Thursday, January 20, 2011

Petunjuk Rasulullah pilih calon isteri

sekadar gambar hiasan

Minta perhatian kepada kaum-kaum Hawa dan kaum-kaum Adam. Rasanya ramai yang bujang ada hasrat untuk mendirikan perkahwinan. Yang bujang nak mencari anak dara,anak dara nak teruna idaman,tak kurang juga yang bergelar suami orang yang nak menambahkan kuota isteri.Itu hak mereka jika menepati syarat-syaratnya.

Tak kisahlah sama ada anda bujang,duda janda atau sebagainya jika berniat untuk berkahwin jika sudah cukup syaratnya silakanlah. Itu hak anda.

Jadi jom tengok petunjuk Rasulullah pilih calon isteri.

Selain kuat pegangan agama ,cantik dan berharta, Rasulullah saw memberi petunjuk mengenai wanita yang baik untuk dijadikan isteri.

Diantaranya:

  • Diriwayatkan daripada Jabir: "Sesungguhnya Rasulullah ada menyatakan kepadanya : Wahai Jabir,adakah engkau kahwin dengan anak dara atau janda? Jawab Jabir: Saya berkahwin dengan janda. Baginda kemudian berkata : Alangkah baiknya jika engkau berkahwin dengan anak dara.Engkau dapat menghiburkannya dan dia pula dapat menghiburkan kamu".
  • Daripada Makqal bin Yasar diriwayatkan : "Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah sambil berkata :"Saya mendapat seorang perempuan bangsawan dan jelita,tetapi dia tidak beranak.Baikkah saya mengahwininya? Jawab Nabi:Jangan.Kemudian lelaki itu datang kali kedua. Baginda melarangnya lagi.Lelaki itu tidak puas hati lalu datang kali ketiga. Nabi bersabda:" Kahwinilah perempuan yang pengasih lagi kerap beranak."

Pesanan: Ini adalah antara sebahagiannya sahaja,jangan terus buat kesimpulan,cari lagi fakta mengenai petunjuk calon isteri dalam buku-buku agama atau bertanya kepada yang arif.

8 comments:

  1. xsbar nk tau sapelahh hasben echah

    ReplyDelete
  2. echah-..sabau sabau...ish...gatai ni..he he he

    ReplyDelete
  3. kadang2 terfikir... simpati kepada wanita yang tak dapat beranak.. bukan sebab mereka tak nak,kan.. huhu

    ReplyDelete
  4. Dini-segala-galanya telah ditentukanNya,kita hanya berusaha dan bertawakal je..

    ReplyDelete
  5. tapi sekarang ni orang ashik pilih yang handsome dan banyak duit ajer sama jerlah baik lelaki ataupun perempuan

    ReplyDelete
  6. kak ina-banyak duit tu pulak nak yang berpangkat...nak cepat jadi 'Datuk'..
    pilihlah yang beriman nescaya kamu selamat.

    ReplyDelete
  7. saya bersyukur kerana..pilih isteri dari berkat doa saya dan Ibu...la ni Isteri dok tegur apa yang tak betul..syukran

    ReplyDelete
  8. Abu Luqman-Alhamdulillah...semoga kekal hingga ke akhir hayat..Amin!

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.