Sunday, March 16, 2014

Topi kertas



Sebelum ni saya bercerita tentang kapal terbang kertas,kini kami disuruh buat topi kertas pula.Amboi,semua ingat lagi buat topi dari kertas.Macam-macam fesyen pula.

Kursus Anak Permata memang banyak menumpukan kepada perkembangan menyeluruh kanak-kanak.Sebagai kanak-kanak pasti mereka suka mereka cipta,lebih-lebih lagi dari bahan yang mudah didapati.

Tanpa segan silu kami memakai di atas kepala masing-masing.Semua tertawa sendiri.Sangat seronok melakukan aktiviti sebegini.

Rilex dan hilang rasa stress seketika.Berdamping dengan kanak-kanak memang mengasyikkan.

Pesanan: Masih ada 2 minggu lagi untuk saya menghabiskan kursus ini.Semoga segala ilmu yang saya dapat ni dapat saya praktikkan di taska saya.Rindunya nak jumpa anak-anak taska saya.


Friday, March 07, 2014

Kapal Terbang Kertas





Bila kali terakhir anda membuat lipatan kapal terbang?Jangan terkejut bila pergi berkursus disuruh buat kapal terbang dari kertas. Inilah antara aktiviti saya semasa berkursus Kursus Asas Permata yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak.Nasib baik saya masih ingat lagi cara nak buatnya. Kawan-kawan lain pun masih ingar.Hmmm...tak sangka pula ada aktiviti sebegini.Namun demikian ada maksud lain disebalik aktiviti ni.Jadi kami yang berkursus ni lah kena faham kaitannya dengan kanak-kanak. Oklah.Sambung berkursus lagi ni...jumpa lagi...

 Pesanan:Kursus tentang kanak-kanak ni tak jemu tau...seronok..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...