kukus 10 minit.
Siap. Memang lembut. Puas hatilah. Biasa buat tak dapat selembut ni.Gebu gitu!

Inti,nak juga ke? Okaylah.

150 gram gula merah
3/4 cawan air
1/2 biji kelapa parut
garam
daun pandan

Masak atas dapur.Letak gula dan air,biar mendidih masukkan kelapa,garam,kacau hingga kering sedikit.Jangan kering sangat.Pastikan api kecil digunakan.Jangan kecil sangat pulak.Sederhana.

Pesanan: Cuba lah lembut dan gebu.Eeee geramnya!

Sunday, January 16, 2011

Anakku berposing atas motor kesayangan baba..

Helmet lebih besar daripada kepalanya...

Di kala anak-anak orang lain sibuk dengan permainan mereka, anak saya yang perempuan ni sibuk mengisi masa lapang berposing di atas motor babanya. he he he..

Saya sukakan aksi dia berposing atas motor tu. Cuba lihat aksinya. Inilah kenang-kenangan yang dapat disimpan...


Siap berbaring..
Merempit..
Tak lupa juga posing menggoda..


Pesanan: Jangan lupa dapatkan lesen sebelum memandu...

Saturday, January 15, 2011

Tempahan lagi.


Ini adalah tempahan dari guru sekolah anak. Semalaman saya tidak berhenti membuat kerja untuk menyiapkan tempahan sama ada tart keju ataupun kek. Semalam pun saya masuk tidur awal akibat keletihan.Emm...pukul 10malam...awal tak?

Dan pagi ini saya terlewat bangun sewaktu jam sudah menunjukkan angka 5.45 pagi. Kebiasaan jika buat kuih pukul 3pagi perlu bangun,jika tidakbuat kuih jam 5 pagi mesti bangun untuk menyiapkan sarapan pagi anak-anak sebelum ke sekolah.

Begitulah jika keletihan yang teramat dirasakan sehingga lewat bangun. Nak dijadikan cerita jam pula tiba-tiba rosak tidak mengeluarkan sebarang bunyi alarm. Mujur kami di sini tidak perlu risau dengan kesesakan lalulintas. Kalau anak-anak masuk sekolah pukul 7.30pagi selewat 7.20pagi masih sempat sampai.Tiada masalah!






Pandangan dari sisi

Pandangan dari atas


Pesanan: Mujur ada Cikgu Niena membantu,jika tidak kering idea. Inilah antara usaha saya bagi menambahkan pendapatan.

Friday, January 14, 2011

Perbezaan Antara Zikir Dan Doa



Zikir yang khusus ialah bacaan yang melibatkan tasbih (Subhanallah),tahmid (Alhamdulillah),tahlil (Laa ila haa illaallah) dan takbir (Allahu Akbar).

Bacaan-bacaan ini selalunya kita jadikan wirid selepas solat fardu lima waktu dan juga zikir dalam solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha.

Bacaan zikir di atas dan zikir-zikir berdasarkan nama-nama Allah SWT (Asma'ul Husna) boleh dibaca bila-bila masa sebagai tanda kita sentiasa mengingati Allah dan kebesaran-Nya.

Manakala doa pula ialah suatu penyataan hasrat hati individu Muslim memohon pertolongan,perlindungan dan restu Allah SWT dalam hal-hal berkaitan masa kehidupannya,keluarganya,masyarakat dan agamanya di dunia dan juga di akhirat kelak.

Pesanan: Eloklah amalkan berzikir daripada menghafal lagu-lagu yang melalaikan.
Sumber: BukuIndahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus dan Ust. Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid.

Tuesday, January 11, 2011

Menang duit?

tak payah close up..memang tak nampak punya..

Entah bila masa saya masuk peraduan pun tak tahu. Tak serik-serik lagi orang asing ni nak menipu kita. Kadang-kadang terfikir juga,mungkin ada yang percaya,sebab tu mesej seperti ni sering masuk dalam kotak mesej saya dan kawan-kawan yang lain. Kalau betul tu takpe lah pulak.

Duit ni dah sinonim dengan kehidupan kita. Pergi ke mana-mana pun perlukan duit.Jadi bila kata menang duit, berpinar mata. Sebab dah tahu takkan dapat punya.

Nilah bunyi mesejnya:

Simkad Anda Mnang PROMOSI RM 10.000 dr. Power_Root SDN No.Seri:140690 Sila Call Office;+628981892237

Siapa-siapa nak ambil duit tu telefon je nombor atas tu. Saya salin bulat-bulat ayat yang dia hantar kat handphone saya.

Ayat pun tunggang langgang je eja. Memang tak de kerja agaknya diorang ni. Maaflah, memang saya tak layan. Cuma nak beri kesedaran oarang-orang kat luar ni berhati-hatilah. Duitpun takkan nak datang bergolek-golek macam tu je tanpa usaha.

Pesanan: Power Root buat peraduan masuk TV. Bukan masuk kat handphone.

Monday, January 10, 2011

Tempahan kek sudah mula..

Bergambar dari kiri Roti, Tart Keju dan Cup Cake

Sepanjang kesibukan membuat cup cake( kek cawan) dan kuih untuk dijual,saya juga menerima tempahan untuk membuat kek besar biasa,roti dan juga tart keju bluberi.

Apabila sudah mula membuat kek saya akan sibuk lagi selepas ini. Tetapi seperti yang saya pernah beritahu,minat tidak pernah kenal erti keletihan.


Hasilnya:

Kek ini kalau diteliti ada tak smooth sikit.

Setelah di 'cover' ini lah hasilnya.

Kek ini ada ceritanya. Asalnya ada tompok di atas kek, saya tutup tompok tersebut dengan membuat design.Sebab tu ada perbezaan sedikit sebelum dan selepas 'touch up'. Okay lah tu!

Pesanan: Suka melihat hasil kerja sendiri.

Sunday, January 09, 2011

Harga barang naik?

Ikan kembong kecil Rm10 sekilo,(ada dalam 14 ekor)

Saya ke pasar Benta pagi ni untuk membeli barang-basah dan kering. Oleh kerana keluar dalam berita minyak naik harga,minyak susah nak dapat,saya memang rasa susah hati. Dengan bilangan ahli keluarga yang ramai tentu perbelanjaan pun akan meningkat daripada biasa.

Ini antara barang yang saya beli:




kelapa sebiji Rm2.50(normal Rm1.80) santan sekilo RM12 (normal Rm8.00)

Ubi keledek Rm3.50 sekilo(normal Rm2.00)

Daun kuchai Rm1.00 seikat (normal Rm0.50)


Cili besar seikat(155gm) Rm2.00..bayangkan sekilo?

Begitulah antaranya barang-barangnya. Harga minyak semua dah sedia maklum.

Pesanan:patu tak perlu beli,tetapi tiada pilihan. Pasar tu lah satunya pada hari ahad.

Saturday, January 08, 2011

Kelantan Banjir

Kawasan rumah mertua di Kelantan


Dalam berita mengatakan banjir di Pahang,Kelantan dan Terengganu. Maklumlah musim hujan ni,banjir pasti berlaku jika hujan turun tak berhenti-henti. Lebih-lebih lagi di kawasan rendah.

Di kawasan kampung suami di Pulau Melaka,Kota Bharu,Kelantan dapat juga tempias banjir ni. Biarpun banjir setakat paras-paras buku lali,tapi bila dah di kawasan yang lebih rendah,lagi tinggi paras banjirnya.

Saya dah suruh anak-anak buah suami tolong ambilkan gambar..Ini antara gambar-gambar tersebut.

Ni dalam kawasan rumah kakak ipar (kebetulan rumahnya tinggi)

Ni di hadapan jalan rumah ayah..


Pesanan: Kesian kat anak-anak tak dapat merasai suasana banjir. Setiap kali banjir tak dapat balik.

Thursday, January 06, 2011

Perbualan ringkas dengan anak berumur 4 tahun


Main sorok-sorok ye..

Pagi ni, kat Lipis hujan. Renyai-renyai je. Sejuk. Kalau duduk saja tak buat apa,asyik makan je lah. Macam mana nak mencapai target untuk menurunkan berat badan barang sekilo dua.

Ini yang saya buat. Menemuramah anak sendiri yang berumur 4 tahun.

Umi: Adik nak pegi sekolah tak?

Adik: Nak.

Umi: Adik nak buat apa kat sekolah?

Adik: Adik nak minum air.

Umi: Takkan nak minum air je. Yang lain?

Adik: Nak makan kuih pulak.

Umi:Nanti kalau adik nak kencing nak cakap macam mana kat cikgu?

Adik: Nak cakap, cikgu nak tenting. (kencing)

Umi: Kalau sakit perut nak cakap macam mana kat cikgu?

Adik: Tak tau lah. (sambil tekan-tekan handphone kat tangan dia)

Umi:Eh! mana adik ni? (sambil menaip)

Adik: Adik dah hilam.(hilang).

Rupa-rupanya bawah meja dengan si kecik.

Umi: Adik suka pengantin tak?

Adik: Suka pengamtim zahid.( pengantin, shahir(merujuk penyanyi af tu)

Umi: Adik nak tinggalkan umi ke?

Adik: Kat mana?

Umi: Ye lah. Adik kan nak pergi sekolah,nak tinggalkan umi ke?

Adik:Ye lah. (sambil main kotak pulak).

Umi: Adik tak sayang umi ke?

Adik: Sayamlah.(sayang),tapi adik nak main-main.

Umi: Dahlah malas nak cakap dengan adik.

Adik: Kenapa umi tak nak cakap?sebab adik buat apa?

Umi : Dahlah malas dah umi.

Adik: Kenapa umi?kenapa umi tak nak cakap?

Umi: Umi nak pegi memasaklah.

Adik: Butam masak,buat teje.(bukan masak buat keje).

Begitulah lebih kurang bercakap dengan budak pelat ni. Sebab tu saya tak hantar pergi sekolah lagi, walaupun dah dapat surat tawaran tabika. Biarlah dulu. Nanti tahun hadapan 5 tahun bolehlah hantar. Lama sangat kat sekolah jemu pula nanti.

Pesanan: Adik merujuk pada Anis.Dia bukan yang bongsu,anak ke 5,tapi sudah terbiasa membahasakan dirinya adik.

Saturday, January 01, 2011

Selamat Tinggal 2010,Selamat Datang 2011

Langit tak selalunya cerah

Setelah hampir setahun berlalu,datang pula tahun baru. Apabila bertambah angka tahun itu,bertambahlah angka tahun pada umur kita. Kita semakin tua. Masa tidak akan mengembalikan umur yang muda.

Keazaman menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik sentiasa menjadi idaman. Maka berusahalah kita menjadi orang yang lebih baik dari semalam dan pastikan esoknya lebih baik dari hari ini.

Semoga tahun baru dan azam baru ini menceriakan lagi hidup kita. Pedoman untuk menjadi terbaik fikirkan masa hadapan yang baik.

Jumpa lagi! Sayonara! Ja Mata! Irrasshaimase!

Pesanan: Ini adalah autopublish entry. Saya mungkin sibuk selepas ini,jika rajin singgah baca entry-entry lama di blog saya sementara menanti entry yang baru. Terima kasih semua!

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...