Tuesday, June 25, 2019

Musim menghantar anak-anak sambung belajar



Dimana sahaja kamu belajar atau dihantar belajar, bersyukurlah.Kerana masih ramai lagi yang mahu belajar tapi tidak mampu,mahu belajar tapi tiada kelayakan,mahu belajar tapi malas nak belajar.

Alhamdulillah anak saya salah seorang yang berminat untuk menyambung pelajaran nya selepas SPM.Lebih lagi dia pun minat dengan bidang yang dipilih.

Sebagai ibubapa kami menyokong dan menyediakan segala keperluan yang akan digunakan atau diperlukan.

Biarlah anak perempuan belajar tinggi pun,tak payah risau dengan kata-kata "belajar tinggi-tinggi ke dapur juga".Eh mestilah ke dapur,kalau dah lapar kenalah masak,kalau tak lapar lah kau.Hahaha..

Okaylah...saya dah siap daftar anak Sabtu lepas.Seronok pula tengok gelagat anak dan ibubapa masing-masing.Teringat zaman di ITM Shah Alam dulu-dulu.

Bye

Saturday, May 11, 2019

Pencuci mulut-nekbat



Walaupun sudah lama berkahwin dengan orang Kelantan,banyak lagi manisan negeri ni saya tak rasa.Sama ada saya tidak berapa berani mencuba ataupun tidak ada siapa nak perkenalkan makanan - makanan tersebut.
Apa pun,baru-baru ni ada seorang cikgu berikan saya nekbat.Saya pernah dengar dan lihat tapi tak pernah merasa sekali pun.Ianya seperti kuih bahulu.Hanya perlu sediakan kuahnya sahaja.
Maka dengan penuh minat saya cuba google resepinya.
Hasilnya saya berjaya siapkan nekbat tersebut.
Mudah sangat bahan-bahannya,air,gula,bunga cengkih dan daun pandan.

Nanti saya rasa lepas berbuka puasa.Yang pasti mesti manis ni.


Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...