Monday, October 03, 2011

Jom Makan dan Minum ABC Cendol



Kalau ke Kota Bharu,Kelantan, jangan lupa singgah di gerai ini.Gerainya kecil sahaja,tetapi mensajikan macam-macam makanan dan minuman.Antaranya Abc(air batu campur),cendol,mee rojak ,nasi ayam,sup ekor dan lain-lain lagi.

D'Family Selera CPT special terletak di Jalan pekeliling berdekatan dengan balai bomba.Di hadapannya sekolah agama Islah.Dah lama juga kami sekeluarga tidak ke sana,jadi apabila pulang ke kampung suami baru-baru ni,saya dan anak-anak singgah sebentar sebelum pulang ke Lipis.

Harga cendol special yang saya order hanyalah RM 3.(cendol pulut dan tapai).Manakala harga air batu campur RM2.Sedap memang sedap.


Pesanan:Alhamdulillah,kesihatan ayah mertua bertambah baik.

8 comments:

  1. murah lagi jarga ABC kat sana ye....kat sini klu yg mamak pun dah RM2.30

    ReplyDelete
  2. Akak memang suka ABC. Orang utara panggil ais kacang :)

    Semoga kesihatan ayah mertua Ummiarissa akan lebih baik lagi, insyaallah.

    ReplyDelete
  3. @munna-murah tapi isi banyak...baru sedap...

    @Dinas Aldi-terima kasih sudi mendoakan kesihatan ayah mertua saya..

    ReplyDelete
  4. Issh.. gambar tu kan... macam mengajak orang makan je..bak sini sikit..

    ReplyDelete
  5. @che mid-ha ha ha...amiklah free je

    ReplyDelete
  6. ya Allah sedapnya cendol dgn ABC macam melambai2...

    kedai ni dekat dengan apa ya? maksud saya bangunan2 berhampiran.. kedainya betul2 kat tengah bandar KB ke? sebab selalu jugak ke KB, boleh jugak singgah makan ABC dgn cendol yg sedap tu...

    ReplyDelete
  7. @IBU GEBU- kedai ni bersebelahan dengan balai bomba jalan pekeliling,tidaklah tengah2 kota bharu...tanya je orang2 kat situ,mesti diorang tahu...

    ReplyDelete
  8. Dulu2 gerai ni warung biasa je...ramai bebudak hbs skolah singgah

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...