Wednesday, January 26, 2011

Nak pindah!

Dalam kesibukan saya menerima tempahan kek dan membuat kuih untuk jualan,saya juga sebenarnya dalam proses pemindahan rumah! Bayangkan betapa banyaknya barang untuk dikemas disamping memasak dan menjaga anak juga membuat kek?

Semalam sahaja barang-barang besar telah selamat dibawa turun ke rumah baru seperti mesin basuh,almari dan peti ais.Sebenarnya bukanlah jauh sangat saya pindah,hanya setingkat lebih rendah dari rumah lama.Bloknya masih sama,cuma kalau dulu tingkat 3,sekarang turun tingkat 2.Lagipun rumah yang saya bakal duduki ini memang idaman sejak 2 tahun lalu.

Yelah,rumah tu hanya diduduki oleh sepasang suami isteri (kawan tempat kerja suami)yang masih belum mempunyai rezeki untuk menimang anak. Maka rumah tersebut sudah pasti bersih.Memang bersihlah.Tiada contengan di dinding-dinding rumah.Setelah mereka dapat pindah ke kampung mereka,saya pun mulalah mengemas sedikit-sedikit.

Kenapa tidak mahu rumah yang paling bawah?Bukankah lagi senang?Bukan tidak mahu, bagi saya kurang privasi sedikit sebab rumah bawah tempat orang lalu-lalang. Tingkat 2 pun rendah juga,tidaklah lelah nak membawa naik dan turun barang-barang setiap kali balik kampung.Keluarga ramai,barang pun banyak.


Sebahagian barang-barang yang telah dibawa turun
Anak-anak pun dah tak nampak dengan barang bertimbun tu..

Pesanan: Masih ada 20 peratus lagi barang yang belum dibawa turun.Cuti Tahun Baru Cina ni nak jalankan misi mengemas rumah.

4 comments:

  1. penat kan berpindah..hhuhu
    dulu lulu pon rajin pindh2 ni...
    penat dia tuhan je la yg tau...huhu

    ReplyDelete
  2. Lulu-ni pun tak habis-habis lagi mengangkut barang turun..letih!

    ReplyDelete
  3. penatnya nak mengemas ye kak ummi...

    ReplyDelete
  4. munna-nasib baik cuti tahun baru cina seminggu..ada masa lah sikit nak mengemas rumah..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.