Showing posts with label Kerja Rumah. Show all posts
Showing posts with label Kerja Rumah. Show all posts

Friday, May 31, 2013

Aktiviti anak-anak-buat coklat sendiri

Cuti sekolah,selain buat kerja sekolah yang menimbun cikgu bagi tu,saya bagi peluang anak-anak relax sikit kita buat aktiviti.

Aktiviti ni memang semua anak-anak suka.Senang pun senang.Makan pun sedap.

Kita buat coklat sendiri....

Anak-anak teruja tau!

Beli coklat bar-milk chocolate compound....cairkan dan masukkan ke acuan,bentukkan.Semudah ABC....


Nak kreatif lagi letak inti blueberry di tengah-tengah coklat tu.Bila kita gigit terasalah rasa filling blueberry tu.Puas hati.Banyak dapat.Makan pun tak habis.Sebab cepat muak.

Amacam?okaylah tu kan.Saya suka sebenarnya kalau cikgu bagi banyak kerja sekolah kat diorang ni.Taklah  melangok je keje diaorang ni.

Pesanan:Hari biasa 4 pot nasi okay dah,cuti sekolah semua ada 7 pot pun kadang-kadang ngam-ngam je...Fuh!!!

Friday, February 15, 2013

Suatu Malam yang Misteri

Kisah jiran rumah saya:

Kes pertama:

Malam yang pekat,hujan yang lebat.Pagi dikejutkan dengan laungan azan di surau berdekatan.Tuan rumah tertidur di ruang tamu di atas sofa.Terbangun bila merasakan suara azan tersebut jelas.Rupanya pintu sliding terbuka luas di sebalik langsir yang menutupinya.Kunci pintu masih di gril.Tiada tanda-tanda manusia hadir di situ.Berdasarkan lantai luar yang masih bersih.Tiada juga tanda-tanda rumah diceroboh.

Kes Kedua:

Malam berikutnya.Jam 12 tengah malam.Tuan rumah keluar sebentar tanpa mengunci pintu.Ruang tamu diterangi lampu.Anak-anak kecil di bilik membuat kerja sekolah.Si ibu sudah terlena kepenatan.Tiba-tiba terdengar bunyi pintu dibuka,anak kecil berusia 7 tahun menjangkakan si ayah sudah pulang.Menjengukkan kepala melihat dari bilik ke arah pintu utama.Terlihat tangan orang yang bersarung tangan hitam cuba membuka pintu.Mungkin terkejut.Terus menutup pintu bilik menguncinya dan menangis bersama adiknya.

Tuan rumah beberapa minit kemudian pulang,mendapati anak-anak menangis di dalam bilik.Si ibu baru tersedar dari tidur.Tidak perasan anak-anak menangis di dalam bilik berkunci.Terus si anak bercerita apa yang berlaku.Tiada tanda-tanda rumah diceroboh.Si ayah tanpa berlengah keluar rumah mengelilingi sekelilingnya ditemani jiran.Tiada tanda-tanda aneh.Terus ke pondok jaga.Jaga berkata baru sahaja membuat rondaan di blok tersebut dan baru sahaja pulang ke pondok jaga yang hanya tak sampai seminit pun.

Tidak dapat dipastikan sama ada itu tangan manusia atau makhluk halus.Sungguh Misteri!

Pesanan:Sentiasa berpesan kepada anak-anak kunci pintu rumah.

Saturday, May 19, 2012

Boleh je kalau lelaki buat...

Membuat kerja-kerja rumah seperti memasak,menyapu,membasuh baju dan lain-lain bukan tugas perempuan semata-mata.

Lelaki pun boleh buat kalau sukakan kebersihan.Contohnya memasak,berapa ramai dah sekarang ni kaum Adam menjadi chef-chef terkenal,yang boleh memasak lebih baik dari kaum Hawa.Masalahnya hendak dengan tak hendak je.Cuba lihat kaki orang gambar di atas tu,boleh jadi lelaki,boleh jadi perempuan.Tapi yang pasti sedang menyapu sampah.


Ada ke nampak macam lelaki lembut kalau menyapu sampah ni.Biasa je kan.Ini anak teruna saya.Disebabkan dia anak sulung,dia harus menjadi contoh kepada adik-adiknya.Bukan susah sangat buat kerja rumah ni.Bila dah biasa kekok pun hilang.Kalau tak di ajar mana nak belajar kan.

Bersih je rumah dia boleh kemas.Kadang-kadang air pun dah boleh suruh dia buatkan.Baru-baru ni dia buat lempeng.Menjadi je.Bolehlah nak makan sendiri.

Mudah-mudahan dengan kerajinan anak-anak terutamanya lelaki,beban di rumah dapat diringankan.Bukan kerjanya mengarah minta itu,minta ini..Baju pun kalau nak basuh sendiri pun bukan susah,mesin automatik ada,masuk je,bubuh sabun,pusingkan.Jalan sendirilah mesin basuh tu.

Kata orang-orang tua 'nak seribu daya,tak hendak tu je yang seribu alasan'.

Apa kata korang semua?

Pesanan:Nak suruh pun kena berhemah,bukan didalam paksa,taknak dia mengikut nanti.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...