Tuesday, April 30, 2013

Soal Jawab Agama - Kampung Halaman Ialah Mukim?


Soalan:

Saya sudah menetap,berkeluarga dan bekerja di Kuala Lumpur selama 10 tahun.Setiap kali saya balik ke kampung di Johor pada hujung-hujung minggu,saya mengqasarkan solat di rumah orang tua saya.

Hanya baru-baru ini saya ditegur oleh salah seorang saudara saya.Dia mengatakan bahawa saya tidak boleh mengqasarkan solat di kampung kerana ia tempat asal saya.Saya dikira seorang yang bermukim di sini.Skarang ini saya keliru.

Jawapan:

Memang ada pandangan sedemikian dan kita menghormatinya.Namun saya secara rendah hati berpendapat pandangan tersebut kurang tepat.Di sana sepatutnya ada perincian.

Sekiranya saudara sudah berniat untuk menjadi warga tetap di Kuala Lumpur serta tidak berhasrat pun menjadi warga tetap di kampung asal, maka saudara dikira seorang musafir apabila pulang ke kampung.Jadi boleh solat qasar.Tentulah dengan syarat,saudara tidak merancang untuk berada di kampung selama empat hari atau lebih (menurut mazhab Syafi'i).

Namun sekiranya saudara merancang untuk berada di Kuala Lumpur untuk beberapa tahun sahaja sebelum pulang menetap di kampung asal,maka saudara tidak boleh mengqasarkan solat di kampung.Ini kerana kampung itu mukim saudara.

Sememangnya ada pendapat yang menetapkan bahawa status bermukim di tempat asal kita tidak berubah selagi ada sanak saudara yang tinggal di situ,biarpun kita sudah menetap di tempat lain.

Bagaimanapun pendapat ini tidak ada sandaran nas tertentu yang jelas.Ia ijtihad ulama yang lebih berdasarkan prinsip ihtiat (sikap berhati-hati).Tambahan pula,ada hadis yang membawa pemahaman sebaliknya.

Hujah: 

Imran bin Husain r.a. meriwayatkan: "Aku bersama Rasulullah semasa Pembukaan Makkah.Baginda tinggal di Makkah selama 18 hari hanya dengan melakukan solat secara dua rakaat-dua rakaat (solat qasar).

Baginda bersabda yang bermaksud:

"Wahai penduduk negeri (Makkah)!.Solatlah empat rakaat kerana kami orang musafir." (Riwayat al-Timizi dan Abu Daud).

Sumber:Majalah al-Ustaz -Solat Jamak Qasar Sedekah Daripada Allah

Pesanan: Elok tanya Ustaz berdekatan jika ada kemusykilan,ini umum sahaja.



Monday, April 29, 2013

Hari Jumaat-Berbaju Kurung di Jepun

Hari ini hari Isnin...jangan keliru ye kawan-kawan...

Kalau hari Jumaat,biasa wanita-wanita yang bekerja mesti berbaju kurung kan.Saya pun pernah bekerja dulu di Kuala Lumpur dan Kelantan.Saya pun pastikan hari Jumaat berbaju kurung.

Hampir kesemua pekerja di tempat kerja saya dulu berbaju kurung.Itu waktu kerja di Kuala Lumpur.Namun demikian sewaktu saya bekerja di Kelantan,kebanyakannya pekerja berbaju kurung hampir setiap hari.Cuma sesekali nampak berseluar.Namun demikian kalau majlis rasmi mesti berbaju kurung.

Kawan-kawan nak tahu,dulu sewaktu saya di Jepun dulu pun,saya pun berbaju kurung jika tiba hari Jumaat.Kalau hari biasa saya pakai berseluar biasa.Seronok rasanya berbaju kurung ketika itu.Memang ada juga mata yang merenung lama.Maklumlah saya pula bertudung.Naik densha (train) turun densha,kemudian berjalan kaki  ke tempat kerja mesti ada yang memandang.Tapi taklah jakun sangat..

Sehinggakan pertama kali saya berbaju kurung ditempat saya bekerja di Jepun semua tanya baju apa yang saya pakai.Saya pun jawablah baju tradisional masyarakat Melayu.Okaylah tu jawapan saya.

Kalau kebetulan sejuk cuaca ketika itu pun,tak terasa sejuknya,sebab kain baju kurung tu tak nipis kainnya.Sedang elok je.

Jom tengok sikit gambar saya berbaju kurung di Jepun:




Kalau lihat gambar di atas,saya ditugaskan bekerja disamping sahabat baik saya,namun terpaksa saya blurkan gambar beliau,kerana kini beliau sudah bertudung.Saya menjalani latihan di syarikat pelancongan Nippon Express.Saya lupa tempatya di mana,tapi masih di kawasan Tokyo.

Untuk lagi cerita saya di Jepun boleh klik SINI

Pesanan:Dimana sahaja kita berada,jangan dilupa agama Islam dan budaya Masyarakat Melayu

Thursday, April 25, 2013

Ibu dan ayah adalah kekuatan untuk anak-anak

Bila anak-anak menghadapi masalah,orang pertama yang dia akan jumpa dan luahkan adalah ibunya.Betapa kuatnya kasih sayang ibu terhadap anak-anak sehinggakan apa sahaja yang ingin diluahkan,pasti ibu juga yang dicari.

Seseorang anak bergantung sepenuhnya kepada ihsan dan kasih sayang kedua ibubapanya.Kemudian apabila ia dewasa dan berumahtangga, ia akan mula memikul tanggungjawab mengikut lunas Islam.

Jadi tanggungjawab anak kepada ibubapanya jangan diabaikan.Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim:

"Seseorang anak tidak mampu untuk membalas jasa kedua orang tuanya kecuali apabila dia mendapati mereka itu menjadi hamba sahaya,maka dia membeli mereka dan membebaskan mereka."

Sekadar gambar hiasan:Pasti Shilla juga meluahkan segala masalahnya kepada ibu tercinta.

Jadi sangat wajar anak-anak menjaga hati dan perasaan ibubapanya.Ada apa masalah sekalipun,rujuklah dulu kepada ibubapa sebelum mengadu kepada rakan-rakan yang kita tidak pasti boleh menyelesaikan masalah atau menambah lagi masalah kita.

Anak-anak zaman sekarang terlalu mudah terpengaruh dengan gejala sosial jika kita sebagai ibubapa tidak memainkan peranan sebenar sebagai ibubapa yang sayangkan anak-anak.

Sebagai ibubapa,jika kita ada masalah pun,jangan teralu menunjuk kepada anak-anak,serlahkan kekuatan semangat untuk memberi semangat terhadap anak-anak untuk berjaya dalam hidup.

Sekadar gambar hiasan:Kuat semangat ibunya,kuat juga semangat anak-anak.

Wajib kepada seorang anak berdoa dan berakhlak dengan kedua-dua ibu bapa sebagai membalas jasa dan pengorbanan mereka.Tidak ada manusia di muka bumi ini yang lebih besar jasa nya kepada kita selain ibubapa.

Sebab itu agak ganjil rasanya jika seseorang mempunyai hubungan yang baik dengan orang lain seperti kawan-kawan di pejabat,disekolah dan sebagainya,akan tetapi hubungan dengan ibu bapa sendiri diabaikan,apatah lagi jika diderhakai.

Jadi anak-anak sayangilah ibubapa kita.Ibubapa juga janganlah abaikan anak-anak.Didiklah seiring dengan kehendak agama kita Islam.

Sumber:Hasil pembacaan buku 'Akhlak Pelajar Cemerlang' nukilan Hasnan Kasan

Pesanan: Terhasilnya entry ini hasil dari kekecewaan melihat sikap dan akhlak anak-anak muda di luar sana yang tidak mengutamakan agama dan ibubapa.

Monday, April 22, 2013

Kambing bakar yang sedap....

Hari sabtu lepas,saya sekeluarga mendapat jemputan ke satu majlis.Majlis ni merangkumi 3 hal.Majlis tahlil,majlis menyambut menantu dan majlis cukur jambul.

 Sesampai je ke rumah sahabat saya ni,saya terlihat di luar rumah tergantung daging kambing.Wow!Teruja sangat saya.Dah lama saya tak merasa daging kambing.

Inilah dia kambing bakar tu....



Dihiris nipis.Kemudian letak dalam pinggan tuangkan pula kuah lada hitam yang sangat sedap.



Sebagai tambahan,sayur-sayuran segar seperti lada benggala,nanas,dibakar.



Beratur masing-masing nak kan daging kambing lazat ni.


Alhamdulillah.Rezeki kami sekeluarga.Siap bungkus lauk lagi,tuan rumah beri.Jadi balik masak nasi je.Jimat perbelanjaan untuk sehari...hehehee...

Pesanan: Orang kata,makan banyak daging kambing pening kepala mungkin ciri-ciri ada darah tinggi,betul ke?Sebab saya pening juga kepala,tapi tak lah teruk.

Sunday, April 21, 2013

Gulai Telur Itik Bersama Belimbing Buluh

Gulai telur itik bersama belimbing buluh

Lauk tengah hari minggu lepas.Ada jiran beri saya 6 biji telur itik.Dah lama simpan dalam peti.Tak masak lagi.Kemudian ada  pasar pagi.Jalan-jalan nampak ada makcik tu jual belimbing buluh.Saya beli selonggok RM1.Dapat idea.

Saya pun beli kelapa dan parut di rumah.Sebiji kelapa harga Rm2.Rumah saya ada parut kelapa.Saya juga mahir memarut kelapa menggunakan mesin.Saya memang suka cabaran.Jadi mesin kelapa memang satu cabaran.

Akhirnya dapat semangkuk lauk dengan kos yang sangat rendah.Boleh makan hingga malam.Silapnya saya tidak rebus dulu belimbing tu.Saya terus masukkan,jadi air belimbing keluar menyebabkan kuahnya menjadi cair.huhuhu...Apa-apapun percubaan pertama saya ni bolehlah...

Inilah belimbing buluhnya.


Sambal hitam pun guna belimbing ni kan.


Pesanan: Belimbing ni macam-macam cara boleh masak.Saya tahu masuk dalam gulai je.

Friday, April 19, 2013

Bila sekali sekala berkumpul...(lawatan kejiranan)

Minggu ni,saya dah melawat 2 orang jiran.Jiran pertama saya keguguran.Usia kandungan dalam 3 bulan kalau tak silap.Dia telah pun melakukan D&C di hospital.Jiran kedua pula baru sahaja selamat bersalin anak ke 4.         

Sewaktu melawat jiran pertama,saya pergi ramai-ramai bersama 3 orang jiran yang lain.Biasanya kalau melawat jiran-jiran bersalin atau keguguran,memang kaum suami tak ikut sekali.Jadi bila kami berkumpul sekali sekala,macam-macam lah cerita tentang orang perempuan yang kami borakkan.

Masing-masing mulalah bercerita tentang pengalaman keguguran,keadaan di hospital,cerita hal jururawatnya,doktornya...macam-macamlah.Pengalaman jiran saya ni di hospital di sini,katanya perkhidmatan semakin baik.Doktor sangat ambil berat hal pesakit.

Dia menceritakan,diberi 2 pilihan sama ada bius separuh atau seluruhnya.Dia memilih seluruhnya.Setelah D&C dilakukan katanya pesakit tidak boleh bangun 6 jam selepas D&C dilakukan.Oleh kerana tiada siapa yang beritahu,dia bangun sebelum cukup jam,akibatnya kepalanya berdenyut sakit sehingga dia pulang ke rumah.Menurut katanya lagi,doktor marahkan jururawat di situ kerana tidak beritahu pesakit mengenainya.       

Kemudian selang beberapa hari,saya melawat pula jiran yang baru melahirkan anak ke 4.Sekali lagi hanya kaum perempuan je yang melawat.Bermulalah cerita masing-masing bertanyakan keadaan jiran,kemudian mulalah masing-masing berkongsi pengalaman bersalin.Macam-macam versi....hehehe..

Jiran saya ni pula,katanya bersalin awal beberapa minggu.Apabila dia dapati perutnya mengeras sehari suntuk,dia memberanikan diri ke hospital untuk diperiksa.Setelah ECG (untuk dengar denyutan jantung bayi)keatas perutnya dilakukan didapati denyutan jantung bayinya tidak berapa elok.Lalu terus dia ditahan,dimasukkan ubat untuk mempercepatkan kontraksi dan dimasukkan ke bilik bersalin.

Menurut katanya lagi,setelah bukaan sudah semakin besar,jururawat menyuruhnya meneran jika rasa sakit.Tetapi dia tidak merasa sakit,jadi bagaimana dia hendak meneran.Katanya lagi dia tidak terasa seperti hendak melahirkan.Terpaksa jururawat membantunya dengan mengusik-usik sedikit perutnya,agar bayi turun cepat.Akhirnya bersalin juga.

Ada juga ye,dikalangan wanita tidak merasa seperti hendak melahirkan walaupun bukaan sudah besar.Saya buat andaian yang bayinya mungkin tidur ketika itu.Tetapi bahaya jika masih tidak keluar kan.Perlu bantuan bidan yang pakar.

Inilah antara aktiviti saya minggu ni.Masa nilah dapat berkumpul dan berbual lama sedikit dengan jiran-jiran.Maklumlah masing-masing sibuk.Ada yang jaga budak (macam saya),kerja cikgu (balik lewat),sibuk dengan urusan anak-anak dan macam-macam lagi.

Pesanan:Eloklah ziarah menziarahi untuk kenali jiran-jiran anda.Jangan lupa bawalah sedikit buah tangan.

Wednesday, April 17, 2013

Adab Makan dan Minum -Cuba jadikan kebiasaan..

Bila ada ceramah agama di kawasan perumahan saya,jika saya ada masa terluang,saya mesti pergi.
Maklumlah kerja rumah di rumah memang sentiasa ada.Tak pernahnya habis.Jadi elok bila ada masa terluang je saya mengisinya dengan mendengar ceramah agama.Hati dan jiwa menjadi tenang.

Antara yang dibincangkan adalah adab makan dan minum.Kita sering terlupa adab-adab ini.Cuba lihat apa yang sempat saya salin.Saya sudi untuk kongsikan.Oh ya satu lagi,kalau kita pergi mendengar ceramah agama ni,bawalah sedikit buku catitan,agar tidak mudah lupa.Catit seringkas yang boleh,sebab mereka bercakap laju juga.


Adab Makan dan Minum

1) Sunat Ambil Wudhu' dan basuh tangan.
Biasanya orang lelaki sentiasa menjaga wudhu' mereka.Mereka sentiasa berada di dalam keadaan berwudhu'.Kita pun perempuan mesti begitu juga.

2) Baca Bismilah

3) Baca doa makan
Ustaz kata bila baca doa,syaitan tak boleh makan makanan kita.Anak-anak sekarang semua dah pandai baca doa makan kan.Baca doa makan tu selalu kuat-kuatkan.hehehe...siap dengan maknanya lagi.

4) Makan makanan yang dekat dengan kita.Tetapi ustaz kata kalau buah jauh,boleh ambil dulu.Maknanya kita makan buahan dulu.Baru makan nasi.Pilihan pertama buah,kedua daging.Ustaz kata lagi dalam syurga kita makan buah sahaja.Makan pula dengan 3 jari.

5) Jangan mencaci makanan yang dihidangkan.Kalau suka makan,jika tidak suka tinggalkan.
Biasakan kalau seseorang tu rasa makanan tak sedap,terus sound direct.Tak bertapis langsung.Tak baik tau.

6) Jangan makan dalam keadaan berbaring.Nabi Muhammad s.a.w. duduk satu kaki diangkat.
Pernah tak lihat orang berbaring makan,saya pernah lihat.Sambil berbaring dia makan sambil menonton TV.

7)Makan boleh bercakap,tetapi ustaz kata janganlah sampai nampak makanan dalam mulut kita.Ini ada yang sampai menyembur-nyembur bila bercakap.Tak baik tu.

8)Sunat mendoakan orang yang memberi makan pada kita.
Berapa ramai yang mendoakan pemberi makan ni ye. Pasti tak ramai ni.Lepas ni kita doakan ye.

9) Kalau makan dengan orang tua,jangan mulakan sebelum orang tua makan.
Yang ni saya selalu ajar anak.Sebelum baba dan umi makan jangan makan dulu.Kemudian saya ajar lagi,hidangkan nasi untuk untuk umi baba atau orang tua dengan pinggan kaca.Jangan guna pinggan plastik.(rumah saya ada 2 jenis pinggan plastik dan kaca).Ini sebahagian cara menghormati orang tua.

10) Makan semua sekali,ada berkat.Ini kerana syaitan akan makan yang lebihnya.
Pernah tengok orang selepas habis makan menjilat semua jari mereka,ini bukan perkara yang menjjikkan.Ini kita tak mahu ada lebihan nasi di tangan dibuang begitu sahaja.Berkatnya mungkin di jari itu.Selalukan kita ajar anak-anak habiskan nasi,nanti nasi menangis.Anak-anak ikut kan.

11) Sunat minum 3 teguk air,kemudian berhenti.Kemudian sambung lah lagi 3 teguk lagi dan berhenti.Makruh minum dari punca.Contoh minum guna jug air besar tu.
Nabi kita tak makan makanan yang panas-panas dan pedas-pedas.Nabi juga melarang makan dan minum dari bekas emas dan perak.

Inilah sebahagian yang dapat saya catitkan.Semoga menjadi renungan kita bersama.

Pesanan: Benda-benda yang remeh ni lah membawa berkat dalam hidup kita.


Saturday, April 13, 2013

Dah besar anak umi!

Hari ini genap umur anak saya ke 3, Athirah 12 tahun.Dia masih mahu meraikannya walaupun dia tinggal di asrama.Meminta uminya yang dah lama tak buat kek,buat kek untuk dia menjamu rakan asramanya.


Saya pun buat jugalah.Kek Coklat dan Kek Cawan tu saya buat awal sehari.Nasi goreng sosej pagi tadi saya goreng.Tak nak kecewakan hasrat anak,saya buat juga walapun dalam kos yang sangat budget.

Athirah sebelah kiri baju merah...

Seronok kepalang dia bila saya hantar kek ke asramanya.Sewaktu menunggu saya datang,dari kejauhan saya dah nampak dia menanti bersama kawan-kawannya.Biarlah dia makan bersama kawan-kawannya.

Dah jadi anak dara dah anak umi.Semoga pandai menjaga diri.

Pesanan:Lepas ni nak buat kad pengenalan dia pula.

Friday, April 12, 2013

Umi,nama umi siapa?

Dari sejak balik sekolah sibuk tanya nama umi.Bila ditanya kenapa? "Esok ustazah nak tanya." Jawab anak saya Anis yang berusia 6 tahun.

Bila beritahu nama umi,bukan dia boleh hafal pun.Nama umi kan panjang.Biasa dia tahu nama panggilan je,sebab biasa dengar nama umi dipanggil sedemikian.Ringkas.

Malam tadi sibuk lagi bertanya.Sebelum tidur tanya lagi.Saja je tanya balik. "Kenapa?".. "Nanti ustazah nak tanya.".katanya lagi. "Esoklah umi bagitahu.Esok tanya lagi ye." jawab saya semula.

Apa pulak hal cikgu nak tanya agaknya?Ada lah tu.

Sekarang saya sedang melatih anak bongsu saya berusia 3 tahun untuk menghafal nama ringkas saya dan babanya.Ini penting.Pernah saya terserempak dengan anak orang lain,yang mungkin sesat tak jumpa cari rumah,bila tanya rumah mana?siapa nama ayah?siapa nama mak?Dia tak boleh jawab.Yang dia tahu menangis dan menggelengkan kepala sahaja.Susah juga ni.

Mujur anak saya tahu kalau bermain di luar,pandai cari rumah sendiri.Maklumlah blok rumah serupa,tingkat banyak.Dia dah tahu yang mana satu rumahnya.Jadi latihan awal menghafal nama mak dan ayah saya tekankan dulu.Sekarang ni bila tanya senang je dia jawab.

Yang best dengar tu,cara dia menjawab tu.Intonasi kanak-kanak...suka lak dengar.Sebab suka dengar,saya tanya banyak kali.hahahaha

Pesanan: Saya lihat,anak-anak ni mudah ingat lah.

Wednesday, April 10, 2013

Mengundi 5 Mei 2013 hari ahad!

Seperti yang semua sudah ketahui 5 Mei 2013 adalah hari pembuangan undi.Jatuh pada hari ahad.Motif?Sabtu ada kan.Motif tak buat hari sabtu?Kenapa ye tak buat hari cuti sekolah panjang hujung bulan Mei.Motif tak buat cuti sekolah?Keputusan adalah muktamad.Dah kata 5 Mei,jadi keluar lah mengundi.

Eloklah saya tak perlu memohon cuti.Memang suami pun cuti sabtu ahad dan saya pun tak jaga budak sabtu ahad.Bolehlah balik.Untuk makluman,saya mendaftar untuk mengundi di Kelantan.Maka saya akan pulang dari Kuala Lipis,Pahang ke Kelantan mengikut suami yang juga mengundi di situ.

Semoga Pilihan Raya Umum ke 13 ni akan berjalan lancar.Setakat 3 kali saya sudah turun mengundi,kawasan saya mengundi tu aman dan tenang.Tiada kekecohan.

Bagaimana ye pengundi-pengundi yang berada di Kelantan,Kedah dan Terengganu yang mendaftar undi di luar dari negeri tempat mereka bekerja?Mungkin ada yang mengundi di Perak,Kuala Lumpur....rugi ni...

Pesanan:Apa-apa pun,jangan lupa keluar mengundi ye!

Monday, April 08, 2013

Tabiat menghisap jari

Anak saya sewaktu kecil ada 2 orang yang suka menghisap ibu jari.Anak yang kedua suka sangat hisap ibu jari.Anak saya yang ketiga suka juga hisap jari dan gontel2 jari ke dalam pusat.

Itu semua mereka lakukan dalam usia 4 bulan sehingga  usia 5 dan 6 tahun dan ketika hendak tidur.Pernah saya menegur anak saya yang baru berjinak-jinak hendak berpuasa,dia boleh hisap jari,terus saya marahkan.

Tapi perkara itu tidak berlanjutan lama,akhirnya mereka berhenti dengan sendirinya.Mungkin ketika itu mereka dah merasa malu bila berjumpa kawan-kawan sekolah.

Ini baby saya jaga,dia pun hisap jari juga..


Kajian juga menunjukkan bahawa bayi memang suka menghisap dan ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan. Bayi yang suka menghisap jari atau tangan didapati lebih mudah tidur malam kerana ia dapat membuatkannya selesa. Sesetengah bayi akan menghisap jari apabila mereka berasa penat, bosan atau perlukan belaian. Bayi anda bukannya lapar selepas menyusu.Kelakuannya itu adalah normal.

Janganlah risau. Tabiat ini akan berkurangan apabila mereka mempelajari benda-benda baru. Kebiasaannya,tabiat sebegini akan hilang apabila bayi mencecah umur sembilan bulan hingga setahun.

 Menurut kajian yang dilakukan oleh American Dental Association, tabiat menghisap jari tidak akan memudaratkan dan menyebabkan masalah kepada pertumbuhan gigi dan gusi kecuali jika ia diteruskan melebihi usia empat hingga lima tahun.

 Kajian mendapati antara 85 dan 99 peratus kanak-kanak akan berhenti menghisap jari atau tangannya sebelum mencecah usia ini. Jadi, tiada apa yang perlu anda khuatirkan bukan?

Sumber: RITA RAHAYU OMAR (Kaunselor laktasi- rita@momlittleones.com)

Pesanan:Mujur 2 orang tu je...yang lain takde pulak yang hisap jari...

Thursday, April 04, 2013

Akibat mengantuk sangat...



Saya tak sedar bila masa dia tidur.Tiba-tiba tengok dia dah tertidur ketika makan nasi.Kasihan anak saya.Mungkin terlalu mengantuk inilah jadinya.

Pernah tak korang alami keadaan macam ni?Saya pernah juga membawa anak naik ke kereta.Waktu tu dia sangat mengantuk.Tapi bila suruh baring dia tak nak.Dia tetap nak duduk juga.Sampai tersengguk-sengguk kepalanya ke kiri dan ke kanan.Ada ketika terhantuk kepalanya di sisi pintu.Masih juga berdegil tidak mahu baring atas kerusi.Saya biarkan sehingga dia sendiri terbaring dengan sendirinya.

Ada juga ketika saya mengendongnya.Sewaktu tu tangan kiri saya mengendong dia,manakala tangan kanan laju menaip di papan kekunci komputer.Saya ingat dia masih berjaga,rupanya dah tertidur.Patutlah saya rasa lembik je badan dia.

Beginilah anak-anak kalau mengantuk sangat kan.

Pesanan: Sila lihat anak anda,tertidur ke sewaktu makan....hehehehe

Wednesday, April 03, 2013

Adik ipar Fauziah: 'Mimpi kakak berpakaian cantik'

Lagi rentetan kisah Gee...

 SEREMBAN - “Dua minggu lalu saya sering bermimpi melihat kakak berpakaian cantik sambil tersenyum memandang kami sekeluarga,” demikian kata Wini Roswita Abdullah, 40, adik ipar pesakit saraf, Fauziah Muhamad, 39, yang menghembuskan nafas terakhirnya, pagi semalam.

 Menurutnya, setiap kali dia bermimpi tentang Allahyarham, dia akan memaklumkan perkara itu kepada abangnya, Abil Fikri Ahmad. “Saya pun tidak tahu kenapa. Tapi saya kerap bermimpi tentang arwah dan ketika itu saya tidak rasa apa-apa. Kali terakhir saya berjumpa dengannya dua hari lalu. Keadaannya tidak lagi bermaya dan berbeza berbanding sebelum ini,” katanya.

 Wini berkata, Allahyarham seorang kakak yang baik dan rajin memasak setiap kali adanya perjumpaan keluarga. Bagaimanapun katanya, air tangan masakan Allahyarham tidak dapat lagi dirasai selepas dia terlantar sakit. “Sebenarnya seminggu sebelum dia dimasukkan ke hospital, kami sekeluarga ada merancang pergi ke Cameron Highlands. “Biasanya arwah dengan rela hati ambil peranan memasak. Tapi ketika itu dia kata mahu berehat dan rupa-rupanya itu petanda dia akan berehat selama-lamanya,” katanya. Selain itu Wini berkata, dia bersyukur kerana semasa arwah sakit, dia dijaga dengan rapi oleh abangnya.

 “Sejak kecil memang nampak abang saya seorang bertanggungjawab. Saya pada awalnya tidak sangka dia tabah dan setia menjaga isterinya. “Saya sendiri kagum dengan kesungguhan abang. Dia tidak pernah berputus asa dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dengan baik,” katanya. Namun katanya, ALLAH lebih berkuasa dan arwah kini pergi buat selamanya.

Sumber: sinar harian

Pesanan:Semoga Gee aman di sana....

Gee sudah tiada - Abil:'Moga bertemu di syurga abadi'

Saya pernah bercerita tentang kasihnya suami menjaga isterinya yang sakit di SINI.

Hari ini saya mendapat berita dari suratkhabar Sinar Harian mengenai pemergian Gee isteri tercinta kepada Abil.Akhirnya Gee pergi meninggalkan dunia selama-lamanya.

Pemergian Gee atau nama sebenarnya Fauziah Muhamad 39 tahun, kira-kira 9.50 pagi semalam di rumahnya Taman Seri Puteh,Seremban disamping Abil suaminya berada di sisi.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Rasah dan selamat dikebumikan Makam Haji Said,Sikamat kira-kira jam 4 petang.

Abil mengucup isterinya untuk kali terakhir

Kata-kata dari Abil:

"Moga di sana nanti Gee lebih damai.Moga di sana Gee lebih bahagia.Moga di sana Allah menempatkannya bersama para syuhada.Dan moga Allah mempertemukan Gee dan Abil di syurga abadi"

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah.

Cerita lanjut di SINI dan SINI

Pesanan:Dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali.Salam takziah buat Abil

Akhirnya hari ini 3 April 2013 Parlimen dibubarkan!

Lama dah rakyat menanti.Lama dah menjadi teka-teki.Akhirnya parlimen dibubarkan.Siaran langsung pengumuman oleh Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri) di kaca TV menarik perhatian saya untuk mengikuti seketika,walaupun sebenarnya sudah lama tidak menonton berita di TV.

Kini masa untuk rakyat memilih dalam pilihanraya yang akan diadakan dalam masa terdekat nanti.Mana-mana rakyat Malaysia yang boleh mengundi,jalankanlah tanggungjawab kita.Apa yang kita hendakkan dalam pentadbiran negara kita,apa yang kita nak pilih,masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita yang bagaimana kita hendak,terpulang kepada semua.

Rakyat semakin matang dalam membuat pilihan kali ni.Ramai yang sudah membuka mata.Semua bercakap perkara yang sama.Jadi turunlah mengundi nanti.Memang itu hak kita untuk mengundi.Tapi pilihlah dengan bijaksana!

Yang penting pilihlah Malaysia,jangan pilih,Indon,Bangla,Pakistan,Filipina...sebab tu bukan negara kita.hehehehe

Pesanan:Tak sabar nak mengundi.


Wordless Wednesday # 22 - Pintu Kedai Dulu dan Sekarang

Ini hanya contoh sahaja

 Dulu:

Sekarang:

Lebih cantik,kemas dan selamat!

Pesanan:Pilihan untuk masa kini

Tuesday, April 02, 2013

Pokok kekabu dan kekabu mahal




Berapa ramai yang kenal pokok kekabu?Ada lagi tak pokok kekabu ni? Masih ada lagi tak yang mengutip kekabu untuk di ambil isinya?

Saya tanya saya jawab..boleh?hehehehe

Saya pun tak kenal pokok kekabu ni kalau tak nampak kekabu kat pokok ni.Nampak kekabu saya kenallah.Saya dah banyak kali terserempak dengan pokok kekabu ni di kampung-kampung.Maknanya ada lagilah kan.Kalau ada pokok kekabu mesti ada yang mengutip buahnya kan.

Pokok kekabu ni mengimbau kenangan saya kecil sekolah rendah dan menengah dulu.Dulu saya dan keluarga menduduki kawasan rumah setinggan di Kg Pandan Dalam.Sekarang dah tak ada dah kawasan rumah saya tu.

Kalau dulu,mak saya suruh saya kutip buahnya.Kemudian kerja saya mengasingkan biji kekabu.Memang mak buat sendiri bantal di rumah.Kadang-kadang saya memberontak juga.Maklumlah kekabu ni buat kita terbersin.Namun itulah kenangan saya dan pengetahuan saya secara tak langsung tentang pokok kekabu ni.

Selalunya penuh satu bakul kain tu kekabu yang perlu saya asingkan bijinya.Seperti kerja harian saya lakukan pengasingan ini selain buat kerja rumah lain.Rasanya kerja mengutip dilakukan sebaik pulang dari sekolah.Petang-petang bolehlah main dengan kawan-kawan.Kata mak, selalu berebut juga dengan jiran-jiran.Maklumlah pokok itu bukan milik sesiapa.

Sekarang ni nak cari bantal kekabu pun mahal harganya.Pernah mak saya ditipu peniaga yang menjual bantal kekabu.Katanya dalam tu kekabu sahaja.Namun mak tak puas hati,balik rumah cuba dibuka juga,rupanya kandungan kekabu dan perca bercampur.Kecewa mak!

Saya pun suka bantal kekabu lagi.Lembut.Nak jimat beli kekabu,dan buat sarung bantal sendiri.Itu yang pernah saya buat.Puas hati seratus peratus kekabu!

Pesanan: Kalau ada pokok kekabu dekat-dekat nak je saya pergi kutip.

Monday, April 01, 2013

Majlis Pertunangan dan Pasangan Uzbekistan



Cuti sekolah banyak majlis.Baru-baru ni (Jumaat lepas)saya menghadiri majlis pertunangan anak buah suami di Kelantan.Majlis yang ringkas yang hanya di hadiri saudara terdekat sahaja.

Dan yang menariknya,majlis tersebut dihadiri sepasang warga Uzbekistan dan 2 anak mereka.Jadi memang dia ni jadi tarikan dalam majlis tersebut.Mereka sekeluarga adalah sahabat kepada ayah salah seorang wakil dari pihak lelaki.

Sewaktu dihidangkan makanan,dia hanya makan nasi kosong dan seketul ayam goreng je.Kasihan pula saya lihat dia tak makan kuah gulai daging.Bila ditanya dia kata tak makan pedas.Tapi habis juga sepinggan makan lauk begitu je.Dia tak pandai berbahasa Melayu,jadi berbahasa Inggeris je lah.

Putih dan cantik orangnya.Saya mengambil kesempatan bergambar bersama.Saya juga tak lupa bekalkan tapai kepadanya untuk dia rasa di rumah.Sebab waktu saya suruh rasa tu dia kata dah kenyang.Saya beritahu rasa tapai ni 'sweet n sour'.Betul tak?hehehehe...Bolehlah...

Dia juga mempelawa saya ke Uzbekistan.Alahai,tak tahulah bila dapat ke sana.Malaysia pun tak habis round lagi.

Pesanan:Ramai juga sibuk nak bergambar dengan pasangan ni.Cantik kalau tengok berdepan.





Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...