Tuesday, November 30, 2010

Saya Ditinggalkan Lagi.

Apa lah yang kurang dengan saya.Tanggungjawab sebagai isteri dan ibu telah saya jalankan sesempurna mungkin.Setiap makan minum suami dan anak-anak saya sediakan sebaik mungkin. Nak yang macam mana lagi.

Oh Mungkin suami saya suruh saya berkonvoi naik motor dengan dia kot. Aduh! Apa ni bang? Anak kita yang 6 orang berderet-deret tu nak letak mana? Lagi-lagi Arissa yang baru je menjangkau umur 8 bulan.


Suami yang berbaju hijau tu

Inilah kerja suami saya kalau ada kelapangan. Semalaman saya ditinggalkan bersama anak-anak semata-mata memenuhi undangan kawan-kawan bermotornya untuk berkonvoi beramai-ramai ke Perak. "saja-saja abang nak panaskan enjin motor"...macam tu lah lebih kurang katanya,bila saya bertanya nak buat apa ke sana?.

Itupun nasib baik saya tak suruh dia bawa saya sekali. Dahlah malam tadi anak-anak bantai tengok cerita hantu. Kesudahannya semua tidur kat luar termasuk saya, sebab macam seram je tidur kat bilik masing-masing. Saya pula, masa tu lah sakit perut. Keluar masuk tandas.Malam-malam lagi seram. Lampu bilik air kat bilik saya pula terbakar.

Saya dah biasa tinggal dengan anak-anak,kalau dia keluar out station. Tapi kali ni lain. Dia tinggalkan saya dan anak-anak di kuarters guru yang rata-rata hampir 90 peratus penghuninya balik kampung! Malam tadi saya tidur dengan tv terpasang.(buat teman).Tapi tv tu saya setkan masa lah.

Hari ni jangkanya balik. Itu kata suami saya. Hmm... malam jugaklah sampai gamaknya. Takkanlah nak balik awal kan? Bukannya kerjapun. Kan cuti sekolah ni.

Baliklah cepat abang. Rindu tau.He he he...

Pesanan:Berjaga-jaga bila suami dah masuk 40an ni...

Friday, November 26, 2010

Saya Dapat Mesej Berantai....

Tadi saya baru je dapat mesej dalam handphone nombor celcom saya. Mesej tu mesej berantai.Bukankah sebelum ni kita pernah mendengar orang lain mendapat mesej berantai,yang bermakna kita mesti 'forward' mesej tersebut kepada rakan-rakan kita. Biasanya jika kita tak 'forward' kita akan mendapat susah,jika kita forward kononnya dalam 10 hari akan datang kita dapat manfaatnya.

Begini bunyi mesej tersebut:

Andai Al-Quran dapat dan bisa bicara,ia akan berkata:

Waktu kau masih anak-anak2,
Kau bagai teman sejatiku,
Dengan wudhu kau sentuh aku,
Dalam keadaan suci kau pegang aku,
Kau baca dengan lirih dan keras,

Sekarang kau telah dewasa,
Nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku,
Apakah aku bacaan usang?
Yang tinggal sejarah?
Sekarang kau simpan aku dengan rapi,
Kau biarkan aku sendiri,

Aku menjadi kusam dalam almari,
Berlapis debu,
Dimakan kutu,
Ku mohon peganglah aku lagi,
Bacalah aku setiap hari,
Kerana aku akan menjadi penerang didalam kuburmu!!!

Kirim kepada 15 teman-teman muslim jika kamu merasa Islam! Kerana mengingatkan sesama sangatlah berpahala...

Begitulah bunyinya. Lain sikit dari mesej-mesej yang pernah rakan-rakan saya dapat. Memang logik dan relevan bunyinya. Cuma....saya pun tak pasti dengan tindakan yang perlu diambil jika mendapat mesej sebegini. Kenapa 15 orang aje....

Apa yang perlu saya lakukan? Kalau kredit saya tak cukup? Nampaknya kalau dilihat pada gaya bahasa, bahasa Indonesia. Jadi saya postkan aje kat dalam blog,lebih dari 15 orang akan membacanya. Apa pendapat anda?

Pesanan: Yang baik dari Allah s.w.t, yang buruk dari saya sendiri. Maafkan saya.

Wednesday, November 24, 2010

Genap 14 tahun


Hari ini genaplah 14 tahun. Apa dia? bukan blog ni..blog ni tak sampai setahun lagi...14 tahun melayari alam rumah tangga. Bukan mudah untuk menjadikan keluarga kita gembira selalu.

Terlalu banyak dugaan dan cubaan pada awal 6 tahun perkahwinan. Masa tu lah macam-macam perkara berlaku dan menjadikan kita hilang arah pertimbangan dalam membuat sesuatu keputusan. Lagipun kahwin dalam usia yang muda tanpa pengalaman tentang perkahwinan banyak mengajar diri menjadi sabar dalam sesuatu perkara. Tanpa diduga kesabaran membuahkan rahmat yang banyak.

Kemudian bukan sahaja awal 6 tahun perkawinan, selepas 12 tahun lebih banyak dugaan sambung menyambung. Masalah keluarga,kewangan, peribadi dan anak-anak sudah lumrah. Tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Hanya cara menyelesaikan dengan cara yang betul perlu difikirkan. Jangan segan bertanya apa-apa masalah dengan orang yang lebih berpengalaman. Jangan sombong mendabik dada tidak mahu mendengar nasihat dari orang lain, tak kira tua atau muda. Masing-masing hanya memberi pendapat, kita perlu mengadaptasi ke dalam masalah kita jika bersesuaian.

Tempoh 14 tahun bagi saya memang terlalu lama untuk mengenali pasangan kita. Saya tidak kisah dengan tempoh itu,tetapi keserasian yang paling utama. Jangan cepat melatah apabila mendengar cerita tidak baik tentang pasangan kita. Apa guna duduk sebumbung tetapi tidak boleh 'share' segala masalah dan rahsia diri.

Kini dengan mempunyai 6 orang anak- seorang lelaki dan 5 orang perempuan sudah cukup membahagiakan hidup kami sekeluarga. Cuba renungkan seketika, yang kahwin bertahun-tahun tidak mempunyai anak, ada tu keluarga yang hanya mempunyai seorang anak sahaja, ada juga yang keluarganya ada anak lelaki sahaja, ada juga yang dapat anak perempuan sahaja. Maka tidak bahagia kah saya mempunyai keluarga yang cukup sempurna. Alhamdulillah, setakat ini kesemua anak-anak cenderung membuat banyak kebaikan..seperti yang telah diajar sedari kecil.

Tidak semudah mengungkap dengan kata-kata sahaja, saya yang melalui tempoh perkahwinan selama 14 tahun lebih banyak merasai pahit manis kehidupan berumahtangga. Semoga perkahwinan kami akan kekal hingga ke akhir hayat. Amin!

Pesanan: Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri....

Monday, November 22, 2010

cuti sekolah yang ditunggu-tunggu..

Apabila tiba je cuti sekolah,mesti anak-anak yang paling gembira. Tak perlu lagi menghadap buku, nak cari baju sekolah setiap hari ahad,nak basuh baju sekolahlah, nak ikut jadual waktulah dan macam-macamlah.

Tapi bagi saya sebagai seorang ibu, bertambah lagi kerja yang perlu dilakukan. Biasanya kalau waktu pagi sempatlah saya menikmati rumah yang kemas dan bersih sehingga waktu anak pulang dari sekolah. Tapi apabila cuti sekolah tiba, rutin setiap hari anak-anak menonton tv,bermain komputer atau main cikgu-cikgu. Maka rumah akan sentiasa bersepah. Kalau diminta mengemas, sekejap je lah bersihnya. Lepas mula balik bersepah-sepah.

Yang tang tu tak pe lagi, tapi masa makan pula. Pinggan mangkuk pasti dah makin bertambah. Kejap-kejap ke dapur ambil air,kemudian cawan pula bertimbun-timbun pula atas meja makan. Kejap-kejap ambil cawan baru. Belum habis mengemas di depan, dapur pula berkecah. Letih macam ni.

Jadi saya pun ambil keputusan menghantar sebahagian anak ke rumah mak dan ayah. Disamping bercuti mereka boleh habiskan mengaji Al-Quran dengan wa nya. Lagipun kalau duduk dengan wa dan atuk, solat pasti awal waktu. Kalau kena sergah kena paksa sekali sekala, takut juga cucu pada wa dan atuknya.

Dah selesai hantar anak, saya perlu gunakan masa yang singkat ni untuk mengemas rumah. Mana baju-baju yang dah singkat, dah buruk tak boleh dipakai,perlu di nyahkan. Buku-buku yang dah koyak , yang tak elok hendak dimasukkan dalam kotak dahulu. Barang-barang kat dapur tu yang mana memang tak guna, tapi buat semak je kat dapur pun perlu dimasukkan dalam kotak dahulu. Dah penuh sangat rumah ni, sampai dah tak de ruang pula.

Ha, dah selesai kemas nanti kita borak lagi...

Cerita Sensasi Tapi Dah Basi..

sila baca seperti membaca suratkhabar bahagian gossip artis:


Saya amat mengkagumi seorang artis ni. Walaupun dia seorang yang sangat berjaya dalam hidup sebagai artis yang sangat terkenal,tetapi didalam kehidupan peribadinya sendiri masih ada lagi yang kurang. Walaupun begitu, dia seorang yang tidak suka menonjolkan kesemua ahli keluarganya didalam dunia artis, walaupun sebahagian ahli keluarganya juga ada yang terbabit dengan dunia hiburan. Adik beradiknya pula tidak sesekali mengambil kesempatan daripadanya untuk berjaya menjadi artis.


Kehidupan peribadi keluarganya mulai goyah setelah pemergian seorang ahli keluarga yang amat mereka sayangi. Seorang hendak bercerai-berai, seorang lagi berkahwin dalam keadaan mencurigakan,seorang lagi sentiasa merahsiakan perkara peribadi adiknya. Maka bila keadaan ini berlaku, orang yang paling kecewa tentulah seorang perempuan yang bergelar ibu. Ibu lebih banyak memahami anak-anak berbanding orang lain hatta ayah sekalipun.


Mungkin masih ada yang tahu atau masih tidak tahu rahsia disebalik keadaan kucar-kacir keluarga artis tersebut. Hanya keluarga terdekat yang mengetahui di sebalik keadaan keluarga mereka yang seperti hilang arah kehidupan.Apa yang penting sekarang jangan kita mengaibkan mereka,sebaliknya berdoa agar semuanya berjalan dengan baik.


Semoga keluarga artis terbabit tabah mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan yang tidak di sangka-sangka.


Pesanan: Memang benar, bila terjadinya sesuatu,ingatlah ada hikmah di sebaliknya.

Saturday, November 20, 2010

Badan letih,kepala pening

Letih baru balik dari Kelantan tak habis lagi. Saya ke Jerantut pula memenuhi undangan perkahwinan adik ipar rakan baik saya. Perjalanan dari Lipis ke Jerantut mengambil masa 45 minit,tetapi oleh kerana ada lori di laluan yang sama lagi sempit itu,maka perjalanan masa jadi tersasar sedikit.

Letih berada terlalu lama di dalam kereta ditambah pula dengan karenah anak-anak yang meragam pelbagai cara. Apabila sudah sampai ke destinasi, menikmati hidangan seolah-olah belum makan pagi tadi. Dua pinggan bertambah, perasaan malu diketepikan. Perut perlu disi sementara menunggu malam menjelma.

Pening kepala baru ni tak habis lagi, terambil lagi daging untuk dimakan. Lagipun daging masak kicap yang dihidang menarik minat untuk dijamah. Pulang ke rumah mengadu pening. Tetapi tidaklah serius sangat. Rasanya pening -pening biasa aje. Anak-anak bergaduh sesama sendiri, pening juga. Jadi pening makan daging sama lebih kurang dengan pening tengok karenah anak-anak. Macam ni lah setiap kali cuti sekolah menjelma.

Cuma jalan penyelesaiannya, jangan ambil daging untuk dua tiga hari ni. Boleh tak?

Pesanan: Daging macam-macam cara boleh diolah resepinya. Terpulang pada kita.

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha

Saya sekarang berada di Kelantan kampung suami saya. Kami bertolak dari Kuala Lipis jam 5 petang dan tiba di rumah mak ayah suami jam 12 tengah malam. Jem yang paling teruk adalah di Kuala Krai. Suami terpaksa melanggar peraturan jalan raya dengan mengambil jalan kecemasan sebagai alternatif untuk sampai cepat. Maklumlah dengan anak yang ramai dalam kereta,keletihan sudah terasa yang amat sangat. Sepatutnya raya haji kali ini saya patut beraya di rumah mak di Kuala Lumpur. Namun oleh kerana raya haji terus cuti sekolah saya dan suami berkeputusan beraya di Kelantan dahulu.

Selepas ini baru kami pulang ke Kuala Lumpur seterusnya meninggalkan separuh anak-anak kami di sana.Ha ha ha...Teruk kah saya? Taklah. nak hilangkan kesunyian di rumah mak dan ayah je.Lagipun masa ni lah mereka nak bermesra dengan cucu-cucu.

Bercerita tentang raya di Kelantan. Rutin paginya,solat sunat Raya, pulang je dari masjid. terus ke kawasan penyembelihan lembu. Selesai melapah lembu, ditimbang untuk dibahagi-bahagikan kepada yang berkenaan seterusnya selebihnya untuk dimasak dan makan beramai-ramai. Menunya daging goreng,daging singgang.Itulah yang terjadi setiap kali saya beraya Hari Rayua Haji di Kelantan. Seronok tau. Anda bagaimana?

Pesanan:Jangan lupa erti pengorbanan?

Monday, November 15, 2010

saya perlukan rehat....

Setelah sekian lama saya menyepikan diri dalam dunia blog,kini saya boleh menjenguk seketika blog yang sudah lama saya tinggalkan akibat kesuntukan masa. Kesibukan masa saya yang banyak dihabiskan dengan membuat bermacam-macam perkara yang mendatangkan faedah buat saya dan keluarga.

Walaupun dihambat masa yang sering cemburu dengan saya, saya masih berpeluang untuk besantai seketika dengan menemani suami ke Kuala Lumpur menonton perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Itu bulan lepas..gembirakah saya?? Tentulah. Sebabnya saya banyak menghabiskan masa di rumah mak ayah,sedangkan suami ke stadium menonton bola. Bagi saya baiklah tengok kat tv jerrrr...boleh baring-baring...tapi sebaliknya berlaku.Saya pergi membeli belah ke Tesco Ampang bersama adik saya tatkala Negeri Sembilan sudahpun menjaringkan satu gol! Balik aje ke rumah, Negeri Sembilan pulak kena belasah 2-1,yang menyebabkan Kelantan mendapat cuti sehari pula selepas itu. Tapi saya tak kisah langsung dengan keputusan itu.

Rupanya, untuk mencari sesuap nasi tidak semudah disangka. Begitulah hal nya dengan pembuatan kek saya yang dibuat untuk dijual.Minat yang amat menyebabkan keletihan yang amat diketepikan begitu sahaja. Tanpa pertolongan pembantu (pembantu ada,tetapi dia pun sibuk juga),saya membuat kek dan roti dengan sedaya upaya saya. Yang mana termampu dek tulang empat kerat ni. Jadi kadang-kadang terabai juga tugas sebagai isteri dan ibu. (kadang-kadang je tau). Saya perlu pandai membahagikan masa untuk membahagiakan keluarga.

Bukan mudah untuk berjaya jika tidak dimulakan dari bawah. Begitulah saya. Tetapi saya masih lagi diperingkat belajar lagi. Cuma masa dan keadaan tidak mengizinkan saya untuk meneroka lebih jauh lagi tentang pembuatan kek ini. Masa masih ada,tetapi saya perlu gunakan untuk yang penting dahulu.

Wah, bila mana sudah lama tidak menaip,saya menjadi teruja menaip di komputer. Idea pula mencurah-curah keluar. Ayatnya pula semakin menarik untuk dibaca,,,he he he...mengelamun jauh..tersimpang jauh ni...Banyak yng ingin dirakamkan disini, tetapi menunggu masa juga.Sebab seperti yang saya katakan masa diperlukan untuk perkara yang penting dahulu.

Oklah. Jumpa lagi!

Pesanan: Anak saya sudah mendapat keputusan peperiksaan,semuanya berjalan dengan baik.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...