Saturday, November 12, 2011

Mandi kolam...

Cuti baru-baru ni...sempat juga bermalam selama satu malam di Kuantan.Akibat perjalanan yang meletihkan,maka kami mengambil keputusan  mencari hotel berdekatan untuk bermalam.

Akhirnya Hotel Seri Malaysia,Kuantan, Pahang menjadi pilihan.Sebenarnya sambil-sambil nak bawa anak mandi kolam.Dah lama tak mandi kolam budak-budak tu.

Yang menariknya,kolam tu di buka jam 8 pagi,anak-anak dah tak sabar dah tercongok pukul 8 pagi di kawasan kolam.Terus masuk kolam sejuk-sejuk tu.Saya jenguk dari dalam bilik hanya anak-anak je yang mandi,anak-anak orang lain tak de lagi.

 Lihatlah dunia...pukul 8 pagi dah masuk kolam...eee..sejuknya...


 Budak berdua ni pose dulu,baju mandi dah standby...ajak makan pagi dulu...
(dalam hati tak sabar nak mandi kolam)

Lama tu...barulah anak orang lain berani juga nak masuk kolam tu...pelampung tu baru beli ..he he he


Pemandangan dari dalam bilik.. bilik 129 ok


Sementara tu ibubapa dan anak kecil breakfast dulu!


Sesi bergambar anak-anak di hadapan pintu hotel


Ibubapa pun nak pose juga..  tu si kecik baju merah jalan sorang-sorang kat belakang tuuu..


Nota penting: Budak-budak mandi sampai pukul 1 tengah hari tau!Semua terlena sebaik je masuk dalam kereta sewaktu perjalanan pulang.Aman dalam kereta seketika.He he he

Pesanan: Ambil satu bilik,duduk ramai-ramai jangan lupa bawa toto dan bantal spare sekali ye...

14 comments:

  1. salam ziarah

    bagusnya ank akak kcik2 dh lekat pkai tudung. anak dara sy pyah btul ;D

    ReplyDelete
  2. @so shy Lady-tak lama jugak si kecik lekat tudungnya..masuk kereta dah buka..panas katanya..takpe latih perlahan-lahan..

    @Dkna-nak join pun boleh jom!

    ReplyDelete
  3. seronok kalau melayan budak2 main kolam ni... kita pun xsedar masa berlaluuu

    ReplyDelete
  4. @Dahlia-ye betul tu...saya kat bilik syok baring-baring..tengok2 jam dah kul 12...

    ReplyDelete
  5. dunia kanak2 semuanya indah.. sejuk pun terasa panas..

    ReplyDelete
  6. suka mama tgk ank2 `ummiarissa` berendam kat pool tu !!..he2x..knk2 suka sgt bila jumpa pool..

    ReplyDelete
  7. @Mama Aini-tu lah mama..kalau dah masuk tak ingat dah nak keluar dari kolam...syok sangat!

    ReplyDelete
  8. Kemanalah si kecik tu berlari masa ibu dan abah berposing tu ya.. lari cepattt..

    ReplyDelete
  9. che mid-kak waktu ni orang sibuk bergambar sana sini..dia pun amik kesempatan ..lari...jenuh abang kakak mengejarnya..

    ReplyDelete
  10. pernah gak duk sini semasa ke kuantan...

    ReplyDelete
  11. Nampak seronok bebudak tu!

    Amboi si kecik baju merah tu jauh terlepas tuh :)

    ReplyDelete
  12. @bangsawan nilai-seronokkan..

    @Dinas Aldi-nak gembirakan anak-anak..ginilah..sikecik tu macam baru terlepas je tu...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.