Monday, January 24, 2011

Lagi dengan tempahan

Hari sabtu dan ahad bukanlah hari untuk saya berehat,tetapi saya mencuba membuat kek keju bluberi gara-gara mendapat tempahan dari guru-guru anak saya. Saya sebenarnya belum belajar untuk membuat kek keju ni,tapi seperti yang biasa saya katakan jika berminat,apa sahaja menjadi jika kita membuat dengan bersungguh-sungguh.

Saya pun mulalah men'google' untuk mencari resepi terbaik dan mudah untuk membuatnya.Tanpa mengenal putus asa beserta semangat yang kuat, akhirnya dengan 3 kali percubaan kek keju saya menjadi juga,walaupun sudah 2 kali muka saya berkerut bila hasil sebelumnya hampa.

Siap untuk dihantar kepada pelanggan:


ini adalah percubaan yang tidak menjadi..tapi licin dimakan oleh anak-anak
ini tempahan kek keju bluberi beserta coklat..(permintaan khas)
ini tempahan kek keju bluberi letak bluberi sahaja
(dah siap letak dalam kotak,tak sempat ambil waktu kat luar kotak)

Pesanan:Usaha tangga kejayaan.Jika tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Hari khamis ni ada lagi tempahan kek keju bluberi ni.Terima kasih kepada Cikgu Niena kerana sudi membantu setiap masa.

11 comments:

  1. bagi peminat cheese kek macam munna ni.. mmg teruja walau tgk gambar kek pun

    ReplyDelete
  2. munna-percaya tak,akak buat kek ni tapi tak lalu nak makan,kenyang sebab puas hati lihat hasilnya baik..

    ReplyDelete
  3. Eeee...sedapnya. Yang tak jadi pun licin. Yelah, tak jadi cuma luar je, rasa dia mesti sedap jugak...
    Lepas ni bolehlah buat online pulak :-)
    Keep up and mungkin lepas ni boleh pelbagaikan lagi jenis2 kek.. jadi tokey kek lah lepas ni.
    Salam santai dan keep in touch

    ReplyDelete
  4. salam..pandai che kak kita ..buat kek ye...

    ReplyDelete
  5. jomsantaisekejap-memang yang tak jadi tu masih sedap cuma keras sikit kejunya,..nak suruh saya bisnes on line ke?yang ni pun tak cukup kakitangan...

    Abu Luqman-saya masih dalam proses belajar lagi...banyak lagi belum diterokai dalam pembuatan kek ni..

    ReplyDelete
  6. sedapnyerrrr..
    kalo dekat sure nak oder nih.
    terliur dah tgk gambar ni :)

    ReplyDelete
  7. ibu_Arifa-saya masih peringkat amatur lagi,tak boleh lawan kek kat kedai kek tu...lagi sedap...untuk tempahan umah dekat-dekat je lah...

    ReplyDelete
  8. besnye akak...

    kalau tgh2 marah dapat makan kek sedap camni ni sebijik habis... :)

    ReplyDelete
  9. yuyu aziz-ha macam tu lah..dah cool down sikit kan ..tapi tengok kek je lah...makan tak dapatlah..he he he

    ReplyDelete
  10. LULU-kat sini akak jual murah2 je...lagipun yang beli pun orang tinggal dekat-dekat dan kenal orangnya..dalam RM35 ke atas..biasa kat KL mahal lagikan..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.