Thursday, May 29, 2014

Esok masih ada. ..sehari je lagi


Ha cuti sekolah ni yang mana dah cuti anak-anak je..Mak ayah masih bekerja.
Leka betul menonton tv.


Saya masih belum bercuti sebab suami saya cuti kolejnya tak sama seperti cuti sekolah biasa. Tapi esok jumaat hari akhir jaga anak-anak cikgu Kolej Vokasional ni.Lepas tu baru cuti panjang. Tapi seminggu je lah.19/6 diorang dah mula sesi belajar. 

Masih belum plan lagi nak ke mana.Tapi saya memang nak berehat. Lama juga tak bercuti bersama keluarga ni.

Oklah..selamat bercuti semua!

Saturday, May 17, 2014

Sebak membaca luahan hati seorang ayah yang baru kehilangan anak sulungnya


Berikut luahan hati seorang ayah . Seperti yang kita maklum ayah lebih tabah dari mak.











Rentetan kisah anak jiran saya...

Perginya anak yang soleh

Rutin biasa saya setiap pagi membawa anak-anak taska ke taman permainan. Membuat aktiviti rutin seperti senaman ringan.
Tatkala waktu selesainya aktiviti tersebut,saya berjalan pulang ke rumah,di kala itu,saya lihat jiran baik saya dan suami kelihatan tergesa-gesa menaiki kereta. Sempat saya menegur bertanya arah tujuan.

"Eh Kak Tie nak ke mana ni?".tanya saya.
"Along kemalangan di Temerloh".
"Macam mana?Dia takde apa-apa kan?"tanya saya lagi.
Kak Tie hanya menggelengkan kepala dan senyap.Terus menaiki kereta.

Sebaik tiba di rumah,saya lihat jam lebih kurang 8.45 pagi.Perasaan risau menerpa hati saya. Tidak senang duduk saya.
 Saya mencapai handphone dan mulai menghantar mesej kepada suami.Saya beritahu halnya,dan meminta dia telefon semula suami Kak Tie,Cikgu Rozlan bertanya khabar.
Suami saya dan suami Kak Tie satu tempat kerja. Ironinya saya menghantar mesej sahaja sebab dia sedang jaga budak periksa.

Tak lama kemudian,saya mendapat panggilan dari suami mengatakan anak Kak Tie yang kemalangan tu,meninggal dunia. Terkejut saya.Yang lebih sedih Kak Tie dan suami masih dalam perjalanan ke Temerloh dari Benta, masih tidak tahu yang anaknya sudah tiada. Keluarga di Temerloh merahsiakan hal ini.



Terus bercucuran air mata ini.Mengalir tidak henti.Saya cuba buat panggilan kat Kak Tie,tapi tidak berjaya.

Saya dah resah gelisah di rumah. Sedihnya saya seperti anak saya yang terlibat.Inilah dikatakan naluri ibu.Lagipun saya juga mengenali arwah.
Memang tidak disangka,arwah yang saya kenali sangat berbudi bahasa dengan orang tua,sangat pendiam,sangat berlemah lembut,anak yang soleh...akhirnya pergi jua.

Dia dikatakan baru keluar dari rumah untuk ke tempat praktikal. Dengan menaiki motosikal,sampai di jambatan Temerloh,cuba mengelak sesuatu di hadapan,dia dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta.
Sudah sampai ajalnya.Tanggal 14 Mei 2014 bersamaan 14 Rejab 1435...Berakhirlah kehidupannya menjadi anak yang soleh kepada ibu bapanya selama 22 tahun.

SALAM TAKZIAH.AL FATIHAH....

Saturday, May 10, 2014

Aktiviti di taska 'Sayang Ibu'


Tidak kira tarikh bila ia di sambut. Tujuannya hanyalah untuk mengajar anak-anak agar sentiasa menghargai ibu dan menyayangi ibu.

Ini lah antara aktiviti yang saya lakukan untuk anak-anak taska saya.Saya sendiri tidak war-warkan tarikh hari ibu yang hampir semua orang sibuk memikirkannya.

Sekadar memberitahu kita cipta kad untuk beritahu kita sayang ibu kita . Setiap hari saya bertanya kepada anak-anak taska 'siapa sayang ibu bapa?'...semuanya mengangkat tangan tanda sayang.

Lalu saya mengajak anak-anak menadah tangan dan mengajar doa untuk ibu bapa. Semua gembira.

Semoga anak-anak saya juga begitu. Tanpa ibu siapalah kita.

Jom sama sama berdoa untuk ibu bapa.

Pesanan:Beruntung saya masih ada ibu dan ayah.

Thursday, May 01, 2014

Jam Klasik



Setiap kali saya pulang ke rumah arwah atuk dan nenek saya di Beranang,Selangor,pasti jam ni yang akan saya perhatikan.Lama sungguh jam ini berjasa kepada penghuni rumah ni.

Setiap kali itulah,segala nostalgia datang sekelip mata,mengingatkan tentang kelahiran saya di rumah ini.Betapa masa cepat berlalu,sama sepertinya pemergian tuan punya jam ini iaitu arwah atuk dan nenek saya.Marilah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah.

Ingat lagi sewaktu kecil,jam ini akan berbunyi mengikut waktu yang tertera.Mudah sangat nak tahu dah jam berapa ketika itu,Tapi saya tak pasti sama ada jam tersebut masih berbunyi atau tidak,Namun nampaknya masih berfungsi dengan baik jarum jamnya.Kalau tengah malam,pukul 11 malam,lagi kuat dan nyaring bunyinya kerana waktu itu semua sudah tidur dan keaadaan sunyi.Begitu juga jika waktu subuh.Ting!Ting!Ting!

Klasikkan.Mungkin nilainya kini sangat mahal.Yang saya suka sangat tentang jam ini,tempat letaknya yang digantung di tengah-tengah batang dinding rumah tersebut,masih lagi tidak berubah.Ianya di situ juga.

Pasti anda juga mempunyai kenangan dengan barang-barang klasik seperti ini.

SELAMAT HARI PEKERJA DAN SELAMAT BEREHAT!

Pesanan:Telefon kat kampung saya tu mana ye?Kalau ada nak juga tengok,sebab kenangan bersama telefon jenis dail pusing tu pun banyak....hehehehe

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...