Sekarang ni mereka menggunakan nama syarikat 'Kitzware (M) Sdn Bhd',mengedarkan barangan jenama eway.
Ceritanya begini:
Di hadapan Pasaraya Aktif Kuala Lipis.
22/8/2013 jam 6 petang
Saya berhasrat untuk membeli barangan keperluan.Saya ditegur oleh jurujual untuk mengisi borang.Ini adalah sempena promosi barangan syarikat mereka.Barangan seprti induction cooker,vakum cleaner,penapis air,periuk belanga dan macam-macam lagi..
Ok,saya menolak,tapi dia kata isi borang je kak.Okay.Saya isi.Setelah isi saya pun diberi kad voucher 2 keping satu untuk saya satu untuk suami.
Dia tolang koyakkan voucher tersebut.Suami dapat voucher bernilai RM50.Saya dapat voucher RM100 beserta 2 hadiah percuma iaitu induction cooker dan penapis air masing-masing bernilai RM3388 dan RM3199.Wah lompat sakan saya menang.
Namun jurujual macam terkejut(buat-buat terkejut rupanya),saya dapat hadiah besar tak macam yang lain hanya dapat kuali.Dia pun disuruh rakannya menalifon bosnya."Tanya betul-betul nanti dipotongnya gaji kita".Setelah bercakap dan bertanya bos mereka,di pas kan pula handphone tu suruh saya bercakap dengan bosnya."Puan betul tak kenal pekerja saya? Betul lah saya tak kenal,saya baru je datang".kata saya.
Nanti Puan jangan jual ye barang tu,puan tolong promosi kat rakan-rakan.
Wah jurujual perempuan tu pun berjabat tanganlah dengan saya ucap tahniah,dan lagi beritahu saya orang yang ke 8 /9 daripada 15 kad di Malaysia yang dapat hadiah tersebut.
Okay.Kemudian saya ajaklah mereka bergambar dengan barang yang saya menang tu,tapi mereka menolaknya dengan mengatakan,"nanti dulu kak,biar saya terangkn cara penggunaannya dulu".
Okay dia pun terangkan cara-caranya.Saya suruh suami ambil gambar mereka sedang beri penerangan.
Saya tak dapat nak siarkan atas sebab saya merasakan mereka juga dipergunakan.
Setelah selesai ,saya ingat bolehlah bawa pulang hadiah tu.Rupanya saya disuruh pula membeli satu barangan lain sebagai tanda sokongan kepada syarikat dan seterusnya mengguna voucher yang saya dapat tu.Saya pun suruh diorang pilih yang murah-murahlah.
Pap!Diletakkan kotak besar 'vacuum cleaner' kat atas meja.Saya belek harga.Wow! Terkejut saya ,tertera harga RM3080.'Uih...mahalnya' saya kata."Takpe kak,boleh bayar ansuran RM61 sebulan"Dia pun mulalah kata kalau kak bayar RM1,500 hari ni semua barang percuma ni akak boleh bawa balik.Ataupun akak bayar tunai atau melalui kredit kad".Macam cagaranlah.
Saya mana ada tunai banyak tu, kad kredit pun takde."Abang ada tunai,bolehlah," dia mula pancing suami saya pula.Takpe abang bayar guna kredit kad nanti dalam tempoh 14 hari abang dapat balik duit abang,dan mula bayar ansuran RM61.Memandang-mandang saya dan suami antara satu sama lain.
"Mana dapat ni bang tempat lain,bayar harga vakum,dapat barang percuma berjumlah RM7000."
Saya dan suami tak ada tunai dan kredit kad tak boleh pakai.Jadi tak jadilah amik semua barang percuma tu.
Kalau baca komen-komen dalam blog tu,skripnya hampir sama.
Saya pun esok paginya ke Kuala Lipis lagi,saya lihat mereka masih ada di sana.Namun keesokan petangnya saya ke sana lagi,mereka sudah tiada.Saya bertanya staff di pasaraya tersebut,menurut mereka pagi tu pihak polis telah datang kerana telah mendapat banyak aduan dari orang ramai mereka ditipu.
Saya rasa mereka menipu sebab swipe harga penuh barangan dibeli tanpa kebenaran.Sebab suami saya hampir terkena begitu,namun sebab kad kreditnya tak boleh pakai,tak dapatlah dia swipe harga penuh vakum tu.Sebab mula-mula kata bayar ansuran,tapi nak swipe harga penuh pula.
Ya,ada yang mengatakan mereka tidak menipu,kerana barang dapat.Tetapi cara mereka tu yang tak betul.Seperti memaksa orang membeli dan memanipulasi pembeli dengan hadiah percuma yang mungkin harganya lebih rendah dari ditawarkan.
Kita sebagai pembeli berhati-hatilah.Sebab saya dah cuba menalipon bahagian Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Jerantut berkenaan apa yang perlu kita lakukan bila berhadapan situasi sebegini.
Jika kita sudah buat pembayaran memang susahlah nak dapat balik,tapi aduan perlu dilakukan,sekurang-kurangnya,jika mereka masih di situ serbuan boleh dilakukan.
Semua mesti buat aduan,nasib baik dapat balik duit tu.Mana ada orang nak bagi percuma je barang bernilai tinggi,jika kita tidak membayar untuk satu barang lagi.
Hati-hati jelah,orang ada duit banyak takpalah,yang rasa-rasa duit banyak nak guna untuk keperluan yang penting eloklah jangan layan.
Pesanan:Hmmm...entahlah Melayu mudah lupa...