Thursday, January 27, 2011

Follower yang ke seratus dan ayah saya?

Terima kasih kepada mereka yang menjadi followers saya.Pagi ni saya buka blog je,saya nampak followers saya sudah genap 100 orang. Followers saya yang ke seratus adalah dari BABY (MAMA AMANA & ARIEF. Terima kasih kepada MAMA. Sila lah terjah blog MAMA. Menarik isi kandungan blognya membuatkan saya terus menjadi followers di blognya. Juga tak lupa kepada semua yang sudi mengikuti blog saya ini.

Dan antara kesemua followers itu saya juga terkedu sebentar, ayah saya juga menjadi followers saya!Hah! Terkejut besar saya.Adakah itu bermakna ayah saya juga mempunyai blog? Ya, dia ada blog.Tetapi tidak berapa aktif.Saya tidak akan beritahu yang mana ayah saya dalam senarai followers itu.Biarkan rahsia.Tapi tak tahulah,setelah mendapat tahu blog saya ini,mungkin dia akan aktifkan blognya.

Semangat untuk berblog bangkit lagi.Teruskan memberi suntikan semangat kepada saya.Saya akan cuba sajikan yang terbaik untuk tatapan semua.

TERIMA KASIH SEMUA!

Pesanan:Betulkan.Blogger dikalangan kita terdiri daripada pelbagai peringkat umur.Jadi silalah semai budaya hormat-menghormati sesama kita.

12 comments:

  1. eh eh ade gambar saya jugak lah dalam tu..hehe, haa saya sokong tu..saya penah jumpe blogger yg umo dia dah 47 kalau tak silap..ase macam borak dgn mak sendiri jek..hehe ;)

    ReplyDelete
  2. ss-ye lah..macam adik ni akak leh wat rujukan buat anak-anak dara akak yang sedang membesar...kan..leh tengok apa kehendak orang muda..

    ReplyDelete
  3. hahahaha...........

    sekian itu sahaja komen saya. =P

    ReplyDelete
  4. Tahniah kak..mula mula sikit..lama lama banyak la..hehe

    ReplyDelete
  5. ayah ada blog ? canggih sungguh hehe nanti senang lah ayah tengok cucu2 nyer kan..

    ReplyDelete
  6. Cik Norfa- apa yang ha ha ha tu..lain macam je bunyinya..

    Abu Luqman-100 pun dah bersyukur...

    puanbee-ayah aktif ke tidak blog dia tu...tapi takpelah blog ni penghubung silaturahim...kami yang jauh...

    ReplyDelete
  7. haaa..daa tau ayah dia, sama je gmbr kat follower n entry yg bwh post tu..hehe ade janggut tu kan

    ReplyDelete
  8. tahnniah kak ummi... lama2 ramailah followers tu... wah! ayah kak ummi pun ada blog sendiri ye..bagusnya... ayah munna pegang komputer pun tak pernah

    ReplyDelete
  9. Ummi AmnaAmzar- haip!pecah rahsia ni...he he he..ye lah tu..

    munna-akak tak kisah ramai ke tak,asalkan saling hormat menghormati,tidak memecah belahkan silaturahim..cukup..

    ReplyDelete
  10. wahhhhhhhhhhh TQ .. rugi pulak masa follower yang ke 100 dulu saya tak buat mcm ne.. huhu

    ReplyDelete
  11. http://kokoadik.blogspot.com/2011/01/terasa-glamor-bila-saya-jadi-follower.html

    hehe..khas jugak utk awak ye.. moga persahabatan kita berkekalan

    ReplyDelete
  12. tq-BABY(MAMA AMANA&ARIEF)-sama jugalah harapan saya..moga berkekalan

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.