Showing posts with label Drama. Show all posts
Showing posts with label Drama. Show all posts

Thursday, July 05, 2012

Kalau cantik puji ..kalau tak cantik keji..

Baik lelaki atau wanita sifat buruk sangka mesti wujud dalam diri masing-masing.



Saya teringat cerita Korea yang saya tonton ni tajuknya Miss Ajumma. Cerita ni macam cerita-cerita lainlah,mula-mula perempuan tu tak lawa,layan tak layan je suami dia bila dapat perempuan lebih cantik.Perempuan cantik tu pula dah tahu si lelaki tu ada isteri tak cantik,dia pun mula lah pasang badan nak mengorat.



Si Gheum Hwa (nama dalam lakonan dia tu) ni pula memang perfect wife lah,semua kelengkapan suami,masak untuk suami,segala-galanya dia sediakan.Memang hebatlah.Cumanya tentang penampilan dialah yang tak berapa nak cantik.Tapi masih kemas lagi,taklah selekeh.


Ni bila dia dah cantik,si suami mulalah gila talak nak kembali semula.Mulalah tak keruan,perempuan yang menggoda dia dulu tu pun dah tak cantik pula pada pandangan dia.Apa lah punya lelaki.Selalu cerita macam ni ada yang berlaku realitikan.Sedarlah wahai lelaki,apa yang anda pandang luaran tak sama dengan yang didalam.


Ceritanya di channel Astro 393.Yang bestnya anak lelaki saya syok sangat tengok cite tu.Tapi dia layan cite tu waktu malam.Saya dah ngantuk jam 10.30malam tu,jadi saya tengok ulangan je sebelah pagi.

Saya sekadar memikirkan nasib orang perempuan,kebanyakan dari kita sebelum kawin cantik je pasang badan,bila dah beranak pinak badan pun dah mula membesar.Amboi yang lelaki pun tak sedar,perut memboyot tu dah sama besar ibu mengandung 5 bulan.Sama je.Habis tu terima je lah seadanya...

Pesanan: Aneh dengan sifat lelaki yang mudah terpedaya...

Tuesday, December 21, 2010

Cinta Kirana dah habisss....

kelihatan Galang dan Kirana di akhir episod semalam (20/12/2010)

Akhirnya semua orang dah tahu Kirana menikah juga dengan Galang. Gimik jer tu buat-buat nikah dengan Raka. Ala cerita ni tak tengok sampai habis pun dah dapat agak,tapi cuma kita nak tengok macam mana caranya mereka menamatkan cerita ini.

Selepas ni ada cerita baru bermula 21 Disember 2010 bertajuk "Bukan Diriku". Menarik juga ceritanya. Apa-apapun kita saksikanlah petang ini bermula jam 6.30 petang di astro ria. (iklan tak berbayar).

Pesanan: Saya saja malas nak menulis panjang-panjang hari ni,maka entry ini yang keluar.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...