Kisah jiran rumah saya:
Kes pertama:
Malam yang pekat,hujan yang lebat.Pagi dikejutkan dengan laungan azan di surau berdekatan.Tuan rumah tertidur di ruang tamu di atas sofa.Terbangun bila merasakan suara azan tersebut jelas.Rupanya pintu sliding terbuka luas di sebalik langsir yang menutupinya.Kunci pintu masih di gril.Tiada tanda-tanda manusia hadir di situ.Berdasarkan lantai luar yang masih bersih.Tiada juga tanda-tanda rumah diceroboh.
Kes Kedua:
Malam berikutnya.Jam 12 tengah malam.Tuan rumah keluar sebentar tanpa mengunci pintu.Ruang tamu diterangi lampu.Anak-anak kecil di bilik membuat kerja sekolah.Si ibu sudah terlena kepenatan.Tiba-tiba terdengar bunyi pintu dibuka,anak kecil berusia 7 tahun menjangkakan si ayah sudah pulang.Menjengukkan kepala melihat dari bilik ke arah pintu utama.Terlihat tangan orang yang bersarung tangan hitam cuba membuka pintu.Mungkin terkejut.Terus menutup pintu bilik menguncinya dan menangis bersama adiknya.
Tuan rumah beberapa minit kemudian pulang,mendapati anak-anak menangis di dalam bilik.Si ibu baru tersedar dari tidur.Tidak perasan anak-anak menangis di dalam bilik berkunci.Terus si anak bercerita apa yang berlaku.Tiada tanda-tanda rumah diceroboh.Si ayah tanpa berlengah keluar rumah mengelilingi sekelilingnya ditemani jiran.Tiada tanda-tanda aneh.Terus ke pondok jaga.Jaga berkata baru sahaja membuat rondaan di blok tersebut dan baru sahaja pulang ke pondok jaga yang hanya tak sampai seminit pun.
Tidak dapat dipastikan sama ada itu tangan manusia atau makhluk halus.Sungguh Misteri!
Pesanan:Sentiasa berpesan kepada anak-anak kunci pintu rumah.