Monday, February 13, 2012

Inang-inang-hidangan petang

Ini adalah sejenis keropok yang diberi nama inang-inang.Biasanya amat mudah didapati di negeri Melaka.Ianya juga sering dibeli untuk dibawa pulang sebagai buah tangan.Bentuknya yang bulat dan berwarna-warni menarik mata memandang.Diperbuat dari campuran pulut,garam dan pewarna.Tetapi tak diketahui pula bagaimana namanya menjadi inang-inang.


Ianya digoreng dengan minyak panas dan akan mengembang besar.Rasanya yang rangup dan sedap membuatkan saya boleh memakannya tanpa henti.Inilah hidangan yang sesuai untuk sekeluarga di petang hari.Jika ada tetamu datang rumah pun boleh hidangkan inang-inang.

Fuh!Hidang kan pula air teh  o panas....meletup!Ada ke yang tak suka makan inang-inang ni?

Pesanan:Kalau sesiapa pergi Melaka nak bagi buah tangan kat saya,bagi je inang-inang,murah pun murah...he he he

8 comments:

  1. oh..inang-inang nama dia ye..akak ada nampak masa pg Melaka hari tu tp tak beli pun..sbb x pasti rasanya sedap ke tak..

    ReplyDelete
  2. @ariana
    ala kak memang sedaplah kak...ida siap kirim lagi kalau dengar orang tu nak g Melaka.

    ReplyDelete
  3. lama dah tak makan ni...kecik2 dlu tok selalu buat

    ReplyDelete
  4. wah syok neh krup krap krup krap bunyi dia t.mnahan dgr he..he nak sket?

    ReplyDelete
  5. @Munnafendy
    ada gak jiran sini pandai buat,ada masa nak belajar buat.

    ReplyDelete
  6. @So Shy Lady
    syoknya...dok krup krap krup krap..bunyi thai ler..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...