Monday, November 21, 2011

Bukit Fraser atau Fraser Hill?

Cuti sekolah sudah bermula.Ke mana agaknya anak-anak?Pulang ke kampung atau pergi bercuti?Tak kisahlah ke mana pun anak-anak,sebagai ibubapa jangan terlepas pandang di mana anak-anak berada.Terutamanya ibubapa yang bekerja.

Saya terlalu gembira kali ini kerana mendapat 4 berita gembira.Pertamanya anak saya lulus dalam UPSR dengan mendapat 4A,keduanya, saya mendapat cabutan bertuah sebuah hamper yang dipenuhi  barangan keperluan dapur,ketiganya suami saya terpilih sebagai ibubapa komited di majlis penyampaian sijil anak saya di sekolahnya,dan yang keempatnya saya mendapat pelawaan penginapan percuma daripada kawan adik saya 3 hari 2 malam di Fraser Hill,Pahang.


Apa yang saya ingin ceritakan ialah penginapan percuma yang saya dapat.Dapatlah juga saya berkongsi dengan mempelawa pula Cikgu Niena sekeluarga untuk turut serta.Maka inilah kesempatan untuk kami bercuti bersama.

Jom kita tengok kat mana saya tinggal dan tempat-tempat yang sempat saya lawati:


Bergambar bersama anak saya dan anak-anak Cikgu Niena. 

Rumahnya besar dan amat selesa

Terdapat 2 bilik..ini bilik utama 

Bilik air yang mempunyai bath tab...anak-anak berendam lama dalam bath tab ni...ish...nak guna pun kena beratur... 

Dapur yang dilengkapi peti ais dan microwave...barang dapur dan dapur gas mini saya bawa sendiri....

 Sebaik tiba...kena masak..anak-anak kelaparan kerana sejuk..

 Anak-anak lebih selesa tidur di luar dengan membentang toto yang kami bawa dari rumah..


Acara kayuh boat terpaksa dibatalkan kerana hujan di ganti dengan acara memberi makan ikan... 

Acara berbasikal dengan harga RM 5 sejam juga hanya dapat bertahan selama 15 minit...hujan daa....

Ini lah pertama kali menaiki kuda he he he...tak best pun...

Tempat wajib perlu bergambar..baru orang tau kita pergi Fraser Hill...kannnn...

Tempat ni mungkin jarang orang pergi..ye lah siapa nak mandi air terjun sejuk-sejuk ni..Saya sekadar berjalan-jalan sekitarnya sahaja.

Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah beri,saya dan keluarga amat bersyukur.

Pesanan:Inilah entry saya pertama yang paling banyak gambar yang di upload..jadi jangan bosan ye.

13 comments:

  1. wah bestnya gi bercuti..agak lama juga mama tak terjah fraser hill..he2x..

    ReplyDelete
  2. @mama aini-kalau nak relax relax...eloklah ke sana...nyaman sejuk dan tenang...g lah mama bawa family..

    ReplyDelete
  3. Sallam Ida,

    Waahh..cuti sakan yee, percuma lagi... Sejuk tak kat Fraser Hill sekarang ni..tak ada gi tengok taman bunga ke Ida..

    Akak pun lama dah tak gi sana, last sekali sepuluh tahun yang lalu kut, itu pun ikut rombongan cik Kiah..hehe..

    ReplyDelete
  4. Wah,dapat naik kuda tu, tak kan tak best lak akak,huhuhu

    ReplyDelete
  5. Wah,dapat naik kuda tu, tak kan tak best lak akak,huhuhu

    ReplyDelete
  6. @lipislady-kak tu lah rezeki...nak dapat percuma macam ni 35 tahun, sekali ni baru dapat..tak pergi berjalan sangat kak..hujanlah

    @Dni-sakit punggonglah dni naik kuda tu..

    ReplyDelete
  7. @Dkna-betul tak bestlah naik kuda...

    ReplyDelete
  8. Tak jemu pun tengok gambar tu.. kalau dah pergi berjalan tentulah banyak gambar..

    ReplyDelete
  9. tahniah buat anak ummi untuk UPSR...

    munna takde plan kemana2 pun lagi masa cuti sekolah ni

    ReplyDelete
  10. @che mid-ye ke kak..ok lah tu

    @munna-terima kasih munna...kena plan juga bawa anak-anak..supaya mereka tak jemu duk rumah je..

    ReplyDelete
  11. eh akak ni nampak berisi lar..mengandung lagi ker? wakakaka....sila2 lah diet.

    ReplyDelete
  12. @wah cik norfa tak tapis-tapispun ayat-ayat power tu..agak-agaklah sikit nak kata akak ngandung...takde maknanya...dah memang akak banyak makan naik le perut tu..takkan perut je kan..dengan badan-badan pun naik berisi..awak tu bila lagi..lama kitaorang tunggu ni...nak baby!nak baby!!

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.