Monday, January 31, 2011
Selesai sudah...
Friday, January 28, 2011
Budak seksi dalam laci..jangan terkejut!
Hanya menunggu hari
Thursday, January 27, 2011
Follower yang ke seratus dan ayah saya?
Wednesday, January 26, 2011
Mee Hoon yang ringkas!
Kalau tengok-tengok dalam peti tak ada ayam,daging atau sotong,anda masih boleh membuat mee hoon yang lazat.
Inilah resepinya:
Mee hoon sebungkus (rendam air panas hingga lembut,lembut je terus tapis)
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 sudu besar cili kering
2 biji telur
garam
sedikit kicap manis
sayur sawi(jika ada)
1.Goreng bawang merah dan bawang putih (yang telah ditumbuk) dengan sedikit minyak
2.Agak-agak dah layu,masukkan cili kering,goreng sehingga masak.
3.Letak garam sedikit.Masukkan mee hoon dan sayur.
4. Bubuh kicap dalam 4 kali goncang botol tu.(sebab saya tak masuk kicap dalam bekas lain,guna botol je terus)).
5.Gaul rata, dah layu sayur,ketepikan mee hoon ditepi kuali,beri ruang sedikit untuk pecahkan telur dengan bubuhkan minyak dalam satu sudu kacau-kacau sikit dan goreng sekali dengan mee hoon tadi. Kacau-kacau seminit dua,dah rata angkat.
Sedia untuk dimakan.
Mudahkan.Sedap pun sedap.
Pesanan: Ini adalah menu pagi sabtu tatkala barang basah dah habis.Sebab hari ahad baru saya ke pasar.
Nak pindah!
Tuesday, January 25, 2011
Kek harijadi pula
Permintaan untuk kek keju bluberi saya semakin meningkat.Ramai juga cikgu-cikgu terutamanya cikgu anak-anak saya,menempah kek tersebut.Alhamdulillah,rezeki jangan ditolak.Walaupun terpaksa membuat tempahan tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan dengan kudrat yang ada saya gagahkan jua membuatnya.
Monday, January 24, 2011
Lagi dengan tempahan
Sunday, January 23, 2011
Cik Mek Molek
Hari ni nak beri resepi cik mek molek pula. Mudah sahaja. Rasa pun sedap.
Thursday, January 20, 2011
Petunjuk Rasulullah pilih calon isteri
- Diriwayatkan daripada Jabir: "Sesungguhnya Rasulullah ada menyatakan kepadanya : Wahai Jabir,adakah engkau kahwin dengan anak dara atau janda? Jawab Jabir: Saya berkahwin dengan janda. Baginda kemudian berkata : Alangkah baiknya jika engkau berkahwin dengan anak dara.Engkau dapat menghiburkannya dan dia pula dapat menghiburkan kamu".
- Daripada Makqal bin Yasar diriwayatkan : "Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah sambil berkata :"Saya mendapat seorang perempuan bangsawan dan jelita,tetapi dia tidak beranak.Baikkah saya mengahwininya? Jawab Nabi:Jangan.Kemudian lelaki itu datang kali kedua. Baginda melarangnya lagi.Lelaki itu tidak puas hati lalu datang kali ketiga. Nabi bersabda:" Kahwinilah perempuan yang pengasih lagi kerap beranak."
Suasana sunyi di pagi hari...
Waktu petang pun rasa sunyi juga...mereka nak berehatlah pula,setelah seharian di tempat kerjakan...
Wednesday, January 19, 2011
Buang sikap suka buruk sangka
Saya mempunyai satu tabiat buruk iaitu suka sangat berfikiran tidak baik atau berprasangka buruk terhadap orang. Ada saja yang tidak kena dengan orang lain.
Ini membuat saya sukar untuk mendapat kawan kerana berasakan orang akan cuba menganiaya saya. Saya cuba untuk tidak mempunyai sifat ini, tetapi ia bukan mudah seperti disangkakan.
Minta bantuan,
Raub, Pahang
BERPRASANGKA buruk biasanya membuatkan individu sentiasa menganggap orang lain mempunyai agenda buruk tersendiri. Dari sudut psikologinya, individu itu sudah membina satu persepsi atau andaian bahawa orang di sekelilingnya tidak mempunyai potensi diri yang positif. Ini seterusnya boleh menyebabkan individu menghadapi kesukaran berkomunikasi dan juga kemahiran membina hubungan kerana pemikiran negatif sudah terbina. Ini yang dialami adik.
Apa yang adik boleh lakukan ialah orientasi semula pemikiran dengan mengatakan setiap orang mempunyai kekuatan dan kekurangan diri. Melihat kekuatan orang lain akan dapat mengurangkan sikap buruk sangka adik.
Dalam Islam, buruk sangka sangat dilarang. Allah s.w.t berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." (Al-Hujuraat:12).
Untuk mengelakkan daripada buruk sangka, kita harus menyedari perlakuan ini sangat tidak baik dan tidak dibenarkan dalam hubungan persaudaraan. Paling penting adalah memperkukuhkan terus jalinan persaudaraan supaya dapat dielakkan sikap buruk sangka.
Membuat intropeksi dan muhasabah diri dapat mengurangkan sikap ini. Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: "Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar daripada seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan".
Pesanan: Sentiasalah bersangka baik sesama kita,orang lain juga akan berbuat yang sama terhadap kita.
Sumber My Metro 19 Januari 2011- myMetro | Sukar buang sikap suka buruk sangka
Kuih Ketayap
Tuesday, January 18, 2011
Jom Santai Sekejap
Ini adalah entry khas dibuat sempena mendapat award pertama dari blog Jom Santai Sekejap. Blog saya banyak menceritakan tentang kekeluargaan katanya, jadi rupanya masih ada yang sudi membaca.
Monday, January 17, 2011
Lembutnya Kuih Pau ni.
Saya nak share kuih pau yang saya buat pagi tadi.Bangun pukul 3 pagi tadi nak menyiapkan kuih ni.Sebenarnya dalam hati nak mencuba je dulu,kalau tak jadi nak buat makan keluarga je.Kalau jadi nak hantar kat kantin sekolah anak.
Sunday, January 16, 2011
Anakku berposing atas motor kesayangan baba..
Di kala anak-anak orang lain sibuk dengan permainan mereka, anak saya yang perempuan ni sibuk mengisi masa lapang berposing di atas motor babanya. he he he..
Saturday, January 15, 2011
Tempahan lagi.
Ini adalah tempahan dari guru sekolah anak. Semalaman saya tidak berhenti membuat kerja untuk menyiapkan tempahan sama ada tart keju ataupun kek. Semalam pun saya masuk tidur awal akibat keletihan.Emm...pukul 10malam...awal tak?
Friday, January 14, 2011
Perbezaan Antara Zikir Dan Doa
Zikir yang khusus ialah bacaan yang melibatkan tasbih (Subhanallah),tahmid (Alhamdulillah),tahlil (Laa ila haa illaallah) dan takbir (Allahu Akbar).
Tuesday, January 11, 2011
Menang duit?
Monday, January 10, 2011
Tempahan kek sudah mula..
Sunday, January 09, 2011
Harga barang naik?
Saturday, January 08, 2011
Kelantan Banjir
Pesanan: Kesian kat anak-anak tak dapat merasai suasana banjir. Setiap kali banjir tak dapat balik.
Thursday, January 06, 2011
Perbualan ringkas dengan anak berumur 4 tahun
Pagi ni, kat Lipis hujan. Renyai-renyai je. Sejuk. Kalau duduk saja tak buat apa,asyik makan je lah. Macam mana nak mencapai target untuk menurunkan berat badan barang sekilo dua.
Saturday, January 01, 2011
Selamat Tinggal 2010,Selamat Datang 2011
Setelah hampir setahun berlalu,datang pula tahun baru. Apabila bertambah angka tahun itu,bertambahlah angka tahun pada umur kita. Kita semakin tua. Masa tidak akan mengembalikan umur yang muda.
Keazaman menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik sentiasa menjadi idaman. Maka berusahalah kita menjadi orang yang lebih baik dari semalam dan pastikan esoknya lebih baik dari hari ini.
Semoga tahun baru dan azam baru ini menceriakan lagi hidup kita. Pedoman untuk menjadi terbaik fikirkan masa hadapan yang baik.
Jumpa lagi! Sayonara! Ja Mata! Irrasshaimase!
Pesanan: Ini adalah autopublish entry. Saya mungkin sibuk selepas ini,jika rajin singgah baca entry-entry lama di blog saya sementara menanti entry yang baru. Terima kasih semua!