Monday, November 18, 2013

Buat burger sendiri,tinggi juga tau.



Sana-sini sibuk dengan burger bakar,burger tinggilah kan.Saya ni duduk kat kawasan saya tu susah juga nak cari burger bakar,kalau ada pun mungkin makan perbelanjaan besar,maklumlah keluarga besar.

Jadi saya beli daging,burger,roti burger,(mayonis dan cili memang ada stok),beli cheese keping.Jadi kita buat sendiri.

Daging bila dah masak,ambil dua daging tadi saya tindihkan tengah-tengahnya dengan beberapa keping cheese.Ikut suka seleralah kan.Panaskan atas kuali semula.Cheese akan cair sedikit.Kemudian buat telur mata kerbau,bolehlah susunkan dengan roti burger yang dah dibakar.

Buatlah setinggi mana nak,letak tomato,kobis hiris atau sayur salad,letak sos dan mayonis banyak-banyak.Sedap tau.Dapatlah saya buat setinggi cawan mug tu.Hehehehe....

Nak tau,rupanya tak habis juga saya makan.Banyak sangat dan perut pun dah penuh.Ala adalah dalam sejemput tak habis.Okaylah tu kan.

Jemput makan ye.

Pesanan: Agak-agak berapa harga sebiji burger macam ni?

Saturday, November 16, 2013

Jangan bersedih jika anak kita tidak mencapai keputusan memuaskan

Keputusan UPSR sudah diumumkan.Seperti biasa pasti ada yang mencapai keputusan cemerlang 5A,4A,3A,2A atau 1A.Namun ada juga yang mendapat keputusan kurang memuaskan.

Ibubapa semua,percayalah apa sahaja keputusan yang anak-anak kita dapat bukan kayu pengukur muktamad kejayaan mereka,tetapi ianya sebagai satu langkah untuk kita lebih maju ke hadapan.Memang impian semua ibubapa agar anak-anak mendapat keputusan cemerlang,sama juga seperti saya.

Kenapa ibubapa suka buat perbandingan anak-anak sendiri dengan kejayaan anak-anak orang lain.Ini sering berlaku apabila anak kita gagal mendapat keputusan yang kita impikan.Banyak saya belajar tentang perkara ini.Saya dapati anak semakin kecewa,sepatutnya kita beri semangat.Ini bukan pengakhiran sebuah kehidupan.

Ibubapa sendiri melihat sendiri bagaimana anak-anak belajar,dari situ ibubapa sepatutnya sendiri tahu pencapaiannya seiring dengan kejayaannya,Namun demikian jika mereka sudah berusaha sehabis boleh,jika itu sahaja keputusan yang mereka dapat,terima je lah.

Perjalanan mereka masih jauh,kejayaan masih boleh dikecapi dengan usaha yang bersungguhg-sungguh.Pernah dengar tak,ada yang pernah gagal mereka bangkit semula,kini menjadi orang berjaya.Biasakan kita dengar.Jadi jangan menghukum anak-anak jika mereka anak yang baik.Pasti mereka lebih kecewa.

Berilah semangat,nasihat dan dorongan agar mereka berjaya suatu hari nanti.Yang penting ingat kepada Allah,mohonlah kepadaNya.

Semoga kejayaan anak-anak yang lain menjadi pendorong untuk mereka lebih berjaya.

Pesanan:Ini juga buat peringatan buat diri saya juga.Sebab anak pun sekadar mendapat 3A2B.

Thursday, November 07, 2013

Insaf lihat gambar anak-anak yang ambil SPM

Keterangan Gambar:

Gambar 1-Muhd Faiz Hasiri yang patah tangan kanan menjawab soalan dalam bentuk rakaman dibantu guru Pengawas Peperiksaaan Sharifah Baity Syed Bustomai untuk mencatatkan jawapannya ketika menduduki peperiksaan SPM di sebuah bilik khas di Sekolah Menengah Kebangsaan jitra.

Gambar 2-Pelajar Calon berkeperluan Khas,Siti Suhaila Mohd sabri menggunakan CCTV ketika mengambil SPM di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan),Setapak.

Gambar 3 - Nurul Nadia Najwa Othman, yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan,Padang Besar, menjawab kertas soalan SPM menggunakan kaki berikutan dilahirkan tanpa kedua-dua tangannya.

Walaupun demikian keadaan mereka semangat mengambil peperiksaan tidak luntur dari jiwa mereka.Mereka juga ingin berjaya seperti orang lain.Yang sihat tubuh badan dan cukup sifat fizikalnya belum tentu lagi bersemangat sebegini.Mungkin hanya segelintir sahaja.

Pesanan: Sentiasa insaf melihat gambar yang menginsafkan..

Wednesday, November 06, 2013

Anak-anak yang mati sebelum baligh,dimana kedudukanmu?

Damailah engkau wahai anak-anak kecil yang meninggal dunia sebelum usia balighmu.Syurga menantimu wahai anak-anak.Tenanglah dan bergembiralah wahai ibu dan ayah,anak-anakmu menanti di sana.

Terdapat banyak info berkaitan dengan hal ini.Di mana kah kedudukan mereka yang mati sebelum usia baligh.

Antaranya:

Anak orang islam yang mati sebelum baligh semua adalah adalah ahli syurga. Hal ini termasuk dalam kesepakatan semua para ulama. Al-Imam Ibn Kathir berkata:
فأما ولدان المؤمنين فلا خلاف بين العلماء كما حكاه القاضي أبو يعلى بن الفراء الحنبلي عن الإمام أحمد أنه قال : لا يختلف فيهم أنهم من أهل الجنة . وهذا هو المشهور بين الناس ( أي عامة العلماء ) وهو الذي نقطع به إن شاء الله عز وجل 
Maksudnya: “Adapun anak-anak orang yang beriman, maka tiada perbezaan pendapat di kalangan ulama (semua mereka akan masuk ke dalam syurga) seperti yang dihikayatan oleh al-Qadhi Abu Ya’la bin al-Farra’ al-Hanbali daripada al-Imam Ahmad yang berkata: “Tiada perbezaan di kalangan ulama, bahawa semua anak-anak orang yang beriman termasuk dari kalangan ahli syurga. Inilah yang masyhur di kalangan ulama, pendapat ini juga yang kami putuskan insyaallah.” (Tafsir al-Quran al-‘Azim 3/33)
Al-Imam al-Nawawi pula berkata:
أجمع من يعتد به من علماء المسلمين على أن من مات من أطفال المسلمين فهو من أهل الجنة ؛ لأنه ليس مكلفا
Maksudnya: “Telah bersepakat para ulama umat Islam yang diambil kira perkataannya, bahawa sesiapa yang mati dari kalangan anak-anak orang Islam, dia adalah termasuk ahli syurga, kerana dia bukan mukallaf.” (Syarh Muslim 16/207)

Sumber: SINI

Pesanan: Kita yang sudah baligh dan berakal ini yang perlu berbuat lebih banyak kebajikan dan kebaikan,kerana kita masih tidak tahu di manakah kedudukan kita?Wallahualam...semoga dikuatkan iman kita agar mati dalam Islam.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...