Friday, December 30, 2011

Kedai Gunting Rambut terima bayaran melalui mesin.

Baru-baru ni saya ke Tesco di Jalan Klang Lama.Baru buka,tempat parking pun mudah dan selesa.Yang penting percuma tak kena bayar.Jadi singgah satu kedai gunting di situ.Terus masuk dia suruh masukkan duit dalam mesin.Mereka hanya guna mesin untuk menerima bayaran.

1.Mesin ni macam mesin masuk duit di bank.Terima duit RM10 , RM5 dan RM1
Masukkan duit dan terima resit.


2.Jumlah Rm16 untuk 10 minit.Tak tanya pulak gaya apa yang boleh dipotong,sebab saya suruh potong pendek rambut anak saya gaya sekolah punya.

3.Kalau tiada orang boleh terus ke kerusi yang kosong,tunjukkan resit,tukang gunting mula menggunting rambut.


4.Kalau ramai orang boleh duduk di kerusi yang disediakan.Sila ikut nombor yang disediakan.Ikut turutan ye,baru adil kan.


Ni keadaan luar kedai.Ada juga disediakan bilik khastertutup untuk orang perempuan gunting rambut.Tapi belum siap lagi.Tapi bila saya tanya siapa yang akan potong?Dia kata dia juga.Dia tu lelaki.Saya diam je.Hmm..macam takde beza je.

Ha.amacam?Mahal jugak.Biasa kat kedai tepi-tepi jalan Rm6 je untuk budak sekolah.Makin canggih dah kan sekarang ni.Semua ada di zaman cyber ni.Tinggal nak praktikkan aje.Lepas ni tak tahu lah apa lagi kan.

Pesanan:Saya gunting sendiri rambut anak-anak perempuan saya.Rambut lurus senang je.

9 comments:

  1. lepas ni robot lak yang gunting rambut..semua dah pakai mesin..dah makin maju..hehehee..


    akak dah dapat lom cheese??

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. @Dkna-ye lah..tak lama lagi guna laser jer kan..he he he

    p/s:akak dah dapat cheese tu..tq ye..sori tak mesej balik..

    ReplyDelete
  4. pandai ummi gunting rambut ank2 perempuan !!..dah mahal kalau nak gunting rambut sekarang ni..hu2x..

    ReplyDelete
  5. Saya sampai sekarang gunting rambut sendiri.. Masa sekolah dulu je pnh sekali dua gunting rambut kat kedai..

    Budak2 pompuan skang ni ramai yang bertudung.. Potong lurus je dah, bukannya ada sape yg nampak, ya tak?

    ;)

    ReplyDelete
  6. Salam kenal ..

    Niena singgah sini & follow .. =)

    ReplyDelete
  7. @mama aini-rambut lurus senang nak potong...

    @Cik Azz-budak-budak elok potong pendek,mudah nak urus...

    @Niena-salam kenal-tq follow..dah follow balik..

    ReplyDelete
  8. canggih dah teknologi gunting rambut sekarang..kekeke..
    yna sendiri tak pernah potong rambut kat kedai..potong sendiri jer..hehe..

    ya lah..apa beza kalau dia sendiri yang gunting?kedai melayu ke kak?

    ReplyDelete
  9. @prettywrite-canggih-canggih...kedai cinalah...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...