Wednesday, January 19, 2011

Buang sikap suka buruk sangka

klik kalau nak tahu perbualan mereka...

Saya tertarik dengan satu artikel, persoalan mengenai berprasangka buruk dengan orang. Tidak dinafikan semua dari kita pasti pernah berprasangka buruk dengan orang lain tidak terkecuali diri saya sendiri. Sukar untuk kita hapuskan jika hati kita tidak kuat untuk melawan mainan syaitan ini. Marilah kita renungkan jawapan pada persoalan ini daripada Dr sapura Sipon pakar kaunseling Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Saya mempunyai satu tabiat buruk iaitu suka sangat berfikiran tidak baik atau berprasangka buruk terhadap orang. Ada saja yang tidak kena dengan orang lain.

Ini membuat saya sukar untuk mendapat kawan kerana berasakan orang akan cuba menganiaya saya. Saya cuba untuk tidak mempunyai sifat ini, tetapi ia bukan mudah seperti disangkakan.

Minta bantuan,
Raub, Pahang


BERPRASANGKA buruk biasanya membuatkan individu sentiasa menganggap orang lain mempunyai agenda buruk tersendiri. Dari sudut psikologinya, individu itu sudah membina satu persepsi atau andaian bahawa orang di sekelilingnya tidak mempunyai potensi diri yang positif. Ini seterusnya boleh menyebabkan individu menghadapi kesukaran berkomunikasi dan juga kemahiran membina hubungan kerana pemikiran negatif sudah terbina. Ini yang dialami adik.


Apa yang adik boleh lakukan ialah orientasi semula pemikiran dengan mengatakan setiap orang mempunyai kekuatan dan kekurangan diri. Melihat kekuatan orang lain akan dapat mengurangkan sikap buruk sangka adik.

Dalam Islam, buruk sangka sangat dilarang. Allah s.w.t berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." (Al-Hujuraat:12).

Untuk mengelakkan daripada buruk sangka, kita harus menyedari perlakuan ini sangat tidak baik dan tidak dibenarkan dalam hubungan persaudaraan. Paling penting adalah memperkukuhkan terus jalinan persaudaraan supaya dapat dielakkan sikap buruk sangka.

Membuat intropeksi dan muhasabah diri dapat mengurangkan sikap ini. Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: "Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar daripada seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan".

Pesanan: Sentiasalah bersangka baik sesama kita,orang lain juga akan berbuat yang sama terhadap kita.

Sumber My Metro 19 Januari 2011- myMetro | Sukar buang sikap suka buruk sangka

2 comments:

  1. betul buang buruk sangka! tapi bila kita baik sgt org pijak kepala la pulak!

    ReplyDelete
  2. Kena buang juga PuanBee,..ni semua mainan syaitan yang nak menyesatkan kita..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.