Friday, October 21, 2011

Cerita Korea pun saya layan jugak...

My Girlfriend is Gumiho

Ini antara cerita Korea yang saya sudah tonton.Rupanya sedap juga cerita Korea ni.Dulu saya tak berminat cerita Korea,tak pernah tonton pun.Mungkin sebab bahasanya macam tak cukup lidah je..Biasanya dulu-dulu cerita Filipina,Cina Mandarin dan jepun.Ni cerita waktu saya zaman remaja.

Selepas kahwin baru layan pula cerita Hindustan.Hindustan ni sebab nostalgia lagu-lagu cintanya.Cerita Jepun tu suka sebab nak tajamkan lagi penguasaan bahasa Jepun yang saya sudah pelajari dulu.Masih ingat tak lagi cerita Jepun permainan bola tampar yang power tu.Ala yang sebut "summersout!" setiap kali nak tampar bola.Syok je ceritanya.Tak ada dah cerita macam tu sekarang ni.

Sekarang ni orang suka cerita Korea pulak.Kumpulan K-Pop Korea pun dah timbul semacam je.Tapi tak boleh tahanlah fesyen mereka ni.Saya layan sikit-sikit lagu diorang bolehlah,sebagai minat bersama anak-anak.Siapa nama group tu..ala...Super Junior ke..Ze:a ke 2pm...ala bedal je lah...

Cerita yang sudah ditonton:

1.Full House
2.Sassy Girl Chun Hyang
3.My Girlfriend Is Gumiho (Nine Tailed-Fox)
4.Secret Garden

Yang masih dalam list untuk ditonton:(ada simpanan dalam komputer saya)

1.Boys Over Flower
2.One mom Three Dad
3.Cinderella Man
4.A Millionaire First Love (Movie)


Hanya menunggu masa lapang je untuk menontonnya.Biarlah cerita tu dah lama,saya merasakan ia baru lagi sebab seronok menontonnya.

Pesanan:Biasanya saya menonton sebelah pagi sambil buai budak dalam buaian.Itu kira free time le.

7 comments:

  1. klu dah tgk satu eps mmg ketagih lah...munna dah nak habis tgk My Fair Lady...best gak citer tu

    ReplyDelete
  2. @munna-ha tu ada lagi senarai tambahan..kena add kat list ni..he he he..

    ReplyDelete
  3. mintak cerita koreaa.mintak movie gak?. awat tulisan kecik sangat..? x nampak wuwuwu..

    ReplyDelete
  4. masa awal2 belajar kite hantu jugak cerita korea n jepun ni kak. skg ni kurang sikit. mungkin sebab asek berbelog kot. hehehe

    secret garden tu pon kite tak abes tengok lagi. ;)

    ReplyDelete
  5. sampai sekarang dela sangat sukakan cerita Kim Sam Soon... :)

    ReplyDelete
  6. ciku suka tgk best best citer korea..kalau dah tgk ..mmg best..hehe.

    ReplyDelete
  7. @Ummi-tulisan yang mana kecik ni...

    @siti kektus-tak pe leh download bila free n tengok bila free...

    @Dela-wah macam best je cite
    tu..kena add dalam list ni..

    @Ciku-kita layannnnn....

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...