Wednesday, June 26, 2013

Wordless Wednesday # 27- ee...umi ...tanah kubur...



Terkejut saya bila anak saya berusia 3 tahun tunjuk kat padang sekolah,sambil kata ee...umi tanah kubur.Ni padang woodball lah.Suspen je.

Pesanan:Pertama kali dia sebut,saya buat tak endah,bila lalu nak balik baru saya toleh,bukan apa dulu lain padang woodball ni,sekarang lain lah pulak.Siap warna merah lagi.

Monday, June 24, 2013

Minuman Khas Pontianak

Jangan terkejut ye.Kalau anda terkejut saya lagi terkejut.Anak-anak saya lagi terkejut.hehehe

Ceritanya seorang sahabat dari Sarawak,membawa buah tangan terbaik untuk saya dan keluarga.Inilah pertama kali saya merasa lidah buaya.Anak-anak pun tercengang bila saya beritahu namanya lidah buaya.Namun demikian saya terangkan apa sebenarnya lidah buaya.

Lidah buaya kan dari tanaman yang kulitnya tajam sedikit dan berwarna hijau dan panjang seperti lidah.Dari isi dalamnya lah ianya dibuatkan minuman khas ini.Pontianak tu saya rasa asal dari Pontianak Indonesia.Kan Sarawak dekat dengan Pontianak.

Bukan minuman untuk pontianak hantu tau!Mengikut tulisan di paket tu,ianya khasiatnya minuman ini adalah ianya berserat tinggi dan berkhasiat untuk tubuh badan kita.





Dalam satu paket,dipaket pula 4 bahagian,dan disimpan sejuk.Sedap dimakan sejuk-sejuk.Rasanya seperti nata de coco,airnya manis,anak-anak pun suka.


Terima kasih kepada sahabat saya dari Sarawak yang mengirimkan buah tangan untuk saya sekeluarga.

Pesanan: Saya tak tahu pula selain lendir lidah buaya ni yang punya khasiat untuk kecantikan,rpanya isinya boleh dimakan.Betulkan...

Monday, June 17, 2013

Ada lagi ke jual pelita ni?


Kalau saya lihat pelita ni,automatik ingatan saya mengembara ke alam zaman kanak-kanak dulu.Semua cerita lama berputar-putar sendiri di dalam kepala saya.Sedih,gembira semuanya ada.

Nostalgia barangan lama ni memang sangat mendalam.Selain pelita ni,saya pernah ingat lagi kalau takde elektrik di rumah,ayah ada juga pakai pelita yang besar sedikit.Tapi kena pam untuk hidupkan api,kemudian boleh putar benda kecik macam kat atas tu untuk menentukan cahaya yang kecil atau besar.Dah tak ada agaknya kan.

Yang bestnya gambar perempuan Cina kat lampu tu.Dulu ada juga saya guna bedak dalam bekas empat segi,ada juga gambar perempuan Cina kan.Betullah orang kata,zaman yang dah berlalu tu lebih meninggalkan kesan mendalam dalam hidup.Saya suka zaman kanak-kanak dulu berbanding zaman kanak-kanak sekarang.Canggihlah macam mana pun,zaman dulu juga yang best.

Ni pun saya ambil gambar di rumah nenek saudara saya.Masih elok lagi dalam simpanannya.Boleh guna lagi tu.

Pesanan:Apa saja barangan lama sekarang ni sangat bernilai zaman sekarang.

Saturday, June 15, 2013

Peminat Novel


Kalau dah minat,apa saja sanggup orang lakukan.Sebenarnya novel-novel ni bukanlah saya punya.Kakak ipar saya punya.Itu pun saya snap tanpa pengetahuan dia.Mungkin tak banyak seperti orang lain.

Tapi antara banyak-banyak novel dia tu,banyak yang saya tak baca,segan pula nak pinjam.Jadi bila berkesempatan ke rumahnya,saya akan selak satu-satu buku tu,baca mana yang penting je.Kadang-kadang sebab kesuntukan masa,saya selak bab depan dan yang akhir je.Tapi mana feel...tak syok baca macam tu kan.

Kat belakang buku-buku tu pun ada lagi terselindung novel-novel dia.Saya kalau nak beli banyak-banyak tidaklah.Setakat mana yang boleh je.Dulu zaman remaja rajin membeli.

Jadi kalau saya singgah je rumah dia,mesti saya sambung balik bacaan yang tertinggal.Hahaha...jadilah...

Pesanan:Sangat sibuk kebelakangan ni.Maaf.

Monday, June 03, 2013

Roti Jala di Stadium Paroi,Negeri Sembilan

Kalau ke Negeri Sembilan jangan lupa singgah di gerai menjual roti jala.Bermacam pilihan kuah roti jala ikut selera anda.


Sebenarnya pemilik roti jala ini adalah kepunyaan arwah bapa saudara saya (sebelah bapa) dan kini disambung usaha perniagaan itu oleh isteri dan anak-anak beliau.


Kesempatan berkunjung di Negeri Sembilan (tempat ayah saya),untuk menziarahi saudara yang sakit,kami gunakan untuk singgah di gerai mereka.



Pengunjung yang ramai walaupun ketika itu hampir menunjukkan jam 7 petang,bermakna hampir ke penghujung masa perniagaan mereka.


Silalah berkunjung ke sana jika anda berkesempatan ke sana.

Pesanan:Saya tetap bayar walaupun mereka tetap tidak menerima pembayaran dari kami.Merekakan berniaga.

Sunday, June 02, 2013

Cuti Sekolah Sudah Bermula......Jom Bercuti!

 STICKY POST!ROLL ke bawah untuk entry terbaru!!!

IKLAN

Sudah tentu kalau kita nak kemana-mana ,tempat yang paling kita cari ialah tempat tinggal yang sesuai dengan keperluan keluarga dan juga budget keluarga.

Apakata jika anda merancang bercuti ke Kelantan,jom singgah bermalam di D'Family Homestay,pemilik Melayu beragama Islam dan menyediakan kelengkapan rumah seperti berada di rumah sendiri.


Dengan menyediakan ruang tamu yang besar,anda tidak perlu bersesak-sesak berada di ruang tamu untuk berehat sambil menonton televisyen dengan langganan Astro Basic pasti tidak mengecewakan anda.Anda juga boleh menonton Astro langganan anda sendiri dengan membawa bersama dekoder anda.Hanya tukarkan dekoder yang sedia ada,anda seperti berada di rumah sendiri.Menarikkan!


Bilik utama yang luas dilengkapi aircond,disediakan juga bilik air didalam dan ruang tingkap untuk lebih keselesaan.Almari untuk menyimpan dan menggantung pakaian turut disediakan.


Ruang dapur yang luas juga memudahkan kerja-kerja memasak anda sekeluarga.Dengan ruang meja makan dan kerusi 8 biji pasti anda sekeluarga dapat menikmati hidangan dengan selesa.Peti sejuk,alatan memasak dan mesin basuh juga turut disediakan untuk penginapan yang lama.

Apa yang penting D'Family Homestay juga turut menawarkan penginapan untuk kumpulan-kumpulan kecil seramai 15-20 orang dengan menyediakan bantal dan toto tambahan untuk keselesaan tetamu yang menginap.

Lokasinya yang strategik hanya 10 minit ke Kota Bharu.mampu memuaskan hati tetamu kerana persekitarannya yang dekat dengan pasar basah,kedai runcit,stesyen minyak,masjid dan mesin ATM Maybank pasti menyenangkan tetamu berurusan.

Dengan harga RM250 semalam termasuk cuti sekolah dan cuti umum pasti berbaloi untuk anda,lebih-lebih lagi jika menginap dengan keluarga yang besar atau dengan kumpulan-kumpulan kecil.

Apa pun tujuan penginapan anda atau  destinasi anda,,jangan lupa untuk mencuba menginap di D'Family Homestay,Pengkalan Chepa,Kelantan.

Untuk keterangan lanjut dan lebih gambar lawati :D'Family Homestay

Pesanan:Harga boleh dirunding bergantung pada budget masing-masing,jangan risau pemiliknya peramah orangnya.

Jangan bercakap,tutup handphone,anak-anak jangan buat bising.


Macam-macam yang hendak saya kongsikan pada cuti sekolah kali ini.Mana yang sempat saya updatekan,jika tidak tunggu masa lapang yang lain pula.

Di kejiranan rumah mak saya,kami sekeluarga di jemput menghadiri jemputan pernikahan anak jiran perempuan yang baru berusia 19 tahun dan pasangannya berumur 28 tahun.Tindakan bijak seorang ibu yang tidak mahu melihat anaknya dibawa ke hulu- ke hilir tanpa ikatan sah.Maka dibuat keputusan yang amat tepat menikahkan anak perempuannya dengan pasangan pilihannya dengan secepat mungkin bagi mengelakkan fitnah masyarakat sekeliling.Kita harus bersangka baik dengan keluarga pihak perempuan.

Apa yang ingin saya kongsikan,adalah keadaan atau situasi sewaktu pernikahan itu dijalankan.Kebiasaannya sebelum dinikahkan pasangan tersebut,toka kadi akan memberikan penerangan,sedikit tazkirah seperti tanggungjawab suami isteri dan yang berkaitan.

Sudah lumrah tetamu-tetamu suka sangat berbual sesama sendiri walau berada di mana-mana majlis sekalipun.Oleh kerana pengalaman tok kadi dengan keadaan sedemikian,tok kadi memberi sedikit amaran dalam nada yang tegas kepada para tetamu,terutama kaum wanita.

Antara yang dikatakan "sila tutup atau senyapkan handphone anda" "yang tak habis berbual tu teruskan berbual...saya boleh tunggu lagi..saya boleh mulakan sejam lagi...saya bercakap puan bercakap mana nak dengar" "anak-anak yang menangis tu silalah bawa keluar dewan,agar majlis ni berjalan lancar".

Tabiat sungguhkan orang kita ni,suka sangat sok sek sok sek...mana lah tak marah tok kadi tu.Tapi malam tu,majlis berjalan lancar dan segala tazkirah tentang rumah tangga dapat didengar jelas dan dikongsikan dengan yang hadir.

Ingatlah,jika kita ingin majlis kita dihormati tetamu,kita harus menghormati majlis orang lain juga.Lebih-lebih lagi berada di dalam dewan di dalam kawasan masjid,elakkan berbual perkara yang tidak penting.

Pesanan:Tutup je atau buat vibrate je handphone tu,majlis pernikahan pun bukan mengambil masa berjam-jam.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...