Showing posts with label tart keju blueberi. Show all posts
Showing posts with label tart keju blueberi. Show all posts

Saturday, October 26, 2013

Kemahiran yang sudah lama ditinggalkan

Tak lama mana pun,mungkin dalam 2-3 tahun.Maklumlah dah bertukar karier yang lebih mencabar.Cheh,mencabar apanya,anak jagaan yang semakin bertambah,lalu minat saya yang ini hampir terlupa.

Dah lama tak menguli roti,akhirnya berjaya juga saya membuatnya.Mujur anak-anak dara ada di rumah bercuti.Ringan sikit kerja nak buat.Ini roti sosej, tart keju blueberi dan tart telur yang sempat saya buat untuk jualan sempena Majlis Graduasi Sijil Kemahiran  Malaysia (SKM) di Kolej Vokasional Kuala Lipis,tempat kerja suami saya.Bila ada je yang offer saya menjual,saya tak lepaskan peluang.


Hasilnya masih seperti dulu,bolehlah dari tak jadi langsung.Kemahiran seperti ini kadang-kadang mudah lupa,tapi bila dah mula je,barulah lancar je tangan ni membuatnya hingga siap.


Cuma yang bawah ini saya tak jual sebab tart buah-buahan ni,saya dapat 6 biji je,lebihan sarang tart.Jadi buat santapan keluarga je lah.

Okaylah kan..

Yang ini pula pelajar-pelajar yang menghadiri Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM),Kolej Vokasioanl.Kepada sesiapa yang ingin memohon bolehlah rujuk kat  SINI ye.Dan bagi yang ingin mengetahui tentang perbezaan antara Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik boleh rujuk entry di SINI.Kredit kepada www.kujie2.com.



Itulah antara aktiviti saya hujung minggu ni selain menonton perlawanan bola.

Pesanan: Jangan malu bertanya tentang Kolej Vokasional dan jangan lupa tanya juga minat anak anda.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...