Wednesday, July 31, 2013

Sambil memasak sambil menambah ilmu-Serambi Ustazah

Saya suka rancangan masakan yang banyak mengajar ilmu agama disamping berkongsi resepi.Ini lah yang terdapat dalam beberapa rancangan masakan terutamanya di TV Al-Hijrah.

Ada suatu pagi saya bersahur,kemudian saya buka TV 1,oh ada juga ye rancangan masakan berbentuk sedemikian.Saya tertanya-tanya siapakah ustazah ni?Sebab saya pun baru pertama kali melihatnya.

Setelah di google beliau ialah Ustazah Wan Habsah,pendakwah  bebas dan penceramah.Selain itu juga beliau seorang usahawan,pengusaha rempah ready made.Patutlah dalam resepinya ada rempah ready made juga.


Saya suka gaya ustazah ni mengacara dan meyampaikan ilmu masakan.Selain itu ustazah juga mengajar bacaan doa yang sesuai digunakan ketika kita memasak.Memberi tips masakan.Mengajar cara masakan orang-orang Arab.


Banyak rupanya doa- doa yang boleh kita baca sewaktu kita sedang memasak agar masakan kita sedap dan elok.Daripada tak tahu kita jadi tahu.

Ustazah ada FB tau..Ni FB Chef Ustazah Wan Habsah

Saya harap semoga rancangan sebegini bukan hanya ada di bulan Ramadan je,biar sepanjang tahun.Isteri kalau nak menambat hati anak-anak dan suami,perlulah amalkan bacaan-bacaan yang ustazah dah ajar tu.

Pesanan: Saya pun banyak belajar bacaan doa ketika memasak dari sahabat saya yang kini tinggal di Terengganu,Suhaila namanya.Dia selalu ingatkan saya.

Monday, July 29, 2013

Jemputan berbuka berturut-turut...Alhamdulillah

Dah hujung-hujung puasa ni ramai pula yang menganjurkan majlis berbuka puasa.Jadi bila orang dah pelawa tu janganlah jual mahal.Hadirlah.Bila dah di ajak tu maknanya,memang ada peruntukan makanan untuk kita.

Mereka ni dah budget makanan bergantung berapa ramai yang hadir.Jangan tak hadir,nanti membazir pula makanan.Saya ni kalau dijemput Insya Allah akan hadir,kecuali ada hal tak dapat dielakkan.

Esok jemputan berbuka di surau tempat saya tinggal.Lusa di sekolah suami mengajar.Saya rasa hanya dengan cara ni kita dapat kenal lebih dekat orang-orang yang berada di sekeliling kita dengan lebih dekat.Jadi datanglah awal sedikit,bolehlah kenal-kenal.

Alhamdulillah rezeki Allah beri tak pernahnya putus jika kita berada di dalam golongan orang yang bersyukur.Betul kan?

Sekolah pun tinggal minggu ni saja kan.Eloklah berjumpa sebelum bercuti panjang.Maklumlah kebanyakan penghuni di kuarters ni golongan guru-guru sahaja.

Okaylah itu saja cerita hari ni.

Pesanan:Biasanya jemputan sebegini,saya mesti bawa sejenis kuih untuk dirasa sedikit sorang.

Sunday, July 28, 2013

Percubaan UPSR sudah dilalui,tunggu peperiksaan sebenar pula

Saya lihat anak saya perempuan tak kira masa dan tempat,setia dengan kertas dan buku latihan yang diberi gurunya.Ada saja masa,dia cuba habiskan latihan yang diberi.Nampak sangat dia bersungguh-sungguh untuk berjaya.

Peperiksaan percubaan UPSR telah pun dilaluinya.Walaupun masih belum mengetahui keputusan keseluruhannya,dia masih meneruskan semua latihan yang diberi oleh gurunya.

Anak ke 3 daripada 6 adik beradik ni,cuba berusaha mencapai matlamatnya untuk mendapatkan keputusan 5A...Semoga dia berjaya.

Sebagai seorang ibu saya sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak.Lebih-lebih dalam bulan puasa ni saya banyak berdoa untuk anak-anak.

Semoga berjaya!

Tak yah beraya sakanlah ye!

Pesanan: Peperiksaan UPSR akan diadakan pada 10  September 2013,tak lama dah kan.

Friday, July 26, 2013

Jaga anak-anak bila sibuk membeli belah

Sekarang ni  pasaraya di seluruh Malaysia membuat jualan murah untuk Hari Raya.Maklumlah Hari Raya bakal menjelma.

Namun demikian dalam kesibukan membeli belah tolonglah perhatikan anak-anak kecil kita tu.Kita sibuk memilih baju anak-anak hilang entah ke mana.Dalam orang yang tengah ramai tu,dapat ke nak cari,lagi-lagi anak kita kecik je badannya.

Ini terjadi juga pada saya hari ni.Terlepas sekejap je dah hilang,mujur tempat saya pergi tu tak ramai lagi orang.Lepas dah 2 kali hilang tapi jumpa,saya suruh kakaknya pegang jangan lepas.Ish,saya pun lalai juga ni.Sebab saya memang perasan dia ada depan saya,sebab saya nak cubakan baju pada dia,saya sedang pilih je baju,bila nak acu,eh dah lesap.Dia ni pulak jenis berani walaupun baru berusia 3 tahun.Tak takut kat orang.


Jualan Sogo di KL-sekadar gambar hiasan

Jadi saya sekadar nak mengingatkan para ibubapa yang lain.Malang memang tak berbau.Berhati-hati lah ye bila bawa anak ke tempat membeli-belah.Ingatan untuk saya juga.

Pesanan:Lepas capai baju yang berkenan,saya terus balik,tak nak lama-lama,nanti over budget.

Thursday, July 25, 2013

Berbuka di kedai atau bawa bekal ?

Kalau anda pulang ke kampung dan kena pula bulan puasa,dan dah semestinya anda akan berbuka di tengah jalan,mana yang anda rancang?Berbuka di kedai makan atau bawa bekal dari rumah?


Saya lebih suka membawa bekal dari rumah.Makan je apa yang ada.Cuma saya akan beli air sahaja.Bila kita dah bawa bekal dari rumah,kita tak perlu pening kepala nak cari kedai makan yang mana,nak order apa.Lama pula nak tunggu kan.Ye lah semua akan makan serentak kan.

Yang best lagi bila dah bawa bekal kita hanya perlu cari tempat yang sesuai je,jadi berhentilah kat mana-mana kita rasa sesuai.


Hari ni saya akan pulang ke kampung suami di Kelantan.Bila dah lewat petang bertolak,memang konpem,saya dan keluarga akan berbuka di tengah jalan.Saya dah siapkan semua makanan yang diperlukan.Bawa pinggan plastik dan cawan.Amacam?

Nasi putih lauk sotong masak kunyit,ayam goreng berempah dan kurma.Tak lupa juga sedikit kuih kaswi sebagai pelengkap.Banyak pula menunya ye.Lari dah ni dari menu satu lauk satu kuih.Takpe sekali sekala,berjalan jauh perlukan pilihan makanan kan.

Selamat bercuti sempena Nuzul Al-Quran dan selamat berhujung minggu.

Pesanan:Saya ke Kelantan sambil melawat anak yang tinggal asrama sana.Boleh bersahur dan berbuka bersama.

Kenali jenis-jenis tepung dan kegunaannya

Tepung bahan utama untuk membuat kek dan kuih muih.

Antara tepung yang biasa kita gunakan ialah:

Tepung naik sendiri/tepung kek:

Tepung naik sendiri juga dikenali tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikot soda penaik.Tepung jenis ini banyak dijual di pasar raya>namun jika tiada ,anda boleh membuatnya sendiri dengan mengayak  250gm tepung gandum dengan 1 sudu besar (rata) serbuk penaik.Hasilnya tetap sama.

Tepung ros:

Tepung ros sebenarnya mengandungi bahan tepung jagung yang boleh meranggupkan biskut.Namun anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resepi sedia ada.Dikatakan hasilnya lebih baik daripada tepung gandum.

Tepung berprotein tinggi:   

Tepung berprotein tinggi sesuai digunakan untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi dan akan menjadi sempurna setelah diadun dengan yis.

Tepung ubi:

Tepung kanji adalah tepung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat biasa juga menggantikan dengan tepung sagu.

Tepung berprotein rendah

Lebih sesuai untuk dibuat pau.
Tepung beras pulut:

Tepung ini mempunyai seratus peratus beras merah asli,maksud beras merah,bukanlah beras itu berwarna merah,sebaliknya beras yang tidak dibuang bahagian merah pada mata padinya.Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna,pengidap kencing manis dan ibu mengandung sesuai mengamalkannya.

Sumber:SAJI Mei 2007

Ini adalah sebahagian je.Banyak lagi boleh diketahui jika kita rajin membaca.Jika kita dah kenali jenis tepung-tepung dan kegunaannya mudahlah bila kita nak buat kek atau kuih muih.

Pesanan: Penting juga tahu,pernah sekali ikut resepi dalam buku,kuih tak menjadi,rupanya salah buku tu,dia taip salah tepung.


Wednesday, July 24, 2013

Persiapan raya,perlukah serba baru?

Bila bercerita tentang persiapan raya,saya tertarik apabila pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) Ahmad Fetri memberitahu rakan pengacaranya Nurul Shuhada bahawa dia tiada istilah baju raya.Maknanya dia tidak semestinya membeli baju baru semata-mata kerana raya.Sangat bersederhana orangnya,kata-katanya sangat menarik hati.

Tapi kita bila ditanya persiapan raya,pasti memberitahu baju raya dah beberapa pasang dah tempah atau beli,kasut rayalah,semuanya kita nak beli baru,makna kata semuanya nak serba baru raya ni.Tak salah sebenarnya,tapi janganlah sampai terlebih berbelanja dek kerana semuanya nak serba baru.Kalau baju masih boleh dipakai lagi dan tiada keperluan,eloklah duit itu disimpan untuk perkara yang lebih baik.

Janganlah terlalu ikut sangat nafsu membeli kita.Kita di bulan Ramadan ni dituntut bersederhana dalam semua hal,biarlah ianya kekal bila-bila.Saya pernah recycle baju raya.Tak de pula yang sibuk bertanya "Baju tahun lepas ke?""Kau tak beli baju baru ke?",takde lagilah.Mereka pun tak perasan baju apa saya pakai tahun lepas atau tahun-tahun sebelumnya.Saya boleh jadikan ianya lain hanya dengan menukar warna tudung.hehehe.

Sejak dah berkahwin ni dan bila dah ramai anak seperti saya,saya banyak tumpukan keperluan anak-anak dan suami dari diri sendiri.Saya dah tak kisah dengan baju-baju raya ni.Kalau ada baru saya pakai,kalau takde saya recycle je.Bukan tak mampu nak beli,tapi saya nak bersederhana,bagi saya banyak lagi keperluan penting yang perlu saya dahulukan.Lagipun sebagai surirumah,banyak lagi baju kurung yang saya baru pakai 2-3 kali,sebab saya tak keluar ke mana-mana pun.

Anda bagaimana?

Pesanan:Sekadar nak gembirakan anak-anak beli juga baju dan kasut baru.

Tuesday, July 23, 2013

Anak-anak dah mula tak lalu makan bersahur

Sahur !Sahur!..Bangun kang lewat,tak sempat makan...Begitulah saya setiap pagi mengejutkan anak-anak bersahur.Itupun saya kejutkan tu dah siap makanan terhidang atas meja.Tinggal basuh tangan dan makan je.

Kalau waktu berbuka memang minta tolong anak sediakan meja makan.Tapi masa bersahur ni liat nak bangun,kalau harap diorang lambat lah dapat makan.

Sahur pagi ni,masing-masing dah tak lalu makan nasi.Mujur baba dah belikan cococrunch...makan tu je lah.Biar makan dari tak makan langsung.Anak-anak pun dah besar-besar.Biar jangan langkau sahur.Biar terbiasa dengan bangun sahur.Setakat ni tak terlepas lagi sahur.Semoga tetap sempat makan sahur.

Beginilah nak layan anak-anak kan.Kena sediakan makanan yang pasti akan diorang makan walau sedikit.Lepas ni nak beli nugget atau ayam goreng segera tu.Simpan buat spare bersahur untuk yang tak lalu makan.

Anak-anak orang lain macam mana ye,masih lalu makan ke?

Pesanan:Bangun sahur pukul 4 atau 4.30,dah siap baru kejut anak-anak,biasa pukul 5 pagi.

Monday, July 22, 2013

Menu seterusnya satu lauk satu kuih

Saya masih meneruskan penjimatan dan elakkan pembaziran dengan menu satu lauk satu kuih.

Inilah antara menunya...ini menu semalam...
Lauk sotong masak paprik dan cekodok udang dan taugeh.Tak lama lepas tu jiran beri saya bubur lambuk.Alhamdulillah bertambah lagi..Lauk masih berbaki untuk sahur esoknya...

Ini pula lauk hari ini

Ikan siakap masak masam manis dan kuih donut coklat.Tinggal nak goreng telur dadar je.
Tak lama lepas tu datang pula jiran mengetuk pintu rumah,beri popia goreng,bertambahlah rezeki kami.
Alhamdulillah...


Dapur pun tak bersepah sangat bila masak satu lauk je..Mudah,ringkas dan menjimatkan.Perut kita ni kecil,banyak mana sangat lah boleh nak sumbat banyak-banyak.Minum air batu 2 gelas pun dah sendat perut.Apa lagi nak masukkan macam-macam.

Pesanan:Hari-hari nak masak,saya check peti dulu,lepas tu bari fikir.Google resepi je kan....

Sharifah Aleya pun sukar nak bezakan anak-anak kembarnya...'Sunshine dan Moony'

Sedutan akhbar dari SINI

Berbicara mengenai peranannya membesarkan anak kembar, Leya seboleh-bolehnya tidak mahu membezakan anak-anaknya termasuklah dari segi pemakaian.

“Sebolehnya, saya akan pastikan mereka memakai baju yang sama. Paling berbeza pun cuma corak saja kerana saya tidak mahu menjawab hal ini di kemudian hari. 

“Maksud saya, katakanlah bila mereka besar nanti dan mereka lihat gambar masa kecil. Apa perasaan mereka, jika salah seorang daripada mereka bajunya lebih glamor berlabuci dan seorang lagi tidak, pasti sedih bukan? Jadi, saya pastikan layanan untuk anak sama rata, tiada lebih dan tiada kurang,” katanya.



 Leya turut ditanya, bagaimana cara untuk membezakan Asha dan Aza yang memiliki wajah seiras.


Menurutnya, kekeliruan bukan hanya berlaku kepada orang yang baru pertama kali melihat anak perempuannya itu, malah, dia sendiri pun kadang-kadang keliru.

“Bukan saja saya, datuk dan nenek mereka termasuklah adik-adik saya pun sukar hendak membezakan Aza dan Asha. Dari segi karektor, tidak jauh berbeza sebenarnya, kerana bila Aza ‘moody’, Asha akan okay dan begitulah sebaliknya.

“Tetapi seorang sahabat baik saya yang sejak kecil lagi melihat Aza dan Asha, dia ada gelaran untuk mereka iaitu ‘sunshine and moony’. Apabila kita fikir sinaran matahari, dia adalah Asha. Pun begitu dalam sikapnya yang ceria dia sangat panas.

“Manakala Aza pula ‘moony’. Dia hanya berikan sikit saja ruang untuk mengenalinya, kemudian terserah bagaimana cara mereka untuk merapatinya,” katanya.

Pesanan:Suka sangat anak kembarnya...comel sangat!

Sunday, July 21, 2013

Jemputan pertama berbuka di luar

Semalam mendapat jemputan berbuka puasa di sekolah suami bersama cikgu-cikgu dan anak muridnya.Walaupun sebagai jemputan,saya turut membantu membuat juadah berbuka.

Dibantu oleh pelajar-pelajar,saya mengambil tugas untuk membuat ayam percik untuk 10 ekor ayam.Saya perapkan ayam dan sediakan kuah perciknya.

Sewaktu ayam sedang dibakar,macam-macam komen pelajar-pelajar sebut."Hmm sedapnya bau", "Sedapnya".Tempat bakar ayamlah paling ramai yang berkumpul.



Bila pelajar-pelajar turut membantu,lagi-lagi pelajar lelaki,setiap tugas dan setiap menu dapat disiapkan dengan cepat.Banyak sangat menunya antaranya,sayur masak lemak,ikan singgang,ikan bakar cicah air asam,manakala kuih muih antaranya onde-onde,roti sosej,butir nangka dan macam-macam lagi.

Apa yang saya suka adalah kerjasama yang baik diberikan pelajar.Dari mula majlis sehingga selesai majlis berbuka,pelajar-pelajar telah mengemas keadaan kantin seperti sediakala.Untungkan bila ada yang menolong.Terima kasih!

Pesanan: Saya arahkan saja pelajar buat tu buat ni,kadang-kadang diorang panggil saya cikgu...heheheh...

Friday, July 19, 2013

Akhirnya Razak Sensei pergi jua...Al-Fatihah



Dikala saya sibuk di dapur pagi ni,saya mendapat panggilan daripada sahabat saya dari Johor Kak Halimah,memberitahu saya berita sedih ini.Kak Halimah juga salah seorang peserta Program Dasar Pandang Ke Timur (DPT)  bersama saya untuk sesi 95/96.

Siapa Razak Sensei? Beliau adalah antara rakyat Malaysia yang terselamat dalam kejadian bom di Hiroshima,Jepun pada 6 Ogos 1945.Mengenali beliau adalah kenangan terindah buat saya.

Kenangan bersama arwah Razak Sensei (berdiri di tengah)sewaktu Penyampaian Sijil Tamat Program DPT 95/96

Panggilan yang mengatakan Razak Sensei (panggilan cikgu dalam bahasa Jepun) Ketua Program DPT meninggal dunia semalam amat menyedihkan saya.Apa tidaknya,sewaktu dalam program tersebut dia telah menceritakan detik-detik bagaimana dia terselamat dalam kejadian ledakan bom atom Hiroshima,Jepun pada 6 Ogos 1945.Kami masih ingat lagi ayat 'mizu kudasai,mizu kudasai'.(minta air,minta air)Ayat itu memberitahu betapa mereka sangat perlukan air di dalam kejadian itu.Betapa sengsaranya mereka dikala itu.

Di kala beliau bercerita kami semua peserta program DPT sesi 95/96,ada yang mengalirkan air mata dan ada juga menahan sebak didada.Difahamkan beliau belajar di Jepun ketika itu.Ada yang berlindung di bawah meja.Saya juga sedang mengalirkan air mata di kala menulis kisah beliau ketika ini.Hanya mereka yang mendengar cerita dari mulutnya sendiri akan merasa penderitaan yang di alami beliau dan rakan-rakan di sana.

Saya tidak sempat untuk bercerita lanjut hal beliau di ruangan Ada Kenangan di Jepun. Cuma ada cerita beliau sedikit di SINI

Difahamkan juga beliau adalah rakyat Malaysia mangsa bom Hiroshima yang masih hidup dan terakhir meninggal semalam.Sama-samalah kita sedekah al-Fatihah buat beliau.Bagi saya tiada yang tidak seronok dikala bersama beliau sepanjang program DPT 95/96 itu.Semoga segala jasa baik beliau membimbing kami dan tunjuk ajar beliau dibalas baik oleh Allah.




KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang terselamat dalam kejadian ledakan bom atom di Hiroshima, Jepun pada 6 Ogos 1945, Datuk Abdul Razak Abdul Hamid (gambar) meninggal dunia semalam.
Anak Allahyarham, Prof. Tan Sri Dzulkifli yang merupakan Naib Canselor Albukhary International University mengesahkan bapanya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.55 petang di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurut beliau, Abdul Razak, 87, dikejarkan ke HKL kira-kira pukul 1 petang selepas mengadu sesak nafas.
“Arwah mengadu sesak nafas. Kami panggil ambulans dan kejarkan dia ke HKL. Ketika dirawat, jantung dia berhenti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sumber:Kosmo Online

Pesanan: Beliau adalah ayahanda kami yang terbaik dikala kami berjauhan dengan keluarga.

Thursday, July 18, 2013

Berapa harga biskut raya kawasan anda?

Berapa ye harga biskut raya atau kuih raya di kawasan anda?Saya ada juga senarai harga untuk harga biskut raya di kawasan kediaman saya.Saya kan tukang jualnya.Macam tahun lepas juga,mengambil tempahan pelanggan lebih awal.

Saya tolong jualkan biskut raya ni dari sahabat yang tinggal di Kuala Lumpur.Dapatlah komisen sikit.Memandangkan ada lebih kurang 3 minggu je lagi sekolah sebelum raya,saya terpaksa tamatkan tempahan hari Jumaat ni.Ini untuk memudahkan saya menghantar jumlah tempahan kepada sahabat di sana,nak pergi ambil lagi,dan saya dapat mengagihkan tempahan kepada pelanggan sebelum cuti bermula.Maklumlah cikgu sekolah belaka kat sini.

Berikut antara contoh kertas yang dicetak nama,rupa dan harganya sekali.
Slow sikit tahun ni sebab saya sibuk menjaga anak orang yang ramai jugak tahun ni.Jadi masa untuk berjalan dari rumah ke rumah susah sikit,petang saya dah letih.hehehe






Macam-macam nama biskut raya kali ni.Harga pun boleh tahan.Antara RM 22 ke RM25 untuk 50 biji.Saya sendiri beli juga.Bercadang juga nak buat,tapi sempat ke tidak.

Dah tempah biskut raya?

Pesanan: Rindu kek dan kuih kapit mak selalu buat raya dulu-dulu,sejak cucu dah besar ni mak dah tak larat nak buat.

Wednesday, July 17, 2013

Menu satu lauk satu kuih ...sambal bachang tu yang tak tertahan tu....


Menu saya untuk petang ni.Tak perlu nak lelah kat dapur masak banyak-banyak.Sudahnya tak habis juga.Kalau sambal ikan bilis ni boleh juga naik selera nak makan.

Kuih apam beras tu pun saya buat ikut satu adunan memang banyaklah dapat.Jadi saya agih-agihkan sedikit kepada jiran-jiran dan tinggalkan sedikit untuk kami makan.

Cukuplah tu.lauk tu kalau nak tambah pun untuk anak-anak iaitu telur dadar.Saya ada buat sambal bachang semalam.Buat banyak,makan sikit,lebihnya simpan peti boleh makan lagi esoknya.Penaik selera namanya ni.


Okaylah,saya bukan nak tayang sangat makanan,tapi tujuan saya ikhlas nak beri cadangan untuk anda yang masih pening nak masak juadah berbuka nanti.

Selamat Berpuasa...dan selamat berbuka puasa...

Pesanan: Resepi sambal bachang tu ada dalam Majalah Saji Julai 2013.Cubalah sedap....

Soalan Lazim Bulan Puasa

Soalan Lazim Bulan Puasa..

Soalan 1:
Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?
Jawapan:Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.
Soalan 2:Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhuk? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya, kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit. Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga.?
Jawapan:Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.
Soalan 3:Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya puasa itu bermula?
Jawapan:Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajar pun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.
Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.
Soalan 4:Apakah hukumnya sekiranya apabila di dalam bulan ramadhan, seseorang itu tidur di malam hari dan apabila terjaga di waktu pagi (dah terbit matahari) dan dah mula berpuasa, di dapati air mani terkeluar dari kemaluannya Bolehkah dia meneruskan puasanya dan sahkah puasanya itu?
Jawapan:Jika kita bermimpi di malam bulan Ramadhan, dan baru tersedar ketika bangun pagi, maka segeralah mandi wajib, kemudian teruskanlah berpuasa. Sebab berjimak ataupun bermimpi pada malam hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Bahkan setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang Ramadhan pun tidak membatalkan puasa namun ia harus segera mandi wajib.
Soalan 5:Saya telah diserang penyakit gatal-gatal di badan. Apabila ke kelinik untuk mendapatkan rawatan, doktor telah mengenakan suntikan kepada saya. Apakah puasa saya dikira batal kerana suntikan itu?
Jawapan:Sebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan ketika siang bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Diantara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibn Hazm. Namun setengah ulama yang lain membatalkannya.
Bagi kami hal ini melihat keadaan, jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa.
Soalan 6:Adakah puasa difardhukan ke atas umat yang dahulu. Kalau difardhukan ke atas mereka, pada bulan apakah diwajibkan berpuasa?
Jawapan:Puasa telah difardhukan ke atas umat dahulu dalam bulan Ramadhan sebagaimana difardhukan ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w.
Selanjutnya bolehlah ke SINI
Pesanan:Sekadar berkongsi pembacaan.

Tuesday, July 16, 2013

Kempen Satu Lauk Satu Kuih

Saya nak berkempen ni.hahaha...Kempenlah sangat kan..

Antara cara-cara untuk mengelakkan pembaziran adalah dengan menyediakan satu lauk satu kuih.Masak secukupnya.Di samping itu mengelakkan dari kita makan terlalu banyak kerana terlalu banyak pilihan makanan.

Perut pun tak terasa penuh dek kerana makan terlalu banyak.hehehehe...Nanti mulalah mata pun kuyu.Apa pun tak boleh.



Saya punya pilihan pula walaupun satu lauk masih ada tambahan lauk tetap untuk anak-anak iaitu lauk telur dadar.Walaupun satu lauk,saya pastikan lauk itu berkuah.Dah hampir 7 hari kita berpuasa itulah yang saya lakukan,iaitu menyediakan satu lauk satu kuih.

Kuih pula saya buat kuantiti lebih sedikit untuk disedekahkan kepada jiran-jiran.

Tapi,maklumlah bulan-bulan puasa ni rezeki memang benyak.Jiran-jiran pula rajin memberi kuih,ini menyebabkan banyak pilihan kuih muih walaupun dalam kuantiti sedikit.Maknanya dapatlah merasa sikit sorang kan.

Kepada jiran-jiran yang memang nak beri kuih kepada jiran-jiran ni,saya nasihatkan beri dalam kuantiti yang sedikit.Ini bagi mengelakkan berlaku pembaziran dengan kuih yang terlalu banyak diberi.

Bayangkan 3 jiran beri kuih serentak,di situ dah banyak bilangan kuih yang ada kan...

Okaylah selamat berpuasa semua!

Pesanan: Jangan lupa buatlah air yang best-best untuk anak-anak.

Monday, July 15, 2013

Mesin Untuk Perah Soya

Saya ternampak mesin perah soya ni di rumah kakak ipar.saya pun amik gambar.Bulan puasa ni memang dia menjual air soya.Dulu-dulu dia perah secara manual je.Sekarang dah pakai mesin,saya pulak jakun bila tengok.hehehe


Masukkan soya kedalan bekas yang disediakan.Pastikan sebelah kira ditadah dengan plastik untuk tadah hampas soya tu.


Air soya yang telah diperah terus keluar ditempatnya,pastikan ada baldi untuk ditadah air soya tu.

Kemudian air yang telah diperah mesin tadi perlu ditapis sekali lagi,sebelum dimasak.


Beginilah rupanya mesin perah soya ni.saya pun lupa nak tanya harganya.Berapa agaknya ye.

Pesanan: Soya baik untuk kesihatan,boleh diminum panas atau sejuk.

Selingan Blog - Kucing Parsi

Bulan puasa ni ramai lah surirumah sibuk menyediakan juadah istimewa untuk berbuka nanti.Saya pun tidak kurang juga mencuba resepi-resepi baru untuk juadah berbuka puasa.Masa ni habis semua resepi saya selongkar sama ada dari buku-buku resepi saya,majalah-majalah lama dan baru seperti Saji dan Rasa.

Semuanya terliur bulan-bulan puasa ni.Namun demikian saya sentiasa beringat agar jangan membazir dan kawal nafsu nak makan saya tu.Saya sekadar menyediakan 1-2 jenis lauk dan sejenis kuih.Cukuplah cerita tentang makanan di bulan puasa ni.

Saya nak beri selingan dengan memaparkan gambar kucing parsi jiran saya.Geram saya tengok bulunya yang mengembang tu.Jomlah tengok sekejap.




Pesanan:Semua kucing-kucing tu adik beradik tau.Nampak garang yang duduk kat TV tu.

Tuesday, July 09, 2013

Ramadhan datang lagi...

Ramadhan datang lagi
Apa yang kamu rindukan?
Apa yang kamu mahu gandakan?
Ganjaran apakah yang kamu mahu?

Aku rindukan Solat Terawih
Aku rindukan taddarus Al-Quran
Aku rindukan malam Lailatul-Qadar

Aku juga mahu ganjaran pahalaku digandakan
Aku ingin banyak bersedekah
Aku mahu mataku dijaga,mulutku dijaga,
Aku juga mahu nafsuku dijaga,tindak tandukku dijaga

Rinduku pada syurga Allah,
"Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan;
Pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya dan tidak seorang pun selain mereka memasukinya..." (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Aku rindu segala-galanya di bulan Ramadhan ini.....

"Selamat Berpuasa"

Pesanan:Tazkirah Ramadhan: Bulan puasa adalah bulan untuk melipat gandakan amalan baik,bukannya bulan untuk tidur.


Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...