Thursday, January 20, 2011

Suasana sunyi di pagi hari...

Setiap hari waktu persekolahan,kuarters tempat di mana saya tinggal pasti akan sunyi setiap pagi. Ye lah kebanyakan warga penghuni di sini bekerja sebagai pendidik @ guru,ataupun yang bekerja di jabatan kerajaan yang lain,ke tempat kerja seawal 6.30 pagi.

Kebanyakan mereka lebih banyak bekerja berdekatan dengan kuarters ini sahaja sama ada di Kuala Lipis atau di Benta. Ada juga sejauh Raub tempat kerjanya. Dimana pun mereka bekerja setiap pagi hari Isnin hingga Jumaat pasti sunyi di kawasan kuarters ni.Hanya kedengaran bunyi bising burung yang memecah keheningan.ha ha ha ..dah itu je yang saya dengar.

Yang tinggal kini hanyalah surirumahtangga seperti saya,yang mana duduk dirumah membuat kerja-kerja dirumah dengan tekun sambil menatap komputer ataupun menonton televisyen dan paling malas sekali hanyalah mendengar radio.he he he sekali lagi saya kena tamparan wanita...Itu yang sibuk sangat tu..

Lihat sahajalah suasana kediaman saya dalam gambar ini:


pemandangan waktu pagi..
pemandangan sebelah petang,waktu cikgu dah balik sekolah..

Waktu petang pun rasa sunyi juga...mereka nak berehatlah pula,setelah seharian di tempat kerjakan...

Pesanan: Saya suka tinggal di dalam suasana yang aman dan damai dan saya lebih banyak duduk di rumah dari keluar rumah.Cuba teka yang mana satu rumah saya?

4 comments:

  1. SyedGraphix-sangat salah tekaan anda..boleh cuba lagi lain kali...he he he

    ReplyDelete
  2. uih beepon suka aman gitu tp skrg bee duk kawasan bising, sesak dgn lalulintas..huh! ponin kepala

    ReplyDelete
  3. pn bee-terlalu sunyi pun tak boleh gak,terlalu bising pun susah jugak...macam mana yek...kita terpaksa melaluinya...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.