Cuti sekolah sudah bermula.Ke mana agaknya anak-anak?Pulang ke kampung atau pergi bercuti?Tak kisahlah ke mana pun anak-anak,sebagai ibubapa jangan terlepas pandang di mana anak-anak berada.Terutamanya ibubapa yang bekerja.
Saya terlalu gembira kali ini kerana mendapat 4 berita gembira.Pertamanya anak saya lulus dalam UPSR dengan mendapat 4A,keduanya, saya mendapat cabutan bertuah sebuah hamper yang dipenuhi barangan keperluan dapur,ketiganya suami saya terpilih sebagai ibubapa komited di majlis penyampaian sijil anak saya di sekolahnya,dan yang keempatnya saya mendapat pelawaan penginapan percuma daripada kawan adik saya 3 hari 2 malam di Fraser Hill,Pahang.
Apa yang saya ingin ceritakan ialah penginapan percuma yang saya dapat.Dapatlah juga saya berkongsi dengan mempelawa pula Cikgu Niena sekeluarga untuk turut serta.Maka inilah kesempatan untuk kami bercuti bersama.
Jom kita tengok kat mana saya tinggal dan tempat-tempat yang sempat saya lawati:
Bergambar bersama anak saya dan anak-anak Cikgu Niena.
Rumahnya besar dan amat selesa
Terdapat 2 bilik..ini bilik utama
Bilik air yang mempunyai bath tab...anak-anak berendam lama dalam bath tab ni...ish...nak guna pun kena beratur...
Dapur yang dilengkapi peti ais dan microwave...barang dapur dan dapur gas mini saya bawa sendiri....
Sebaik tiba...kena masak..anak-anak kelaparan kerana sejuk..
Anak-anak lebih selesa tidur di luar dengan membentang toto yang kami bawa dari rumah..
Acara kayuh boat terpaksa dibatalkan kerana hujan di ganti dengan acara memberi makan ikan...
Acara berbasikal dengan harga RM 5 sejam juga hanya dapat bertahan selama 15 minit...hujan daa....
Ini lah pertama kali menaiki kuda he he he...tak best pun...
Tempat wajib perlu bergambar..baru orang tau kita pergi Fraser Hill...kannnn...
Tempat ni mungkin jarang orang pergi..ye lah siapa nak mandi air terjun sejuk-sejuk ni..Saya sekadar berjalan-jalan sekitarnya sahaja.
Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah beri,saya dan keluarga amat bersyukur.
Pesanan:Inilah entry saya pertama yang paling banyak gambar yang di upload..jadi jangan bosan ye.