Tuesday, February 07, 2012

Char Kuew Teow


Bila pertama kali buat char kuew teow ni,tak berapa nak menjadi.Cuba buat lagi baru sedap,cumanya tak berapa basah,kering sikit,tapi saya suka.

Saya google resepinya,bagi saya ianya resepi terbaik.Memang sedap.Saya sudah ubah suai sedikit.

Boleh lah mencuba.

Bahan-bahannya:

Kuahnya:

6 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap pekat
Air perahan kulit udang yang diblender dan sudah ditapis.
Sedikit gula

Kuah ini hendaklah di didihkan hingga sedikit pekat.

Bahan-bahan mee teow.

Separuh bungkus mee teow.
Udang sederhana besar/besar
Taugeh

Cara-cara membuatnya:
1.Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
2.Masukkan udang,goreng sekejap.
3.Masukkan kuah mee teow tadi.
4.Masukkan mee teow dan sayur taugeh.
5.Goreng cepat dengan api yang besar dan tutup agar kuah tidak kering,sekiranya perlu tambah sedikit air.

Sudah boleh dihidang,makan panas-panas terasa sedapnya.

Pesanan:Kuah tu kalau buat banyak-banyak,boleh disimpan dalam peti,keluarkan apabila hendak masak seterusnya.

9 comments:

  1. kat pasar borong selangor ada jual kicap char kuew tiaw..dkna pernah cuba sekali..hehehee

    senang jer campak dalam kuali :)

    ReplyDelete
  2. waw mabeles..kecur je tengok ni :)

    ReplyDelete
  3. uhh
    kalu dh buat sendiri mmg sodap punya..

    ReplyDelete
  4. @Adylia Qarissa
    ada ye Dkna..tunjuklah sikit camne rope botolnya..

    ReplyDelete
  5. @Tihara
    memang sedap..kalau buat basah2 laaagi sedap..

    ReplyDelete
  6. nampak sedap sgt..dah lah mmg peberet akak char kue tiaw tu..:)

    ReplyDelete
  7. @ariana
    kat sini kalau jual kat luar RM3.50..tapi sikit sangat..tak puas makan...buat sendiri bubuh udang banyak-banyak...hmmm sedap..

    ReplyDelete
  8. terliur tgk.. kecur perut ni.. mcm penih tau..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...