Showing posts with label cendol. Show all posts
Showing posts with label cendol. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

Cendol bakar Kampung Assam Jawa,Kuala Selangor

Sambung lagi cerita sewaktu balik dari Kuala Selangor.....
Sewaktu perjalanan pulang dari Kuala selangor menghadiri satu majlis perkahwinan, tertarik dengan banner yang bertulis cendol bakar.Kebetulan masih lagi bercuti sempena Tahun Baru Cina,maka ramailah orang berpusu-pusu singgah ke gerai cendol tersebut.

Bila lihat ramai yang singgah,hati meronta-ronta untuk singgah juga.Apa istimewanya cendol bakar ni?Cendol tu dibakar ke?Rupanya gula merah yang digunakan itu yang dibakar.Itu yang saya baca di banner besarnya yang juga termuat di dalam suratkhabar berita harian.

Boleh beli melalui pandu lalu atau drive thru.....tu diaaa....kelas tak?Beratur panjang kereta...

Nak makan di situ pun boleh,takde masalah.Masalahnya hanya kena beratur panjang dan bersabar sedikit.

Sebahagian artikel tentang cendol bakar yang pernah diterbitkan di surat khabar Berita Harian.

Tu dia....sanggup ke nak beratur panjang.Kalau beli banyak berbaloi,kalau setakat 1 je,lupakanlah.Hampir setengah jam tau untuk mendapatkan 4 bekas cendol.

Cendol yang saya beli ialah cendol pulut tapai berharga RM3.30 sebekas.Sedap dikala tekak tengah kehausan.

Pesanan:Kebetulan ada insan yang baik tolong belikan,tak perlu saya beratur panjang....

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...