Sharlene Zamelya nama yang diberi kedua ibubapanya telah pergi meninggalkan orang-orang yang menyayanginya pada hari Isnin 28 Oktober 2013/23 Zulhijjah 1434 pada jam lebih kurang 8.15 pagi.Anak bongsu daripada lima orang adik beradik.Dia seorang kanak-kanak yang riang dan sangat manja dengan keluarganya.Juga kepada sesiapa yang dikenali dan mengenalinya.Dia juga penyokong tegar kepada pasukan bolasepak negerinya Kelantan.Hampir setiap kali pasukan Kelantan dapat masuk ke perlawanan akhir,dia dan keluarga akan turun memberikan sokongan.
Dia juga adik cilik yang sering memimpin tangan pemain-pemain pasukan negeri Kelantan.Seringkali wajahnya keluar di kaca TV memimpin tangan pemain, jika pasukan bolasepak Kelantan bermain di tempat sendiri di Kota Bharu.
Dia hanya berusia 9 tahun ketika meninggalkan keluarga untuk selama-lamanya dengan penyakit misteri yang dialaminya.Jangan ditanya apa,kerana kita hanya merancang hanya Allah yang tentukan segalanya.Apabila segala ikhtiar telah dilakukan,akhirnya kita berserah jua kepada Allah.
Tempatnya telah ditentukan Allah,berbahagialah kau di sana Adik!Al Fatihah
Pesanan: Dia adalah anak saudara suami saya.Saya dan keluarga terus pulang ke sana sebaik sahaja mendapat berita kehilangannya.
