Thursday, February 02, 2012

Hentian baru di Gua Musang,Kelantan

Cuti seminggu baru ni,saya ke Kelantan lagi untuk menghantar anak yang tinggal di asrama sana.Ternampak satu tempat singgahan baru yang sudah di buka untuk orang ramai.

Singgah untuk makan tengah hari.Hentian Gua Musang ni terletak lebih kurang 4 km dari bandar Gua Musang.Dengarnya hentian ini adalah di buat khas untuk hentian bas Mutiara.Penumpang-penumpang bas Mutiara akan berhenti di sini untuk persinggahan pertama dari Kota Bharu.

Sewaktu saya singgah,orang tidak ramai.Mungkin sebab baru lagi.Tapi memang selesa tempatnya dan yang penting bersih.Makanan pun berbagai jenis yang dijual.Ada juga restoran makanan segera ala-ala KFC,tapi belum dibuka lagi.Akan di buka.

Surau dan tandas memang setakat saya singgah ni puas hati kebersihan dan keselesaannya.Sesiapa nak ke Kota Bharu bolehlah singgah.








Surau perempuan

Saya order nasi ayam je...

Pesanan:Sebelum ni selalu singgah di R&R Gua Musang yang terletak selepas bandar Gua Musang tu...kini ada tempat baru pula..

6 comments:

  1. nampak tempat pun lawa..bersih n mewah..harga makanan tak mahal ke k.ida?haritu dekat blog k.uji dia bagitahu tandas siap ada music ya..mcm hentian dekat cukai ke cherating entah tandas ada music..


    k.ida dah sihat ke ni?

    ReplyDelete
  2. harga standard je nampaknya...dalam RM5 sepinggan..muzik tu boleh dengar sampai tempat makan kalau tak silap..

    k ida sihat dah..tq ye Yna..

    ReplyDelete
  3. Dkna tak perasan lak hentian nie akak. Ermmm entah bila lak dkna nak blk kg.

    ReplyDelete
  4. Dkna tak perasan lak hentian nie akak. Ermmm entah bila lak dkna nak blk kg.

    ReplyDelete
  5. ehem bila kesana mama singgah kehentian sinilah..he2x..

    ReplyDelete
  6. tak penah singgah lagi kat situ.selalu balik ikut cameron so mmg takkan jumpa la hentian ni.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...