Thursday, November 17, 2011

Alhamdulillah....Tahniah calon UPSR yang berjaya!

Seawal pukul 9.15 pagi saya suah bersiap untuk ke sekolah anak.Pagi ni keputusan UPSR keluar seiring dengan majlis penyampaian sijil anak.Dengan membawa 5 orang anak kecil(3 anak jagaan,2 anak sendiri),saya gagahkan kaki berjalan ke sekolah anak yang bersebelahan je dengan kuarters saya.

Saya ingin mendengar dan melihat sendiri keputusan UPSR anak kedua saya Aisyah.Lebih kurang pukul 10.30 pagi,guru besar membuat pengumuman secara rasmi.Akhirnya anak saya berjaya mendapat keputusan 4A 1B.Dia telah mencuba sedaya upaya dan itulah hasilnya.Saya suka dengan renungan dari Prof Dr.Muhaya dalam ruangan facebooknya yang ditulis seperti ini:

Buang tabiat membanding berapa A anak kita dapat dan jangan jadikan A suatu KPI tetapi jadikan solat, akhlak dan menutup aurat KPI penting. Lihat bagaimana kabahagiaan kita sekeluarga akan meningkat dan ketenangan meningkat apabila Allah tujuan kita redhaNya yang dicari, kasih sayang dan mengenal ALlah menjadi usaha kita setiap hari. Ajarkan ini pada anak anak setiap hari. Ibu bapa kalau anak anak kurang baik salahkan diri dan minta maaf pada anak danmula buat perubahan, insyaAllah anak akan berubah. Jgn bjet kita perfect as parents.


Apapun keputusan yang keluar saya redha.Saya sentiasa berdoa untuk kesemua anak-anak saya agar berjaya dalam pelajaran mereka.Sebagai ibu dan bapa kita jangan terlalu menaruh harapan tinggi kepada anak,kita perlu lihat keupayaan anak setakat mana.

Tahniah buat anak saya Aisyah,semoga adik-adiknya akan berazam lebih kuat untuk belajar.
Kepada yang kurang berjaya,ini bukan penghujungnya,masih jauh lagi perjalanan menjadi seorang pelajar dan peluang sentiasa ada,jangan berputus asa.

Pesanan:Seperti mahu berhujung minggu di tempat sejuk cuti ni...

9 comments:

  1. tahniah buat Aisyah..ank mama pun dpt 4A 1B masa UPSR dulu..ya doakan yg terbaik buat ank2..hu2x..doa seorg ibu biasanya termakbul..

    ReplyDelete
  2. Sallam Ida,

    Alhamdulillah, tahniah buat Aisyah,
    Semuga Aisyah akan lebih cemerlang dalam PMR nanti.

    ReplyDelete
  3. salam...terima kasih kerana sudi menjadi follower akak...tahniah utk aishah dan ibubapa nya..pada akak bagus keputusan aishah..nak akak kongsi rasa..anak akak 3 org..2 org sdh di kolej (uitm) bkn nk menunjuk tdk sesekali ya..nk kongsi je..2 beradik ni hanya dpt 3a 2b dn adik 2a 2b 1c..pada upsr msg2..jd pd aishah harap jgn frust sgt..

    masa depan hnya Allah yg tahu ya..yg pntg kita berusaha dan jgn putus asa..InsyaAllah nanti kita peroleh hasil nya..perjalanan masih panjang..even anak2 di Universiti pun perlu lebih kuat brusaha utk tamat pengajian dgn keputusan yg cemerlang..tak ada noktah pada usaha..
    pada aishah...anty doakan yg terbaik dan selamat maju jaya...:)

    ReplyDelete
  4. @mama aini@Lipis Lady-terima kasih banyak-banyak atas ucapan itu,semoga menjadi dorongan kuat baginya untuk belajar lebih tekun..

    ReplyDelete
  5. @saniah-terima kasih kak sudi singgah blog ni,keputusan UPSR ni tak perlu gusar kalau tak cemerlang sangat,kita masih boleh berusaha lebih lagi pada peringkat seterusnya kan..baguslah anak-anak akak berjaya ke peringkat lebih tinggi,tahniah juga dari saya...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...pandainya anak akak...saya tumpang hepi....sejuk perut ibu mengandung...

    ReplyDelete
  7. @wahida-terima kasih banyak-banyak ye...

    @Dni-terima ksih ye

    @bangsawan nilai-terima kasih sekali lagi semua ye..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.