Showing posts with label Hoki. Show all posts
Showing posts with label Hoki. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Malaysia Juara Hoki Remaja Asia Tumpaskan Pakistan

Sorakan di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah,Bukit Serindit memang tak boleh lawanlah sorakan di rumah saya.Tapi jelas terpancar kegembiraan para penyokong apabila masa hanya tinggal beberapa saat untuk permainan tamat dan meraikan kejayaan Malaysia.

Saya rasa memang sangat berbaloi menanti depan kaca tv tepat jam 8 malam semalam.Saya sanggup hantar anak ke asrama lebih awal semata-mata tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan perlawanan sengit ini.Awal pukul 2 petang tau!Sebab nak tengok juga perlawanan India lawan Korea petang tu.2-1.

Gambar: Ehsan Berita Harian


Semua tahu Pakistan memang mahir dalam permainan hoki ni,namun demikian Malaysia berjaya juga menewaskan Pakistan dengan gol 2-1.

Rupanya Malaysia pernah tewas dengan Pakistan 20 tahun yang lalu pada tahun 1992.Memang patutlah Malaysia meraikan kemenangan ini.Gol kemenangan telah dihasilkan oleh Faizal Saari dan Mohd Syamim Mohd Yusof.Seperti terbalas dendam Malaysia semalam,kelihatan ada pemain  yang mengalirkan air mata kegembiraan.Saya yang menonton pun seolah-olah berkongsi rasa bersama pemain-pemain Malaysia.

Tahniah pemain Hoki Remaja Malaysia!

Pesanan:Teruskan menuju kecermelangan dalam bidang sukan oh Malaysia!

Friday, May 11, 2012

Hoki-Malaysia Akan Bertemu Pakistan

Akhirnya Malaysia layak ke perlawanan akhir dalam Perlawanan Hoki Piala Remaja Asia  ke 7.Memang agak mendebarkan bila melihat perlawanan sengit antara Malaysia dan India lebih lagi pada 35 minit masa pertama apabila masing-masing belum menjaringkan sebarang gol.

Apabila bermula dengan babak kedua,Malaysia mula membangkitkan semangat apabila telah menjaringkan gol ketika mendapat 'penalty corner'.Kemudian bila lihat masa ada 20 minit lagi,berdebar-debar tatkala India asyik menyerang di kawasan gol Malaysia.

Akibat kecekapan penjaga gol,banyak jaringan gol dari pemain India digagalkan.Syabas.Dengan jaringan gol 2-0,Malaysia akan bertemu Pakistan pada 13 Mei 2012 ni.Jangan lupa ye saksikan sama ada pergi ke stadium Melaka atau menerusi kaca tv anda.

Risau juga,sebab hoki ni memang makanan Pakistan.Dia score gol pun banyak.tak pernahnya sikit-sikit.Saya mengharapkan Korea yang mara akhir,tapi sangkaan saya meleset.Tapi ingat Malaysia kan boleh.Semangat aura dari peminat sukan hoki ni akan bertiup terus ke pemain Malaysia.

Sekarang saya tahu dah sikit-sikit tentang kad hijau dan kad kuning yang dilayangkan pada pemain jika melakukan kesalahan.He he he...kad hijau pemain rehat selama 2 minit.Kad kuning pemain rehat selama 5 minit.Kesalahan lain biasa berlaku ialah bola kena kaki pemain,menghalang pemain dengan kayu hoki,bola di pukul tinggi,secara merbahaya...apa lagi ek..itu je lah yang saya ingat.

Rentetan perlawanan hoki yang saya tonton sebelum ni ada saya letak di entry saya di sini dan di sini.

Pesanan:Kebetulan agaknya,hampir ketiga-tiga perlawanan hoki yang melibatkan Malaysia yang saya tonton ,semuanya menang.Menang sorak juga saya di rumah.



Wednesday, May 09, 2012

Hoki Remaja Asia Mara lagi

Kemenangan Malaysia bertemu Jepun pada 7 Mei lalu memastikan Malaysia layak ke saingan separuh akhir sebagai juara kumpulan A bagi perlawanan Hoki Piala Remaja Asia 2012. Aksi menarik pemain yang bertungkus lumus memastikan kemenangan membuatkan saya teruja menonton hingga akhir perlawanan.

Malaysia menang 3-1 dengan Jepun.Sebelum ni Malaysia sudah menundukkan Korea seperti yang saya laporkan di sini.

Senarai pemain hoki yang sempat saya snap dalam kaca tv.Sebab sebelum ni saya pun tak berapa kenal nama pemain hoki ni.Memang seronoklah lihat cara mainan yang pantas mereka ni.Tak terkejar dek mata saya bila bola masuk gol.


Hari ini dan esok masih ada lagi perlawanan hoki.Tapi saya tak pasti siapa lawan siapa.Kena tengok jadual mereka nanti.Untuk pengetahuan semua,perlawanan diadakan di Stadium MBMB Bukit Serindit,Melaka.Orang Melaka jomlah tengok game hoki!

Pesanan:Saya semakin berminat melihat perlawanan hoki ni,apabila setiap tontonan saya itu Malaysia menang.

Sunday, May 06, 2012

Perlawanan Hoki Paling Menarik Semalam

Pertama kali menonton perlawanan Kejohanan Hoki Remaja Asia ke 7,Malaysia lawan Korea semalam. Sebelum ni asyik menonton perlawanan sukan badminton dan bolasepak.Tergerak semalam untuk menonton perlawanan hoki Malaysia lawan Korea.Aksi permainan yang mendebarkan dan sangat menarik. Memang berbaloilah menontonnya.

Dulu zaman sekolah dulu pernah juga mewakili sekolah rendah lawan hoki ni,tapi bila tonton semalam,dah tak tahu dah peraturan permainan hoki ni.Yang saya rasa menarik,kad hijau dikeluarkan oleh pengadil atas kesalahan dilakukan,pemain akan keluar dari permainan untuk beberapa minit.(nanti nak belajar sikit)

 Selepas menewaskan Korea semalam dengan 6-3,Malaysia akan bertemu Jepun pula pada 7 Mei ini.Katanya Korea lebih kuat dari Jepun,kalau Korea mudah sahaja ditumbangkan,harapan kita agar Jepun juga boleh ditewaskan.


Aksi pemain merayakan gol yang dijaring....

Sesiapa kenal tak pemain hoki ni?Pemain hoki yang saya kenal dulu hanyalah Minarwan Nawawi.Pemain baru sekarang tak kenal,tapi semalam kenal mereka menerusi nama yang dicetak di baju pemain.

Yang menjaringkan gol:
1)Faizal Saari
2)Ahmad Farid Ahmad Fuzi
3)Muhammad Noor Faeez


Sumber:Berita Harian Online | Faisal ledak hatrik

Pesanan:Tak sabar menonton perlawanan seterusnya.Memang lajulah diorang pukul bola.Takut!

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...