Monday, December 23, 2013

Majlis Sambutan 100 tahun Clifford,Kuala Lipis Pahang

Ceritanya dah lama,namun hari ni baru berkesempatan update di blog.Saya tetap nak tulis dalam blog kerana ini antara peristiwa dan majlis penting yang sempat saya hadiri sebagai penutup untuk tahun 2013.Sekolah yang dibuka sejak tahun 1913 kini masih kekal sekolah cemerlang di sekitar daerah Kuala Lipis.


Pada 15 haribulan Disember 2013 maka perayaan sambutan 100 tahun sekolah Clifford telah pun diadakan dengan jayanya.


Saya hadir di majlis ini,kerana 2 orang anak saya bersekolah di sini.Yang sulung sudah hampir 6 tahun bersekolah di sini,sementara anak ke 3 saya bersekolah 3 tahun di sini.Kemudian sebagai menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru,anak-anak saya juga turut serta membuat persembahan di malam tersebut.


Antara hadirin yang hadir,terdiri daripada staf,guru-guru,bekas pelajar (Cliffordian) dan mereka yang ada berkaitan dengan majlis ini.

Saya turut hadir ditemani mak dan anak bongsu saya. 


Turut hadir bekas pelajar sekolah Clifford ialah Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah.Menarikkan.



Juga pasti tetamu yang dinanti-nantikan penyanyi tersohor Malaysia Dato Siti Nurhaliza Taruddin,Beliau juga bekas pelajar di sekolah tersebut.Tak silap saya kakaknya Siti Saida pun bersekolah di situ juga.Ramai juga bekas pelajar sekolah tersebut menjadi orang terkenal.Siti turut menyumbangkan satu lagu khas untuk sekolah Clifford ciptaan Aubrey Suwito bertajuk Seabad Berjasa dan lirik ditulis oelh beliau sendiri dan Rozi Abdul Razak.Boleh cari kat youtube.



Menteri besar Pahang YAB Dato Adnan bin Yaakob,juga turut hadir memberi ucapan,


Sesi beramah mesra dengan anak-anak yang telah membuat persembahan.


Kelihatan di dalam gambar kakak ipar Siti,Rozi Abdul Razak.Sentiasa berada di mana sahaja Siti berada.


Ini antara persembahan anak-anak.Walaupun hujan turun dengan lebatnya,majlis berjalan lancar.Cuma penggunaan pancaragam (band sekolah) terpaksa dibatalkan.

Apa-apapun majlis sebegini berjaya juga diadakan dengan kerjasama semua pihak.Syabas diucapkan.Bukan senang untuk mengumpulkan bekas-bekas pelajar seperti ini.Lagi pula sudah 100 tahun rupanya Clifford dalam melahirkan insan-insan yang cemerlang.

Pesanan: Anak-anak pun dah berpindah sekolah baru,semoga inilah kenangan yang pasti mereka tidak lupakan.

6 comments:

  1. Wow..100tahun! Alhamdulillah masih wujud.
    Majlis pun gilang gemilang.

    ReplyDelete
  2. Majlis yg sungguh meriah. Ramai sekali yg hadir... 100 tahun sudah berlalu...byk sekali jasanya. Semoga kekal berbakti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu,dalam hujan lebat pun tetap meriah..cuma aktiviti terhad lah..

      Delete
  3. ada org2 terkenal , tu yg jadi grand .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah...cuba takde yang tersohor di situ,kan...hehehe

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...