Sambung lagi cerita sewaktu balik dari Kuala Selangor.....
Sewaktu perjalanan pulang dari Kuala selangor menghadiri satu majlis perkahwinan, tertarik dengan banner yang bertulis cendol bakar.Kebetulan masih lagi bercuti sempena Tahun Baru Cina,maka ramailah orang berpusu-pusu singgah ke gerai cendol tersebut.
Bila lihat ramai yang singgah,hati meronta-ronta untuk singgah juga.Apa istimewanya cendol bakar ni?Cendol tu dibakar ke?Rupanya gula merah yang digunakan itu yang dibakar.Itu yang saya baca di banner besarnya yang juga termuat di dalam suratkhabar berita harian.
Boleh beli melalui pandu lalu atau drive thru.....tu diaaa....kelas tak?Beratur panjang kereta...
Nak makan di situ pun boleh,takde masalah.Masalahnya hanya kena beratur panjang dan bersabar sedikit.
Sebahagian artikel tentang cendol bakar yang pernah diterbitkan di surat khabar Berita Harian.
Tu dia....sanggup ke nak beratur panjang.Kalau beli banyak berbaloi,kalau setakat 1 je,lupakanlah.Hampir setengah jam tau untuk mendapatkan 4 bekas cendol.
Cendol yang saya beli ialah cendol pulut tapai berharga RM3.30 sebekas.Sedap dikala tekak tengah kehausan.
Pesanan:Kebetulan ada insan yang baik tolong belikan,tak perlu saya beratur panjang....
Showing posts with label Kuala Selangor. Show all posts
Showing posts with label Kuala Selangor. Show all posts
Wednesday, February 13, 2013
Mee Udang Banjir di BNO,Kuala Selangor
Ceritanya bila kami dapat undangan perkahwinan di Sungai Besar,Kuala Selangor,jadi sepanjang perjalanan kami ke rumah pengantin,sepanjang jalan tu lah kami jumpa macam-macam gerai makanan.Antaranya cendol bakar,berjenis-jenis kerepek,mee udang banjir,siput mentarang.Ada juga kedai jual bantal kekabu dan kekabu.
Dalam kereta tu dah plan nak singgah sana situ balik dari kenduri kahwin nanti.
Namun demikian bila ditanya seorang gadis di kenduri tersebut,dia kata kat BNO mee udang banjir sedap.Apa BNO tu?Sebab rata-rata yang bagi peta nak kesana sebut BNO.Rupanya ianya nama tempat yang telah diringkaskan sebutannya.Jadi BNO itu ialah Bagan Nakhoda Omar,Kuala Selangor.
Inilah Mee Udang Banjir Kak Wah.Ramai yang berpendapat mee sini yang paling sedap.Memang sedap jugak.Udang besar 2 ekor,4 ekor udang sederhana besar harganyaRM6.Bagi saya ianya masih tidak setanding Mee Udang Banjir di Kuala Sepetang di Perak.
Inilah pemandangan dari dalam kedai tersebut menghala ke pantai.
Pesanan:Masih lagi tercari-cari mee udang banjir yang lagi sedap.

Kedai ini terletak betul-betul di tepi pantai.Memang kepada yang tak biasa ke sana merasakan sangat jauh.
Pemandangan di kedai tersebut.
Inilah Mee Udang Banjir Kak Wah.Ramai yang berpendapat mee sini yang paling sedap.Memang sedap jugak.Udang besar 2 ekor,4 ekor udang sederhana besar harganyaRM6.Bagi saya ianya masih tidak setanding Mee Udang Banjir di Kuala Sepetang di Perak.
Inilah pemandangan dari dalam kedai tersebut menghala ke pantai.
Pesanan:Masih lagi tercari-cari mee udang banjir yang lagi sedap.
Subscribe to:
Posts (Atom)