Baik lelaki atau wanita sifat buruk sangka mesti wujud dalam diri masing-masing.
Saya teringat cerita Korea yang saya tonton ni tajuknya Miss Ajumma.
Cerita ni macam cerita-cerita lainlah,mula-mula perempuan tu tak lawa,layan tak layan je suami dia bila dapat perempuan lebih cantik.Perempuan cantik tu pula dah tahu si lelaki tu ada isteri tak cantik,dia pun mula lah pasang badan nak mengorat.
Si Gheum Hwa (nama dalam lakonan dia tu) ni pula memang perfect wife lah,semua kelengkapan suami,masak untuk suami,segala-galanya dia sediakan.Memang hebatlah.Cumanya tentang penampilan dialah yang tak berapa nak cantik.Tapi masih kemas lagi,taklah selekeh.
Ni bila dia dah cantik,si suami mulalah gila talak nak kembali semula.Mulalah tak keruan,perempuan yang menggoda dia dulu tu pun dah tak cantik pula pada pandangan dia.Apa lah punya lelaki.Selalu cerita macam ni ada yang berlaku realitikan.Sedarlah wahai lelaki,apa yang anda pandang luaran tak sama dengan yang didalam.
Ceritanya di channel Astro 393.Yang bestnya anak lelaki saya syok sangat tengok cite tu.Tapi dia layan cite tu waktu malam.Saya dah ngantuk jam 10.30malam tu,jadi saya tengok ulangan je sebelah pagi.
Saya sekadar memikirkan nasib orang perempuan,kebanyakan dari kita sebelum kawin cantik je pasang badan,bila dah beranak pinak badan pun dah mula membesar.Amboi yang lelaki pun tak sedar,perut memboyot tu dah sama besar ibu mengandung 5 bulan.Sama je.Habis tu terima je lah seadanya...
Pesanan: Aneh dengan sifat lelaki yang mudah terpedaya...
Showing posts with label Artis Korea. Show all posts
Showing posts with label Artis Korea. Show all posts
Thursday, July 05, 2012
Friday, October 21, 2011
Cerita Korea pun saya layan jugak...
My Girlfriend is Gumiho
Selepas kahwin baru layan pula cerita Hindustan.Hindustan ni sebab nostalgia lagu-lagu cintanya.Cerita Jepun tu suka sebab nak tajamkan lagi penguasaan bahasa Jepun yang saya sudah pelajari dulu.Masih ingat tak lagi cerita Jepun permainan bola tampar yang power tu.Ala yang sebut "summersout!" setiap kali nak tampar bola.Syok je ceritanya.Tak ada dah cerita macam tu sekarang ni.
Sekarang ni orang suka cerita Korea pulak.Kumpulan K-Pop Korea pun dah timbul semacam je.Tapi tak boleh tahanlah fesyen mereka ni.Saya layan sikit-sikit lagu diorang bolehlah,sebagai minat bersama anak-anak.Siapa nama group tu..ala...Super Junior ke..Ze:a ke 2pm...ala bedal je lah...
Cerita yang sudah ditonton:
1.Full House
2.Sassy Girl Chun Hyang
3.My Girlfriend Is Gumiho (Nine Tailed-Fox)
4.Secret Garden
Yang masih dalam list untuk ditonton:(ada simpanan dalam komputer saya)
1.Boys Over Flower
2.One mom Three Dad
3.Cinderella Man
4.A Millionaire First Love (Movie)
Hanya menunggu masa lapang je untuk menontonnya.Biarlah cerita tu dah lama,saya merasakan ia baru lagi sebab seronok menontonnya.
Pesanan:Biasanya saya menonton sebelah pagi sambil buai budak dalam buaian.Itu kira free time le.
Subscribe to:
Posts (Atom)
